JaJa'Z Latest Stories

Sunday, September 26, 2010

Meehun Sup Tulang Utara...

Ni dia menu ulangan yang jaja citer dalam entri sebelum ni...
cuma bezanya hari tu guna mee tapi kali ni tukar meehun plak :p
tapi sebenarnya kepuasan makan berasaskan sup2 ni pada jaja la..
lagi syok makan dengan meehun...kalau dengan mee rasa macam tak berapa best jek
ye ke dak weh? korang rasa2??

Nak resipi ?? Jom kita check it out!!

Meehun Sup Tulang Utara

Bahan2 Sup:
1 bungkus meehun
1 Kg Tulang lembu
1 kg daging lembu
2 biji bawang besar(dikisar)
3 ulas bawang putih(dikisar)
2 inchi halia(dikisar)
1 sudu besar serbuk sup ADABI
1 Set Sup Tulang Bunjut Adabi
Air merebus
Garam dan bahan perisa

Bahan2 Tumis Darat:
3 Biji bawang merah
3 ulas bawang putih
kulit kayu manis
bungka cengkih+bunga lawang

Hiasan:
Daun sup + daun bawang
bawang goreng
tahu goreng
hirisan cili

Sambal Kicap:
Cili api
2 biji bawang putih
kicap pekat

Cara penyediaan SUP:
Rebus tulang dan daging selama lebih kurang dua jam
( ni kes sebab takde pressure cooker)
selepas daging setengah empuk
masukkan bahan2 yang dikisar + serbuk sup+bunjut sup
garam dan bahan perisa
dan biar sampai daging betul2 empuk

Sementara tu, buat tumis darat,
gorengkan bawang merah, bawang putih,bunga cengkih dan bunga lawang
serta kulit kayu manis sehingga sedikit garing dan naik bau
kemudian curahkan semuanya kedalam rebusan sup tadi
last sekali taburkan daun sup

Untuk jadikan meehun jadi warna kuning,
masa celur meehun tu just tambahkan sesudu kunyit yang telah dibancuh dengan
sedikit air panas
cuma pastikan meehun tu di bilas beberapa kali untuk pastikan takde seredak2 serbuk
kunyit yang tertinggal...

Letak meehun dalam mangkuk,boh bersenduk2 sup ngan tulang2 skali
tabur dengan bahan2 hiasan dan letak plak sambal kicap
sesudu dua..
Pehhh!!!!! syokkk wooooooo!!!!

Jom Jom!
Jemput la makan ek.... :p
Kenapa jaja suka guna tulang kalau buat sup?
sebab air rebusan tulang akan jadi lebih sedap kalau nak dibandingkan
dengan air rebusan daging semata2
makin lama tulang direbus, rasanya memang jadi lagi piawwwww!!!

Betul tak En Zackkkk????
Betul! Betul! Betul!
Ish ..buruknya aksi makan si Tok janggut ni...

Jaja'Z: Selamat mencuba kawan2

4 Beu-T Is Talking:

Suzie said...

dah boleh bukak kedai jaja wehhh..hehe..slurpppp,terliur ni :p

A.I said...

nak tambah sedap, tambah serbuk kurma sesudu. perrgghhh!! - dah lama x buat mihun sup..hohoho

JaJa'Z said...

kak suzie: kena brenti keja la nampak gayanya kalau buka kedai makanan...penat tu...

JaJa'Z said...

AI: jaja tau bleh masukkan serbuk kurma sket..tapi kat umah ni takde plak serbuk kurma..malas dah nak beli2..pakai mana yg ada jek la...

Related Posts with Thumbnails