JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, June 29, 2010

My First Ever Home Made Apam Balik !!

Selamat malam semua...
Memasing dah dinner ke?
Malam ni jaja tak plan nak makan apa2 pun..enuf la kot makan2 untuk hari ni..

Petang tadi lepas balik sekolah bleh plak jaja terlelap barang setengah jam
alih2 terkejut sebab dengar guruh kemain la kuatnya
kat luar ni takyah cakap la..gelap macam dah kul 7 malam
padahal baru kul 5

Sambil muka dok mamai2 lagi, jaja teringat pasal plan nak buat apam balik
bahan2 semua dah beli so, bleh la kot nak buat hari ni as minum petang
sesambil tu bleh buat lebih sket dan pulangkan pinggan Kak Zah ngan Kak Syam

Sebenarnya jaja teringin nak buat apam balik ni lepas tengok resipi kat
blog KAK ZURA
sekali tengok bahan2 ngan cara nak buat..tak la susah mana
tapi memandangkan ni first time nak buat, makanya tetap kena hati2 la..
takut termanis ke,cair sangat ke
tapi alhamdulillah..semuanya menjadi..rasa pun not bad la..
ceh!! puji diri sendiri plak..hahahha

Lepas dekat sejam kat dapur sambil gelek2 kuali
maka terhasil lah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apam Balik Jaja Come'
Mentang2 la buat sendiri, sampai melimpah2 jagung jaja letak
hehehe
maklum la, kalau yang beli kat pasar malam tu jagungnya 'secoet' jek..
mana la puas kan...
Dan yang paling jaja suka bila En Zack pun makan apam balik ni..
jaja potong kecik2 dan letak atas meja kopi kat ruang tamu
En Zack dok khusyuk baca buku dia tu la..
"Makan banggg"
Pastu dr jauh jaja ushar tengok rupa2nya dia makan..
sampai menjilat2 jari..hehhehe
bukannya apa..kadang2 menda yang jarang dia makan
memang tak sentuh la En Zack ni..alhamdulillah, kali ni dia makan
maknanya boleh la jaja buat lagi lepas ni...

Kepada kawan2 semua,sesapa yang berminat boleh cuba ek..

APAM BALIK JAJA COME'

Bahan2nya:
2 Cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat(jaja tak boh pun)
2 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu baking powder

Untuk hiasan:
Kacang tanah 'digoreng darat' dan ditumbuk halus
butter
gula
jagung manis dalam tin

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan dan kacau sehingga kembang
biarkan seketika selama 30 minit
sapukan sedikit butter pada kuali 'non stick'
curahkan adunan sedikit demi sedikit (jaja letak sesenduk je)
bila adunan dan berbuih2 boleh la taburkan gula,butter,kacang dan jagung
bila kulit agak garing, boleh la apam balik tu di lipat

Dah SIAP!!!

Bahan2 yang jaja buat ni untuk 1 adunan bleh dapat dalam 10 keping
dengan saiz kuali kecil

SELAMAT MENCUBA
^__~


14 Beu-T Is Talking:

lemongrass said...

Lepas ni kalau ada gerai kat sekolah tu, bolehlah Jaja book buat apam balik eh! dah pass dah tu :-)

dania said...

mmg cite pasal mkanan je blog akak ni..teheee..
mcm best je..nak try la.. =)

JaJa'Z said...

hehhe..akak, first time buat sampai terkeluar habis jagung..konon tamak sgt nak letak jagung banyak2..hehhe..insyallah lepas ni bleh perbaiki lagi..

JaJa'Z said...

dania: kat blog akak ni memang ada gambo makanan sokmo..tgk la badan tuannya ni..

kalau tak pasal makanan..pasal student..tu je la..hehhe

En iLham said...

yummmy
sedapnya apam balik akak
banyak jagung
saya suke
kalau apam balik beli tu jagung die takat celah gigi jer
nasib baik dah antar kat KAU ILHAMKU cket
hehe

JaJa'Z said...

syamil: kalau buat sendiri memang puas hati la...bukan setakat kita jek..jiran2 pun dapat merasa..

Hizami Rahim said...

tahu takpe.
jagung tu sodap.
lagi banyak lagi sodap.
:)

JaJa'Z said...

hizami: skang ni siap ada version apam balik kacang merah lagi tau...

~anna&anuar~ said...

byknye jagung.....KECUR!!!!!!

JaJa'Z said...

anna: anna buat la jugak..letak segantang jagung pun bleh..hehhehe

aZaMieTa said...

nak try gak la
nmpk syedaappp oooo...
huhuu (^_^)

JaJa'Z said...

azamieta: try la..senang je kan..lagi puas buat sendiri..

::Azura Rahman:: said...

oh ada apam balik rupenyer... uhuhuh.. sorry laa lambat singgah umah.. asyik F.E.D.U.P jew dua tiga ari nie..

sedap kan? mmg sedap.. nak2 makan panas2...

next project ape lg?? ekekeke...

JaJa'Z said...

kak zura: next project u already know...malam ni jugak jaja reveal..hehhehe

Related Posts with Thumbnails