JaJa'Z Latest Stories

Saturday, January 1, 2011

First Entry For Year 2011 :First Menu To Share ~ Roti John

Awal tak awal jaja dah hadap kat blog ni dengan entry masak2..
harus la kan..lusa dah nak buka sekolah..
mana yang bleh tayang..jaja tayang la dulu..lepas2 ni tak tau la bila next entry
nak tayang hasil ketang ketung jaja ni kan...

Sempena new year, saje je la jaja buat menu ni..
bahan2 pun siap sedia dah beli semalam, tinggal nak buat jek...
lagi pun minah kenit Miza ngan Nina pun dah balik..
maka dapur ku kembali kecoh la tiap2 kali memasak..
tak la jaja boring mengadap kuali sorang2..

First time jaja buat menda alah ni..
dan alhamdulillah menjadi..dapat jugak menjadi santapan suami dan jiran2 terdekat..

Jom kita tgk cara2 nak buat Roti John ni ek..

Bahan2 yang di perlukan :

2 peket roti hotdog Gardenia ( ada 12 biji roti)
1 paket daging cincang RAMLI (saiz kecil)
1 biji bawang bombay
1 biji cili merah
5 biji telur
sedikit daun bawang
1 sudu besar serbuk sup
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit mentega
garam dan serbuk perisa

Cara menyediakan : 
1. Tumis bawang besar sehingga sedikit layu
2. Masukkan daging yang telah dibasuh bersih dan ditoskan..
3. Masak daging sehingga betul2 empuk dan tidak berair ,tambahkan garam,serbuk perisa
serbuk sup serta serbuk lada hitam.
4. Setelah daging masak ,didalam bekas yang lain  campurkan daging dengan 
daun bawang,hirisan cili, telur dan digaul rata sehingga jadi sepeti... 
macam ni....

Kemudian, 
5. Potong dibahagian tengah roti hotdog 
6. Tuangkan bancuhan daging tadi serata roti 

kemudian, diatas kuali non-stick letak sedikit mentega dan seterusnya 
Humban Goreng  roti di atas kuali sehingga menjadi garing kekuningan 
bolehla balik2 kan roti bila campuran daging sudah masak

dan siap! 
nak lagi sedap bleh la letak hirisan timun,salad ke..
jaja lupa beli salad jadinya..hentam saja lah labu....asalkan bleh ditelan...
letak mayonis dan sos cili...

pastu potong kecik2 dan sedia dihidangkan panas2... 

Kita try bagi duta kecik2 ni rasa dulu 
macam mana ,sedap dak weh??

Bleh buka gerai meniaga dah ni Cik Jaja!
Sedap Cik Jaja!!
Sama macam orang jual la Cik Jaja!

Hehehhe...
tu diaorang yang kata..bukan jaja yang kata ek..
tiada sebarang unsur2 sogokan pun untuk ayat2 diatas tu yer..
hahhahah

En Zack punya Roti John mana???

Ada..Ada!

Yang ni Cik Jaja buat dengan penuh kasih sayang,khas untuk Cik Zack korang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TARA!!!! 
I Love U ...Abang!

Hehehheheh

Selamat Mencuba yek...

Jaja'Z: Ada request suruh buat lagi... :p

2 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

nak buat...nak buat.....tp kat sini ssh beno nak jumpa roti hotdog gardinea nie......

x kira lah roti apa pun kan..kan..kan....nak buat juga....klu jaja dkt blh request jer nih....makan kat belakang umah dgn kak zah..... ^___^

JaJa'Z said...

alah..kak, guna roti perancis tu pun bleh...lagi besar rotinya...pakai roti biasa pun bleh kak..janji roti..kalau akak dok dekat sini..memang jaja dah menjemput akak makan kat umah jaja semalam ramai2...

Related Posts with Thumbnails