JaJa'Z Latest Stories

Monday, July 9, 2012

Resipi : Sotong Bakar Tomyam..

Ni kengkonon nak mencuba sangat2 la resipi yang tak pernah langsung dimasak..
memula macam kompiden giler...
but bila dah separuh jalan..mula la jaja jd teragak2..tapi disebabkan dah mula..
kita teruskan je lah....

Jaja memang tak refer kat mana2 resipi pun..just pandai2 sendiri jek..
tapi ada la jugak diilhamkan dr resipi kawan sket2..
but diaorang guna dengan ikan..jaja je pandai2 tukar jadi sotong..


Sotong Bakar Tomyam

Bahan2:
  • 3 ekor sotong bersaiz sederhana besar
  • 5 biji cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 peket perencah tomyam ADABI
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit belacan
  • secubit garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan :
  • Cuci bersih sotong dan kelarkan dibahagian badan dan ditoskan airnya..
  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih sedikit belacan dan air sehingga halus
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan lada masak.
  • Masukkan perencah tomyam,serai,garam dan gula dan dikacau lagi sehingga menjadi agak kering
  • Selepas paste agak kering,masukkan perahan jus limau nipis dan daun limau purut yang diracik halus dan kacau lagi.
  • Dalam kuali non stick..letakkan sotong yang telah ditoskan tadi dan masak seketika sehingga keluar air sotong tersebut..
  • Letakkan paste dan terbalik2 kan sotong td sehingga masak dan dihidangkan..

Dah siap..senang je kan...
cuma kalau boleh rasa dulu  sebelum diletakkan garam..
kerana selalunya paste tomyam tu dah sedia kala masin
kang terlajak masin..susah la plak...

Ni style jaja yang takde oven, takde pemanggang...
and kalau ada daun pisang pun boleh guna jugak semasa sotong dibakar tu..
biar harum semerbak sket baunya...

Selamat Mencuba!


4 Beu-T Is Talking:

CikNi Ahnie (KakNi) said...

Nyum nyum... nmpk sedap sgt. saya mmg suka masakan sotong tapi jarang buat sebab rasa susah nak dpt sotong fresh sekarang ni.

JaJa'Z said...

kak Ni..kat sini pun jarang gak ada yang fresh..but boleh la setakat nak makan...

Lelord said...

muahahhaa akak selalu wat ikan bakar, kambing ke sumer boh je atas pan..

JaJa'Z said...

@Lelordjaja ni sebab takde oven kak..tu yg pan grilled jek..

Related Posts with Thumbnails