JaJa'Z Latest Stories

Monday, July 2, 2012

Resipi : Ayam Masak Lemak Cili Api

Malas betul nak karang2 cerita kat blog skang ni...
rasa macam nak tepek2 gambo jek..
mood nak berblogging memang kelaut semenjak dua menjak ni...
Tak tau la pasal apa...haishhh

Ni menu jaja hari sabtu lepas...
rasa macam dah lama sangat2 tak makan masak lemak cili api ni...
memula jaja ingat nak masak guna ikan tenggiri...
tapi alih2 bertukar menjadi ayam..hehehhe
ayam pun ayam lah..janji sedap dimakan...tak gitewww?

Ni dia hasil ketung ketang jaja untuk hari sabtu lepas...

Ayam Masak lemak Cili Api...

Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan
  • garam dan sedikit gula
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 keping asam gelugor

Cara Menyediakan :
  • Ayam dipotong 8 dicuci bersih dan ditoskan airnya.
  • Kisar bawang merah, halia, cili api dan kunyit hidup bersama sedikit air
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 diblend tadi sehingga naik bau
  • Masukkan asam gelugur dan juga serai yang telah dititik dan perasakan dengan sedikit gula
  • Apabila bahan2 tumis sudah naik bau, masukkan ayam dan dikacau rata.Masak sehingga ayam empuk.
  • Apabila ayam separuh masak,masukkan santan dan biarkan sehingga pecah minyak
  • Akhir sekali, masukkan daun kunyit, buah tomato dan perasakan dengan garam.

Dah siap....
Selamat Mencuba
^___~


5 Beu-T Is Talking:

ibh_sue said...

Aslmkum jaja.
Aduih! Bunyik perut. Sue pun lama x masak lemak cili api ni. Ni dah nak puasa, lg la tak msk berat mcm ni kot. Nak mkn kena beli la jwbnya. Lg jimat. :)

Messy Mummy said...

itu adalah fav segala fav ayam! hahaha.. mm suka bebenor kelau pedas dia kaw2. tapi sygnya bila masak sendiri tak boleh lah pedas. Mok kena yg mild jer... agak potong stim tapi.. ku potong cili apiku sendiri. hahaha

iam lilu said...

Assalam kak jaja,
Terima kasih sbb share resipi ni...memang tiap² kali nak masak walaupun dah hafal resipi masih jugak nak bukak page akak! Senang dan yg pasti sedap dan menjadi :)

siti salihah said...

terima kasih atas resepi..hari ni teringin nak makan ayam masak lemak cili padi...
google repi n terjumpa blog puan...

jemput singgah blog saya juga
www.haniqhanisalihah.blogspot.com

Dealer Topup Malaysia said...

feveret ni, dah lama tak masak.. sampai resepi pun dah lupa.
Serai dan halia takde kat umah ni,
Yang banyak kunyit hidup..

hehehe..
derhaka cket dari resipi Jaja nie..^_^

Related Posts with Thumbnails