JaJa'Z Latest Stories

Monday, January 10, 2011

Resipi : Popcorn Chicken Tortilla...

Alhamdulillah..
sekali lagi jaja berjaya mencuba menu baru..
selama ni dok tgk jek orang buat..rupa2nya tak la sesusah mana pun..
dan hasilnya..memang sedap..
bukan nak puji sebab sendiri bikin...tapi pada selera tekak ku ini..
dah kira puas hati la kan...

Semalam masa jaja masukkan gambar ni dalam FB pun ,ramai yang dok tanya
macam mana nak membuat menda alah tortilla ni..
teramat2 senang sebenarnya...
yang tak reti masak pun bleh buat menda ni sebenarnya..
jom kita semak resipi ...

Popcorn Chicken Tortilla ala Jaja'Z

Bahan2:
1. Beberapa keping tortilla
( banyak ada jual kat pasaraya, bleh cari kat bahagian jual2 roti tu)
2.  Popcorn Chicken AYAMAS
3. Mix Vegie ( salad + tomato)
4. Mayonis
5.Sos keju Jalapeno
( Ramai yg tanya jaja sos ni, jgn risau..nanti jaja buat utk jual)
Salad tu terpulang korang nak guna salad jenis apa..yang jaja guna tu jenis coral lettuce
beberapa biji cherry tomato di potong dadu..

Cara menyediakan :
1. Firstly goreng popcorn chicken AYAMAS sehingga garing kekuningan 
2. 'Layurkan' tortilla di atas pan seketika supaya tortilla agak lembut
dan mudah untuk menggulung.. 
3. Susun kan segala salad, popcorn chicken serta tomato..jangan letak banyak2 sangat
kang susah plak nak menggulung..

4. Dah siap susun segala bahan2..tuangkan mayonis dan sos keju jalapeno
5. Seterusnya boleh la digulung kulit tortilla tu seperti membuat popia.. 
pastikan lipatan kita kemas dan hujung tortilla biarkan dibawah
supaya tortilla tak terbuka dan tak la inti kita tu berteraburan keluar.. 
kemudian panas kan sekali lagi diatas pan seketika..untuk menggaringkan kulit tortilla tu..

Dannnn SIAP!!!! 
Version tortilla jaja ni memang saiz XXL lah..
sekali ngap memang kenyang terus..
kalau ada sesiapa yang suka..boleh jugak letakkan terus sos cili didalam
sebelum proses menggulung tu...

Ha! Senang jek kan nak buatnya..
so, esok boleh la u all pi cari bahan2 nya then terus buat..
menu ni jaja rasa sesuai gak untuk sesiapa yang tengah berdiet..
sebab semua menda ada kat dalam tu...
ada roti,sayur,ayam...cukup zat dah..
hahahha

Bila dah siap semua ni..
harus la jaja bagi 'duta cilik' ni rasa kan..
who else, anak2 jiran jaja la....Nina Ngan Miza 
bebudak dua orang ni makan sorang separuh pun dah kenyang..

Dan yang terakhir..
mesti lah komen dari Encik suami tersayang..
kena la bagi dia rasa jugak kan...

Macam mana En Zamrul..apa pandangan anda tentang tortilla
buatan isteri anda  ni???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. 
Sedap!!!!
(kedua2 tangan itu adalah dr jantina yang berbeza yek :p)

Selamat Mencuba yek semua!!!!

Jaja'Z: Nak try Chicken stuff pita plak lepas ni..

13 Beu-T Is Talking:

Ogy said...

terbaekkkk lah jaja....tak sabar lak nk try buat nih..

Lelord said...

pheeweettt akan ku carik popcorn ciken wpun bukan ayamas hahahhaha

lemongrass said...

Tu sebab I suka masak western food ni. Senang ya amat nak sediakan, hehehe. Tak sampai 15 minit dah boleh makan dinner sampai kenyang kan!

JaJa'Z said...

mamagee: mr b balik next week akak buat la..bagi dia makan...

JaJa'Z said...

kak lela: bedak jek apa2..janji ayam gak..ada member jaja buat guna nugget..potong kecik2..sedap jugak..

JaJa'Z said...

kak mynn: betul kak..dah la mengenyangkan..sekali ngap terus kenyang..tapi my craving kat menda yang dulu tu tak tertunai2 lagi..nila la nak buat beef nachos tu..sabar2...

erienz said...

wah nmpak sedap...nk cuba buatlah....

dieya said...

terer nyer k jaja buat tortilla! kalau camni dtg kl bleh skip laa mexican food.. coz k jaja bleh buat sendiri! tauke chili's restaurant oun tabik nih!

JaJa'Z said...

erienz: sila2..jangan malu2..buat bagi hubby makan ek..

JaJa'Z said...

dieya: no no no..seafood paella tetap dalam igauan akak!!!

ibh_sue said...

Adussss!!!!..sadisnya..
naik nafsu makan terus...menu masuk list dulu...Agak2 nak derhaka dengan diet nanti boleh try buat...

JaJa'Z said...

sue, apa plak derhakanya..menu ni diet jugak ni....

Suzie said...

mmg terbaik la jaja!!nanti i try ya..hehe..

Related Posts with Thumbnails