JaJa'Z Latest Stories

Sunday, February 17, 2013

Meehun Goreng Tomyam...

Salam hujung minggu semua...
Hari ni jaja tak ke mana2 pun..dok lepak and rileks kat umah jek..
cuaca yang sokmo2 hujan ni kadang2 buat jaja jadi malas nak ke mana2
nak keluar malas..nak masak malas...
tapi bab makan..jadi menjadi2 plak dah...maklumla..
time hujan la perut ni asyik minta diisi jek kan...

So, untuk sesiapa yang  lapar but malas nak keluar ke mana2..
meh jaja share satu resipi yang sangat2 sedap and nak buatnya pun tak la lama mana...
kompem korang akan suka...

Meehun memang kesukaan jaja...
meehun goreng ke..meehun sup ke...meehun bandung ke...
meehun singapore ke..semuanya sedap!

tapi kali ni jaja nak introduce satu lagi menu meehun..iaitu..
meehun goreng tomyam :)


Meehun ni jaja masak untuk 4 orang makan dengan menggunakan
setengah peket meehun yek...

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang nipis sehingga layu..
dan masukkan hirisan daging ayam dan goreng sampai daging ayam empuk..
if suka..bleh masukkan sotong or udang yek..
jaja ni main boh apa yang ada dalam peti ais jek..
hehehhe

Masukkan semangkuk air dan letakkan satu setengah kiub tomyam Knorr..
biarkan sehingga air mendidih dan bolehla dimasukkan sayuran(carrot n bunga kobis),
sebatang serai yang diketuk dan beberapa helai daun limau nipis,
serta fish cake and fish ball dan biar seketika.
jangan masukkan garam terlalu banyak sebab kiub tomyam tu pun dah ada garam gak..
last sekali masukkan meehun yang telah direndam dan ditos
gaul rata sehingga semuanya sebati dan last sekali taburkan tomato dan capcicum
yang telah dihiris dadu dan gaul lagi..
if suka pedas..bleh la tambah cili api lagi yek...

Dah siap!! 
senang kan???
So,..selamat mencuba

^___~

Related Posts with Thumbnails