JaJa'Z Latest Stories

Sunday, May 29, 2011

Menu Lite2 Jek Hari ni...Sup Tulang Ala Siam


Buntu jek rasa kepala hari ni bila pikir nak masak apa...
nampak gayanya sindrom pikir menu nak masak dah mula melanda jaja ni..
maklum la kan....cuti sekolah...

Memula memang tak tau nak masak apa...
tapi bila dah sampai pasar...scan segala pelosok pasar...
baru la idea tu datang..
jadinya hari ni jaja masak menda2 simple jek..
malas nak main ngan menu santan2...

Jadinya menu kitorang laki bini hari ni ialah...

Sup Tulang ala2 Siam...
Untuk sesapa yang nak mencuba...moh kita semak bahan2 nya yek...

Bahan2:
1/2 kg tulang lembu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inchi halia
2 sudu serbuk sup ADABI
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan2 menumis (bunga cengkih,kulit kayu manis,bunga lawang)
2 batang saleri
1 biji tomato
4 biji cili api
sedikit daun sup
bawang goreng
garam dan serbuk perisa

Cara untuk memasak:
1. Cuci tulang dengan bersih dan ditoskan airnya. Kemudian rebus
tulang tersebut sehingga empuk dengan beberapa hirisan halia
2. Setelah tulang separuh masak, dalam kuali yang berbeza ..tumis bawang merah, 
bawang putih dan bahan2 menumis sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan bancuhan serbuk sup dengan sedikit air dan juga sedikit 
serbuk kunyit dan goreng seketika sehingga rempah masak..
4.Setelah segala rempah masak dan pecah minyak, tuangkan bahan2 tumis tadi
kedalam periuk berisi tulang yang direbus dan kacau rata.
5. Setelah tulang empuk,masukkan hirisan batang saderi ,tomato dan cili api
6. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan serbuk peraa
7.Hidangkan sup panas2 dengan taburan daun sup dan bawang goreng

Selamat Mencuba!!!!

10 Beu-T Is Talking:

UK'S RECORDS ENT said...

bolelah yana cuba nanti. he he thank u :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe makan sup ayam dan rendng kerang :)

JaJa'Z said...

yana: cuba jangan tak cuba..senang jek nak buat kan...

JaJa'Z said...

hawa: sedap tu..tapi akak tak pernah makan rendang kerang

Citarasa Rinduan said...

peeh.....
meleleq air liur ayu layan sop tulang cikgu jaja...

mmg nampak menyelerakan

JaJa'Z said...

ayu: masak biasa2 jek ayu..mana bleh nak lawan orang yg buka kedai makan masak..

ibh said...

Yang simple mcm ni la yg sedap..sue pun suka hirup sup mcm ni saja juga..hee

sarah-najwan said...

akak kn jaja..kalu buat sup..memang serius bgtau..FAILED!!..ni hubby akak ckp sndirik tau..huhu..sb tu la akak jrg2 amat buat sup..

tapi akak rasa cara awk ni amat mudah..akak nk try..kalu menjadik..akak akn publish stori..hehe

JaJa'Z said...

sue: jaja pun sama..suka hirup sup jek..kalau nak makan dengan nasi, jaja lambak kan semua sekali masuk dlm mangkok..

JaJa'Z said...

kak zia, cuba lah..senang jek..takde nak blender2 bahan..semua senang..guna tumis darat..tapi nak bagi anak2 makan, takyah la boh cili api tu...

Related Posts with Thumbnails