JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, August 24, 2010

Jom Cuba Buat Popia Version Baru...

Morning semua...
Hari ni jaja nak berkongsi satu resipi yang senang mudah and menjimatkan
so u guys kat luar sana bleh la cuba buat untuk iftar petang kang

Selalu kita dok dengar popia goreng,popia basah,popia sardin,popia kentang
Ahhh!!! semua tu dah biasa dah kita makan kan
apa kata petang ni try plak another version of popia plak

Popia Mushroom Cambell
Bahan2:
1 tin sup mushroom Cambell
1 biji bawang besar didadu halus
1 paket Ayamas mushroom sosej
1 peket kulit popia (besar)
i biji lobak merah didadu halus
2 sudu tepung gandum(untuk melekat kulit popia)
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
Tumiskan bawang besar sehingga layu
masukkan lobak merah yang didadu dan biarkan seketika
masukkan sedikit air
(pastikan air sedikit sahaja supaya inti agak pekat)
masukkan 1 tin sup mushroom cambell
dan kacau seketika

Cara menggulung popia:
bancuhkan tepunggandum dengan sedikit air
Sosej Ayamas dibelah 4
Susun sosej diatas kulit popia
curahkan sup mushroom cambell yang telah disejukkan keatas sosej
gulung dengan kemas dan gunakan tepung bercampur air sebagai pelekat
goreng popia dengan menggunakan api sederhana..

AMARAN KERAS!
Pastikan sup mushroom tidak cair dan dibiarkan betul2 sejuk
sebelum menggulung
elakkan letak inti terlalu banyak
kalau tak..
korang tahan la kena minyak panas sebab popia tu akan meletop2
bila digoreng
tak perlu masukkan garam sebab sup tu dah memang masin

Popia ni bagi jaja sedap dimakan macam tu jek..
takyah nak buat2 sos dah
popia ni boleh dipelbagaikan lagi pada sesapa yang suka..
kalau nak, boleh gantikan sosej dengan crab meat pun sedap gak

SELAMAT MENCUBA
^___~

Jaja'Z: Licin makan menda ni sekali hadap!!

2 Beu-T Is Talking:

honey amour said...

ko macam tau2 jer aku suka popia kan jaja...hisskkhh...petang ni kalau rajin aku buat yerk...hahahaa..

JaJa'Z said...

honey: memang sedap menda ni..ko buat ek..nanti tayang kat blog...

Related Posts with Thumbnails