Eh, tetiba jek jaja up entry cerita hindustan plak..
saja je jaja nak share dengan korang semua satu citer hindustan yang super duper best ..
and kerana cerita ni jugak la..mata jaja ni bleh terbeliak sakan malam semalam
sampai ke pukul 1 pagi baru habis....
giler kentang betul..dah la esoknya tu kerja..
kalau esok cuti tu lain cerita la kan...tak tak kira...!
sebabnya dah lama jaja nak tengok cerita ni sebenarnya...
Hari tu ada ditayangkan kat TV3..kat slot panggung Sabtu..
tapi ntah ada hal apa yek hari tu yg buatkan jaja terlepas nak tgk...
and mujur la malam tadi tergerak hati nak alih ke tv2..
walawehhhhh...cerita ni rupa2nya...
Kalau anak beranak Chopra ni buat filem..memang semua best2..
and jaja rasa pada sesapa yang tak berapa minat cerita hindustan pun bleh fall in love
dengan jalan cerita filem ni..
sangat2 nice...
Sinopsis:
Filem ni mengisahkan Surinder Sahni (Suri - SRK) yang diminta mengahwini Taani
atas permintaan ayah Taani sebelum dia meninggal dunia...
Taani yang memang tidak mengenali Suri terpaksa kawen and cuba utk menerima
Suri sebagai suami dan teman hidup dia..
Suri yang sedari awal jatuh cinta dengan Taani agak sedih bila Taani menyatakan
bahawa dia tak mampu menyintai Suri walaupun
setelah dia menjadi isteri Suri...
Suri melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Taani jatuh cinta kepada diri dia..
tapi Taani tetap bersedih dgn perkahwinan dia tu..
Sehinggalah Suri 'merubah' diri dia menjadi Raj tanpa pengetahuan Taani dan mendekati Taani
untuk pertandingan tarian yang Taani sertai..
Suri kembali menjadi Suri yang asalnya pada sebelah malam..
Persahabatan Taani dan 'Raj' berlarutan sehinggalah Taani merasakan dia jatuh cinta kepada Raj..
dalam masa yang sama Suri merasakan dia gagal untuk memenangi Taani sebagai Suri..
Hanya untuk menggembirakan hati isterinya Taani, Raj rela mematikan watak Suri
dan mengajak Taani lari selepas pertandingan tarian habis..
Tetapi pada masa tu, Taani dapat merasakan betapa Suri penting dalam hidup dia..
So, macam mana cara Taani mengenali Suri adalah Raj??
korang kenalah tgk cerita ni sendiri yek....
hehehehhe
Lagu tema cerita ni...sweet sangat...
Selamat menonton
^___~





















