JaJa'Z Latest Stories

Sunday, November 13, 2011

Resipi : Masak Lemak Cili Api Daging Salai...

Wah! tak habis2 lagi episod  pasal daging korban ni...
korang punya stok ada lagi tak?
ke seminggu direct dok bedal daging jek sampai pening kepala..
hehhehe

 Daging dlm freezer jaja ada sket lagi...
dan secara kebetulan malam semalam ter tgk plak rancangan Masterchef
ada chef jemputan, chef Anis Nabilah tunjuk cara2 nak buat 
masak lemak cili api guna daging salai...
bukan setakat tu je..dia ada juga bagi teknik macam mana nak salai daging
secara indoor..terutamanya pada sesapa yang dok kat apartment ..tapi
nak cuba jugak untuk menyalai2 ni...
memang respek lah...senang jek rupanya.. :)

Tapi macam jaja ni...oven takde dapur arang takde..
tapi nak juga menyalai...macam mana jaja menyalai?
kejap2 lagi jaja bagitau ek..

Now, meh kita semak resipi dulu...

Masak lemak Cili Api Daging Salai

Bahan2nya :
  • 500g daging
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1/2 biji bawang holland*
  • 10 biji cili api*
  • 2 inch kunyit hidup*
  • 2 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji kentang didadu
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun kunyit
  • sedikit garam,gula, serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit


Cara Menyediakan :
  • Gaul daging yang dah dihiris satu inci tebal bersama garam,serbuk kunyit dan kemudian disalai sehingga daging masak.
  • Sejukkan daging salai seketika dan dihiris nipis2
  • Kisar semua bahan2 yang bertanda * dengan sedikit air dan tumis seketika sehingga naik bau
  • Sementara menunggu bahan2 kisar mendidih, masukkan serai yang sudah dititik dan juga asam keping
  • Masukkan kentang yang telah didadu dan masak seketika sehingga kentang separuh empuk
  • Masukkan santan pekat, kacau seketika dan masukkan daging salai serta daun kunyit
  • Perasakan dengan sedikit gula,garam dan sedikit serbuk perisa..
  • Setelah masak, hidangkan ke dalam mangkuk hidangan....


Ha..senang kan???
alah..bebudak kecik pun bleh buat...

Korang nak tgk tak alatan menyalai jaja?
tengok je tau..jangan gelak pulak tau...
ni gara2 takde alatan sepatutnya tapi nak jugak menyalai..
takpe lah..nak memasak ni kadang2 kena kreatif jugak..
baru lah menjadi...

Memula jaja gaul daging tu dengan garam dan kunyit..
pastu jaja bantai je boh atas kuali non stick..
bila direct atas kuali tu..sah2 la akan kuar air..and daging kita takkan jd garing..
sah2 cara tu tak kena..and jaja kena la pk mcm mana la cara nak menyalai ni..
nak tak nak kena pk jugak...takkan nak cancel plak kan..

Last2 jaja terpk nak boh besi pelapik je kat atas kuali non stick tu..
tapi pelapik besi pun jaja takde..
dah susah2 sangat jaja bedal amik pelapik kuali jaja jek...
>_____<
hehehhehe

jaja susun elok2 daging kat atas besi tu...
pastu jaja tutup dengan penutup periuk...sebab nak bagi berasap..
api plak jaja guna api sederhana..

Lepas 30 minit...

wallah!!!
menjadi jugak daging salai jaja...
bila dah tgk daging salai menjadi..lega sket jaja rasa...
kalau tidak, terpaksa lah jaja tukar menu lain...

Alhamdulillah..pertama kali buat menjadi...
kalau korang rasa takde alatan nak buat sesuatu...
be creative..insyallah menjadi jugak..
ekekekke

Semangkuk dah selamat jaja bagi kat umah Kak Zah...
dan sebagai balasan..jaja dapat pajeri nenas..
dan....

kerabu taugeh dan kerang...!
sedap tak terkata kalau kerabu Kak Zah buat..
habis sepiring jaja ratah macam tu jek...

Untuk kawan2 yang berminat...
SELAMAT MENCUBA yek....

3 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

sya nak cuba!!! akak ni ada 2 1/2 kg lagik daging korban jaja...tp balik kg ayah bagi plak tulang rusuk lembu n kambing... tulang kambing dah selamat akak buat sup tadik... haduii...pening jugak nak habiskan stok daging yg ada nih... pastu kmdo dah dok sebut2 nak makan daging salai masak cili api...tu yg rasa nak ikut jer cara jaja nih...nampak mudah jerk. thanks yer share idea kreatif.... :D

JaJa'Z said...

buat kak jangan tak buat..nak senang guna je teknik jaja buat ni..gerenti jadi punya lah..letak cili banyak2 sket kasi piaw mr komando makan..heheh

Unknown said...

Dh siap dh kambing lmk cili api sy..mmg terbaeekkkk!!!

Related Posts with Thumbnails