JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, July 24, 2012

Resipi : Daging Masak Bistik

Alhamdulillah...
hari ni dah masuk Ramadhan yang ke -4 untuk tahun ni...
kejap je kan...nanti tau2 dah Ramadhan ke 30 dah..
pastu terus raya...yehhuuuuu..
hehhehe
over tau....kalah bebudak kecik sakan nak beraya..

ok lah..malas nak pot pet banyak2..
ni jaja nak kongsikan menu yang jaja masak untuk iftar hari pertama puasa  hari tu..

Daging Masak Bistik

Bahan2:
  • 1/2 kg daging lembu
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 1 peket bahan2 tumis(bunga cengkih, kulit kayu manis,buah pelaga)
  • 1 biji bawang bombay
  • 3 sudu teh garlic powder
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 2 biji kentang (dihiris dan digoreng seketika)
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 cawan air
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara menyediakan:
  • Hiris daging sederhana nipis, bersihkan dan toskan airnya
  • Perap daging tadi bersama garlic powder,kicap pekat dan sos lada hitam,biarkan beberapa jam didalam freezer
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah,bawang putih dan bahan2 tumis sehingga naik bau dan masukkan daging yang telah diperap tdi dan kacau seketika.
  • Setelah daging berubah warna menjadi coklat,masukkan 2 cawan air dan tomato puree dan biarkan masak sehingga daging empuk dan air menjadi sedikit kering dan memekat.
  • Masukkan kacang peas yang telah ditoskan air nya serta kentang yang telah digoreng dan dikacau lagi seketika
  • Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perisa dan taburkan hirisan cili merah dan bawang besar dan kacau lagi sebelum diangkat dan dihidangkan..

Dah siap!
sekali rasa daging bistik ni dah rasa macam lauk kenduri pun ye jugak..
nyum nyum...
and kepada yang suka pedas,bleh masukkan cili blend sket masa menumis tu
or just ketuk2 dua tiga biji cili api pun bleh juga...
terpulang atas cita rasa masing2...

so, Selamat mencuba!
^____~


5 Beu-T Is Talking:

Citarasa Rinduan said...

Boh kcg peas dlm tin.
mmg nyamiii rasanya.

Thanks cikgu bkongsi resepi

JaJa'Z said...

memang sedap ayu..daging bistik ni kalau makan dengan nasi tomato memang sedap...

Mamamya said...

ayah akak selalu masak daging bistik ni jaja...tp kaler dia lagik hitam la...mmg sedap!

KakNi (CikNi Ahnie) said...

Dolu2 saya selalul gak buat daging bistik ni tapi sejak buku resepi hilang, lama dah tak buat... hahahah.... ok, lepas ni boleh lah buat lagik! TQ Jaja kongsi resepi nih.

dieya said...

tatau nak komen apa tapi nak komen jugak..
so all i can say is..
arghhh.. nak makan!!!!

Related Posts with Thumbnails