JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, May 31, 2011

Resipi : Sambal Tumis Sotong Bersantan


Morning u all......
entry pagi2 ni saja je nak share menu masak2 jaja semalam..
just resipi biasa2 jek...semua orang pun tau nak buat..
cuma kali ni jaja twist sket jek...
kasi boh santan sket....
Moh kita semak resipi yek....

Sambal Tumis Sotong Bersantan
Bahan2:
1/2 kg sotong
15 tangkai cili kering *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang merah, dihiris nipis
sedikit belacan *
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
sedikit air
minyak untuk menumis
sedikit gula,garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan :
1. Hiris sotong secara membulat,dicuci bersih dan ditoskan airnya
2. Blend bahan yang bertanda (*) dan ditumis seketika sehingga naik bau
3. Apabila lada sudah masak dan naik bau, masukan sedikit gula
dan air asam jawa dan dikacau rata sehingga mendidih.
4. Masukkan sos tomato, sos tiram,garam dan serbuk perisa secukupnya
5. Masukkan sotong dan juga hirisan bawang besar dan kacau
sehingga air sotong mula keluar
6. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan santan pekat dan kacau seketika
7. Kemudian bolehlah di hidang panas2...

* Pastikan masakkan ini tidak dimasukkan air terlalu banyak
kerana air yang keluar dari sotong sudah memadai..

^___~

Dan semalam, Kak Zah pass kat jaja semangkok masak lemak kobis cina
dengan putik jagung....
memang kena sangat la berlawan dengan sambal tumis tu..

Maka ini lah hidangan kitorang untuk lunch semalam..
Tambahan ikan aye goreng yang wajib ada sebab tu lah kesukaan En Zack..
kalau makan takde ikan goreng, memang tak lengkapla menu dia..
pastu mesti ada ulam timun dan juga daun salad...
Kat tepi tu terselit plak breakfast kitorang semalam...
jaja just buat sandwich sardin jek....

Dan hari ni menu apa plak ek????

4 Beu-T Is Talking:

Nur Hawa Mohd Zin said...

wah cuti sekolah ni masak aje lah ye kak :)

Mamamya said...

wahhh...lauk kak zah tu sama plak dgn lauk akak kat umah semlm...cuma akak buat sambal jering + grg kunyit puyuh...

JaJa'Z said...

hawa: gitu la dik dah jadi suri rumah ni..hehhehe

JaJa'Z said...

kak lieya: amboi2..tak tinggal jering dia tu..hehhehe

Related Posts with Thumbnails