JaJa'Z Latest Stories

Thursday, January 20, 2011

Resipi : Kebab Roti Pita..

Morning semua...
wah! kemain suka lagi ek pada sesapa yang bercuti hari ni..jeles tau..
nak tak nak jaja kat Pahang ni kena kerja la jugak dengan penuh dedikasi..
so, dr dok saje2 korang tengah bercuti tu apa kata kita cuba buat
satu menu baru untuk hidangan petang nanti..

Kebab Roti Pita
Cenggini la rupa kebab roti pita yang jaja buat hari ahad lepas..
alhamdulillah menjadi..walaupun rasa tu tak la semabeles mana...tapi boleh la..
setakat nak bagi suami makan..
hehheheh
Jom kita sama2 semak resipinya ok..

Bahan2nya:
1 Paket roti pita
terpulang nak guna jenis apa and perisa apa..
1 paket kecil daging cincang RAMLI
1 biji bawang besar
100g cendawan shitaki
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari/serbuk lada
1 sudu teh serbuk rempah campuran(mix spice)
garam dan serbuk perisa
minyak untuk menumis

Bahan hiasan:
Beberapa helai daul salad
hirisan tomato
mayonis dan cili sos

ini roti pita yang jaja beli..perisa lada hitam dan keju
ada juga jenis plain dan bawang putih..
pilih la mana yang korang suka okeh..
cendawan shitaki!
kalau boleh lagi besar, lagi bagus..baru la terasa time makan tu..

Cara menyediakan inti kebab : 
1. Panaskan minyak diatas kuali dan kemudian tumis bawang besar sehingga layu dan naik bau
2. Masukkan 1 sudu serbuk mix spice dan 1 sudu rempah kari/serbuk lada
dan goreng sehingga rempah masak..
3. Apabila rempah sudah garing, masukkan cendawan shitaki 
4. Gaul rata dengan api yang sederhana sehingga cendawan menjadi lembut
5. Masukkan daging yang telah dibasuh serta ditoskan airnya
6. Masak sehingga daging berubah warna dan air daging menjadi kering serta perasakan 
bersama garam dan serbuk lada sulah..
7. Panaskan roti pita di atas pan non stick seketika dengan api yang perlahan di kedua2 bahagian
8. Roti yang telah dipanaskan tu boleh la dipotong kepada dua bahagian..
pastikan bahagian tengah roti adalah terbuka utk masukkan inti daging...

Sementara nak tunggu daging masak dan panas kan roti pita tu...
boleh la suruh laki/pembantu korang potong2 tomato dan basuh kan daun2 salad ek..
hehehhehhe
bukannya apa..nak jimatkan masa la katakan... :p
lagi cepat siap, lagi cepat bleh NGAPP!!!
kan kan kan...
hheheheh
9. Masukkan beberapa keping daun salad kedalam roti pita tu..
10.Sumbat la beberapa sudu daging ke dalam 
Jaja gaul kan sekali tomato cherry tu dalam daging..nak senang keja.. :p
11. Last sekali korang picit la mayonis kat atas dan bleh gak letak sos
kalau nak lagi sedap....

Dah Siap!!!
Kalau guna peket kecil daging cincang RAMLI tu..
bleh la guna 7 keping roti pita tu bersamaan 14 kebab korang akan dapat
banyak jugak kan? hehhehe
sepinggan kat atas tu..untuk umah Kak Zah..

Dan setelah suami atau pembantu korang tu penat lelah menolong kat dapur 
jangan lupa bagi lah dia rasa jugak ek..kang kalau dia mogok...
susah la plak lepas2 ni kalau nak mintak tolong lagi..hehheheh.
bismillah....abang makan yek...jangan malu2..

Kak Zah 5 kebab..kitorang 5 kebab..emmm baru 10 kebab
balance lagi 4???






Jangan tamak2 okeh..
jaja tapaukan jugak 4 kebab ke umah jiran lorong blakang ..
dapat la anak beranak dia semua pakat2 merasa...

So kawan2 semua..
Selamat Mencuba!!!!!!!!

Jaja'Z: Dah macam blog masakan la plak...

5 Beu-T Is Talking:

erienz said...

wah sungguh menyelerakan...dan paling best kala ada pembantu yg spoting tolong...hehehe...

JaJa'Z said...

erienz: pembantu tu kena tolong..kalau tak..tak bleh makan!!!

Ogy said...

belum ade kesempatan nk try semua resepi jaja ni....huhu

Bee said...

best nyer nk jd jiran kak jaja lah!

shamyheart said...

wah, sedap tu.. minta sikit.. hehe

Related Posts with Thumbnails