JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, February 21, 2012

Resipi : Mee Bandung

Sorry sangat2 sebab terlupa plak nak update resipi mee bandung
yang jaja masak beberapa hari lepas...
jaja ni terlupa, sampai dah kena sound ngan member..
hehehhe
Padahal,resipi sempoi2 je nih...
jaja just skodeng2 kat blog masakan..pastu topup2 la sana sini sket...

So, takmo nak bebel banyak2...sebab jiwa tengah lara ni..
kenapa lara...kang jaja bagitau yek...

Now, meh kita tengok bahan2 and cara nak sediakan mee bandung ni..


Bahan2 :
  • 300g daging lembu
  • 1 peket mee kuning
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu tomato puree
  • 3 sudu sos cili
  • 1 cube pati ikan bilis
  • sayur2an ( Carrot,brokoli,sawi pak choy,tomato)
  • 1 peket fishball
  • 2 biji telur
  • Garam dan serbuk perisa
Hiasan :
  • Bawang goreng
  • hirisan cili merah
  • daun bawang
Cara menyediakan:
  • Hiris daging lembu nipis2 dan rebus sehingga daging empuk.Simpan air rebusan daging untuk dibuat kuah
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar dan goreng seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dah tomato puree dan digaul rata.
  • Masukkan daging serta stok rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan cube pati ikan bilis dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perisa.
  • Bila kuah sudah mendidih,masukkan semua sayur dan pecahkan telur sebiji2 dan pastikan tidak bertindih .
  • Setelah siap,hidangkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk,dan kemudian curahkan kuah dan akhir sekali hiaskan dengan hirisan cili,daun bawang dan bawang goreng..
  • Jika suka, bleh tambahkan taugeh serta tauhu goreng

Dah siap!!!
Bleh la mencuba yek.... :P

Kejap td En Zack dah selamat berangkat ke KL dengan menaiki bas kul 9.30 malam..
ada urusan pasal bisness buku dia tu lah...
En Zack gi tak la lama mana pun ke KL nun, maybe dua tiga hari jek..
tapi sebab dah lama jaja ni tak ditinggalkan keseorangan..
tu yang jiwa lara kejap tu..
hehehhehe

8 Beu-T Is Talking:

::Azura Rahman:: said...

Member mana yg sound Jaja tu?.. nk kena dia tu.. cer bgtau nama dia.. biar kzura cium2 pp dia yg gebus tu.. hahahaha..

btw.. tq for the recipe.. ;)

ctmarqonah said...

akak wat saspen je.. Igt melara kenapa la tadi... Alololololo... Cik abg die o/station ghopenyeee... Nasib baik jauh.. Kalu dekat, teh temankan akak dah.. Ngeeeeeeee!!!!!!!

p/s: Sedapnyeeee mee bandung tuh... Sllluuuuurrrpppppp... (sambil lap ayaq liuq meleleh)...

Mamamya said...

jaja..akak ni sbnrnya dah seminggu t'ingin nak makan mi bandung...tp masih blm sempat nak pi cari...nak buat sndri bukan x nak masalahnya kmdo x makan mi bandung sbb ada 'kacang tanah' dia tu menjaga kecantikkan...hahahahaaaa.. takut beni dgn jerawat...caitttt!!!

rasanya nak pi jalan2 je kat muo nun tp takut x sempat sbb weekend ni pi belanja dapur n ada jemputan kahwin kawan kmdo....

alahai...mi bandung...

lorrrr...kene tinggal dgn buah hati rupanya...ajak ler si miza temankan..blh buat kawan sembang2.. :)

JaJa'Z said...

kak zura...tu lah, rasa nak bababb2 pipi gebus kawan jaja tu..sambil cubit2 sekali..heheh..kalau dah bagi resipi ni..kalau dia tak buat jugak..tak tau la nak kata apa..heheh

JaJa'Z said...

teh..semalam angah tak jamu ke mee bandung ni..angah siap suruh mak lagi buat..hehehhe

JaJa'Z said...

kak lieya..ni mee bandung yg takde kacang la kak..boleh je nak makan..bagi komando makan, sah2 jerawat tak naik..hehehhe..
mujur la kena tinggai kejap je kak...lain je rasa sbb dah lama tak tido sorang2..

adelia eryna Rosmin Ang said...

Baru first time bca blog kak jaja neh ..nsb baek snang je nak cari bhn2 die neh ..

adelia eryna Rosmin Ang said...

Baru first time bca blog kak jaja neh ..nsb baek snang je nak cari bhn2 die neh ..

Related Posts with Thumbnails