JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, June 26, 2012

Resipi : Telur Bungkus

Actually, jaja dan family Kak Zah plan nak buat makan2 hari ahad lepas...
bersempena anak sulong dia nak masuk Poli Dungun  2 minggu lagi...
kang kalau dia dah ke sana..kesian la plak kan...
tengok je la menu2 yang jaja tayang kat fb je..
memandangkan next week Kak Zah bz ngan kenduri jadinya kitaorang decide buat kelmarin jek..
tambah plak masing2 pun dok tengah free takde program apa2...

Antara cadangan menu...Ikan siakap 3 rasa,ikan pari bakar,ayam goreng rempah
akan dimasak oleh Kak Zah...
Jaja plak kena buat tomyam campur,sayur kailan ikan masin dan telur bungkus...

Sebenarnya jaja memang tak pernah buat sendiri telur bungkus ni..
but mama jaja pernah gak buat telur bungkus ni dulu2 kalau time sahur..
jadinya jaja rasa, bleh agak2 la kot bahan2 nak buat intinya tu...

So, sebelum buat betul2 untuk dihidang ke orang lain..
makanya jaja pun try la buat dulu sendiri...

Alhamdulillah...suka sangat2...
sebab nya percubaan kali pertama jaja berjaya...
inti sedap and telur nya pun jadi kemas...
cehhh..puji diri sendiri..hehehehehhe..memang tak bleh blah kan..
^____~
Yelah..sedap la pada tekak jaja sendiri...

Ni la rupa telur bungkus yang jaja buat petang tu....


Korang nak cuba...jom jom!
senang amat2 nak membuatnya....jom kita semak bahan2 yer..

Bahan2:
  • 2 keping isi ayam dipotong kecil2
  • 1/2 biji bawang holland dicincang halus
  • 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
  • 1/2 batang daun saderi didadu kecil
  • 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
  • secubit garam jika perlu
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji telur ayam
Cara menyediakan :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
  • Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  • Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  • Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
  • Taburkan secubit garam jika perlu
  • Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
  • Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  • Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  • Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut
  • Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.

Siap dah!!!!
Senang je kan....sekejap sangat masa nak sediakan telur bungkus ni..
jaja ada beberapa tip untuk dikongsi semasa menyediakan inti  telur bungkus ...
kalau boleh minyak menumis jangan terlalu banyak dan pastikan inti tidak terlalu basah..
sebab kita takut meleleh2 plak lebihan kuah inti tu nanti...
if inti terlalu kering..bleh tambah sedikit lagi sos untuk lembabkan inti tu...

SELAMAT MENCUBA



6 Beu-T Is Talking:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni kalau makan mesti pejam2 mata, kan Jaja.. :-))))

cikgu_aare said...

adeiii kak jaja..pose2 ni, terliur ha tengok telur bungkus..heh

pernah buat tapi tak jadi telur bungkus..jadik telur telangkup.hahaha
pasni nak try lg membungkus.hehe

JaJa'Z said...

kak yus..makan mana leh pejam mata..kang tertido terus..hehehhe

JaJa'Z said...

a're..bagus2..cuba lagi..kasi bungkus itu telur...

Unknown said...

sedapnyaaa...nakkk...!!

JaJa'Z said...

Wan..bleh cuba yek...

Related Posts with Thumbnails