JaJa'Z Latest Stories

Thursday, July 1, 2010

Alfredo Baked Macaroni : Jom Try !!

Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan, ni jaja nak bagi resipi macam mana nak buat
baked macaroni
Soooo..easy peasy punya resipi..just campak2 then SIAP!!
sebenarnya jaja dah lama nak buat menda alah ni..tapi terbantut sebab takde oven
jadinya nak bakar guaner kan..
tapi kenapa plak kali ni jaja bleh plak buat menda alah ni??
ha!!! yang tu..last sekali jaja citer ok...
Resipi asal jaja tgk kat Blog KAK ZURA
tapi jaja ni biasa lah kan..suka 'derhaka' kat resepi orang
jadinya..adalah yang jaja olah sket2..ikut kesesuaian masing2 la ek..

ALFREDO BAKED MACARONI

Bahan2nya:
1/2 paket San Remo macaroni - Elbow (tak kisah nak guna jenis apa)
1 tin mushroom soup Cambell
1 tin cendawan butang
1 paket daging kisar RAMLI
1 biji bawang besar
1 1/2 cawan susu cair/fresh milk
1 paket cheese(korang bleh guna jenis apa pun)
3 biji telur
1/2 sudu lada hitam
Daun ketumbar
garam
butter untuk menumis

Cara menyediakan:
Macaroni direbus selama 10 minit sehingga lembut
Tumis bawang besar yang dimayang halus dengan sedikit butter
bila bawang sudah layu, masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak
masukkan cendawan butang dan 1 tin mushroom sup Cambell
gaul seketika dan masukkan fresh milk
masukkan sedikit cheese untuk melikatkan kuah
perasakan dengan garam dan lada sulah

Penyediaan membakar:
Gaulkan macaroni yang telah di rebus bersama kuah yang telah siap dimasak
taburkan juga daun ketumbar dan digaul rata segala bahan
masukkan semua macaroni yang digaul kedlm tin pembakar
siramkan telur yang telah dipukul keatas hidangan
dan akhir sekali
taburkan cheese sesuka hati banyak mana nak...
dan bakar selama 20 minit sehingga cheese cair...

Dah SIAP!!!
Macaroni yang sudah siap digaul sebelum diletakkan cheese
Macaroni yang dah siap dibakar
dah kena robek sket heheh
bagi En Zack rasa malam tadi...
Sooooo senang kan?
Kejap je buat dah siap...dan terus perut korang bleh diisi..
^___~

Citer pasal bakar macaroni ni, memang kat umah jaja takde pun oven
nak tau jaja bakar kat mana?
where else..kat umah jiran jaja la,umah Kak Zah
memasing buka pintu belakang last2 sampai En Zack ngan suami Kak Zah pun lepak
kat belakang umah minum2 kopi sesambil
tunggu jaja bakar macaroni tu..
best kan jiran jaja...
sebab tu la sayang sangat kat jiran jaja tu...payah nak cari jiran sebaik family Kak Zah
bila dah siap, jaja bagi sket kat diaorang
kemain anak dia makan..takpe la, nanti2 cik jaja buat lagi yerk...

Untuk kawan2 semua..
SELAMAT MENCUBA !!


8 Beu-T Is Talking:

sweetie2010.blogspot said...

Nampak cam mudah jer nak buatnya..nak try jugerlah baked macaroni ni

Bertuah Jaja dapat jiran yang baik cam tu.sikap kejiranan tu masih menebal.

JaJa'Z said...

memang senang pun kak nak buatnya..jaja buat tak sampai sejam pun...

tu lah pasal..ni dengar ura2 mcm asben suami jiran kena transfer kerja..mintak2 tak jadi..sayang la..jiran bagus macam tu...jenis tak berkira..

Hizami Rahim said...

adeh.
lapar la.
:)

::Azura Rahman:: said...

amboi.. dh lawan tokei nie.. ekeke.. tahniah dik.. nmpk sungguh menyelerakan.. blog ni dh jadik blog masakan erk.. ekeke..

nnti buat lg utk akk.. akk nk wat rombongan che kiah ke umah jaja & zack.. =)

JaJa'Z said...

hizami: jom makan!!!!

JaJa'Z said...

kzura: a'ah la kak..jaja rasa dah macam blog masakan dah..adoii..mcm mana bleh terjebak plak ni...

kasih suci said...

baru kesempatan menjamu makaroni akak..hehehe

JaJa'Z said...

hai kasih..miss u..miss u...

Related Posts with Thumbnails