JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, July 23, 2014

Mood Raya Sudah Marii!!!


Sedar tak sedar Ramadhan hanya berbaki 4 hari je lagi..
tup2 tau2 dah nak raya dah esok2 lusa...
punya lah cepat masa berlalu kan...hari persekolahan pun tinggal 2 hari je ni..
bukan takat budak2..dengan cikgu2 sekali dah datang mood nak raya...

Tahun ni persiapan secara ala kadar..cukup la kami suami isteri baju sepasang sorang..
tu pun jubah jek..syukur alhamdulillah...
Kuih2 pun ada jaja beli sket2...tambah kerepek2 lagi...cukup dah la kot...
lagi pun skang ni bukan orang layan sangat kuih2 raya kan..laju lagi makan popia simpul dr
makan kuih2 raya tu...
pastu duit raya pun dah selamat tukar..tak banyak pun...
and tiap2 tahun mmg banyak tu jugak yg ditukar...
kalau tak cukup, kita tukar je dengan anak2 sedara nanti...lagi pun..tema tahun ni jimat cermat..
so, anak2 sedara yang dapat duit raya tu..bawak2 la bersyukur banyak yek..
sapa komplen2, duit raya tu nanti kena rampas balik..
baru padan muka..hehehheh

Dikesempatan ini jaja nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pembaca blog JAJA'Z...
jika ada terlanjur kata, terguris dihati...

Kosong-kosong okey??

Yang nak balik ke kampung tu, hati2 memandu..kalau penat rehat dulu tau...
semoga perjalanan semuanya selamat dan dapat jumpa
insan2 tersayang nanti...

Jaja Insyallah, tahun ni beraya di rumah mertua dulu di Kuantan ni...
raya kedua baru jaja mulakan perjalanan kami ke Penang n Perak...

Jumpa lagi semua..
:)


Thursday, July 10, 2014

35 Tahun...



Alhamdulillah...bertambah lagi usia...
Syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada jaja
untuk bernafas dibumi Allah ini....

Dah 35 tahun Allah pinjamkan jaja ke dunia ini...
segala nikmat,kebahagiaan,suka, duka..dah dirasai...
semoga hari2 mendatang lebih memberi kesejahteraan dan kesempurnaan kepada jaja..

Sebagai anak,adik, kakak,isteri...diharapkan Allah bagi jaja peluang
merasai nikmat sebagai seorang IBU pula, Insyaallah...

Terima kasih kepada kawan2 dan sanak saudara yang wish birthday untuk jaja
since tengah malam tadi lagi...
Moga Allah makbulkan doa2 kalian semua untuk jaja yer...

Akhir kata....
terima lah muka birthday girl yang dah ready nak g kerja pagi tadi..


Ahaks..

^__~

Wednesday, July 9, 2014

Tak lalu Makan Nasi..

Bila bulan puasa, mesti ada satu masa yang kita rasa tak lalu dah nak makan nasi..
berbuka makan nasi..kang sahur pun nasi...
esok pun nasi lagi....
jaja ni tiap2 tahun ni la dilema nya...tak lalu nak hadap nasi dah..
pastu mula la dok google apa menu yang bleh dibuat..
yang pastinya menu simple2 je la...
kang buat yg susah2 puas plak dok lama2 kat dapur...

Jadinya semalam jaja decide nak masak mee je..mee kari pun ok gak..
lama gak tak makan...kebetulan last week ada member yang buat..
dan2 tu terus terliur...

Balik sekolah jaja terus g beli bahan2 nak masak..
and dah selamat dah pun jaja makan mee kari ni semalam...


Ish..tengok semula terus drolling :)


Jaja beli dua peket mee..jadinya dapat la pass kan semangkuk ke kak Zah...
and sahur pagi tadi pun jaja balum menda yang sama gak...
mujur la EN Zack tak banyak bunyi...mamat tu kan hantu nasi..hahahha


Nah! setepek muka tuan tanah..pagi tadi before g kerja...

ok lah, nak sambung stress pk menu nak masak apa plak petang ni..

Monday, July 7, 2014

Popia Sedap...Popia Mushroom Campbell's

Rasanya dulu jaja dah pernah share resipi popia ni kat blog...
dah agak lama jugak la jaja tak buat..tapi yang pasti, bila dtg je bulan puasa..
popia ni mesti jadi salah satu kegemaran jaja untuk makan masa berbuka...

nak buat pun senang, bahan2 ringkas..rasa tu toksah cakap la kan...
memang THOR baikkkk

Jom kita semak resipi...


Bahan :
  • 1 Peket Kulit popia segera
  • 1 tin sup mushroom campbell's
  • 1 biji bawang holland
  • 3 batang sosej
  • 5 biji cendawan butang
  • sedikit daun bawang (optional)
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara menyediakan :
  • Tumis bawang holland yang dicincang halus sehinga sedikit layu
  • Masukkan sosej dan cendawan butang yang dipotong kecil dan goreng seketika
  • Masukkan sup mushroom campbell's serta sedikit air dan kacau sehingga air mengering dan kuah jadi sedikit likat
  • Akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau rata
  • Tidak perlu masukkan garam sebab sup mushroom tu dah cukup segala rasa

Bila inti dah siap..kena pastikan inti tu betul2 sejuk baru lah boleh gulung popia tu macam biasa...
inti tu korang letak ciput2 jek tau..or else nanti goreng meletup2 la minyak tu
sebab intinya akan keluar..

Jaja lebih prefer simpan dulu popia tu dalam peti sejuk..
lepas tu baru lah digoreng...
kalau sejuk, kurang la sket popia tu nak meletop2...

SELAMAT MENCUBA 

^__~



Related Posts with Thumbnails