JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, February 23, 2011

Resipi : Cheezy Tortilla and Nachos...

Selamat malam semua....
uish....lewat malam baru jaja sempat melawat blog cute jaja ni...
bukan sebab banyak sangat2 kerja..
tapi sebab wireless kat sekolah ada problem plak..
pastu balik petang td, En Zack plak ajak teman dia memancing..
jadinya, malam baru la jaja sempat meng'online'kan diri..

So, malam ni jaja nak share satu resipi mudah,ringkas dan sedap..
actually dulu kat KFC memang ada buat resipi ni..
tapi jaja dah lupa apa namanya...
dan yang paling penting...resipi ni menggunakan sos keju jalapeno tu..
jadinya moh la kita try sama2 yek..

Cheezy Tortilla and Nachos
Bahan2 yang diperlukan : 
1 peket tortilla
1 peket Nachos 'Chachos' perisa original
100g parmesan cheese 
200g popcorn Chicken Ayamas
dan last sekali..... 
Sos keju jalapeno..
dan kalau korang suka, bleh letakkan tomato yang dipotong dadu..
jaja tak letak tomato sebab takde plak tomato dlm freezer time tu..
jadinya pakai je la apa yang ada...

Cara menyediakan:
Panaskan seketika tortila diatas non stick pan.. 
Diatas tortilla yang telah dipanaskan seketika tu, taburkan keju parmesan
diikuti dengan beberapa ketul popcorn chicken dan juga nachos
yang telah dipecah2kan..

Letakkan bahan2 tersebut separuh diatas permukaan tortilla.. 
letakkan sos keju jalapeno
dan seterusnya 
taburkan keju parmesan seberapa banyak yang nak dibahagian atasnya.. 
Kemudian lipat tortilla tersebut 
dan panaskan semula tortilla diatas pan dengan api sederhana besar..

Dah siap!!!

Bolehla dipotong kecik2 seakan2 'apam balik' dan makan panas2.... 
Nampak tak tu??
Melted cheeseeeeeeee!!

Selamat Mencuba....

*****************************************************

Jaja simpan jugak beberapa ketul untuk En Zack rasa..
walaupun jaja tau dia mungkin tak suka apa yang jaja buat ni..
tapi tetap la simpan jugak nak bagi suami rasa..

Bila En Zack balik jek dr main takraw...terus jaja suruh dia rasa..

Ish la..abang nak mandi pun suruh makan jugak..

En Zack membebel sambil ngap sepotong masuk dalam mulut...

Eh! sedap!!...tinggal kat abang yang ni..abang nak makan lepas sembahyang..

Lega! mujur la dia suka..
nampak gayanya, boleh la jaja buat lagi lepas2 ni..
hehheheh

15 Beu-T Is Talking:

dieya said...

wargh.. tengok je dah tau sodap!
melted cheese tu tempting habesssss!

Mamamya said...

mancing lagi en.zack tuh...aduhhh...sat lagi ada ulang tayang gambo udang lah ni...kompom2!!!

akak nak buat tp x buat2 lagi jaja...ntah bila nak pi beli bahan2nya ni...klu bagi kat damya ni dia ambik tang cheese tu jer...kulit tortilla dia campak la kat mama ni...hurmmm...

ita citot said...

nak try buat gak a. cam senang jek... hehehehe
cheese itu sungguh menggoda.. auwww!! ;p

mila.ibunajihah said...

salam kenal,kat kfc mmg ada wat resepi ni dulu...one of my fevret, nanti nak cuba jugak..nanti nak order jalapeno cheese tu kat awak juga..huhu.. i search your blog through that cheese :)

AnneRaini said...

mesti sedap ni..nak buat gak lah..(kalau rajin hehe)

Lelord said...

pheeweettt best2 nanti akak cuba

JaJa'Z said...

@dieyamelting cheese alway tempting kan..giler suker tgk!!! hehhehe

JaJa'Z said...

@Mamamyasos cheese tu ada lagi tak..buat la..sure bebudak tu suka punyer...

JaJa'Z said...

@ita citotbuat la dik..bahan2 senang jek...rasa tetap melatopppp...sedap tu...

JaJa'Z said...

@mila.ibunajihahthanks for drop by mila...insyallah, lusa sampaila serbuk cheese tu ketangan mila..hehhehe

JaJa'Z said...

@AnneRainisenang jek nak buat tu anne...apa lagi..pi cari bahan2 esok...

JaJa'Z said...

@Lelordcuba jangan tak cuba kak.....sedappppppp

Little Miss Ramble said...

helooo ehe best recipe ni .ske. tp mana nak cr jalapeno sauce tu eh

Danial Ikhwan Jaafar said...

cheese mahal kannn =(

shura shushi said...

baru cuba resipi ni, tapi olah sikit sikit :)) TQ share resipi ni

http://nhshura.blogspot.com/2014/03/cheezy-tortilla-and-nachos.html

Related Posts with Thumbnails