JaJa'Z Latest Stories

Friday, November 19, 2010

Rendang SULONG Ku...

Kenapa namanya rendang sulong??
sebab ini lah pertama kali dalam hidup jaja, jaja masak rendang sendiri..
sebelum2 ni pernah juga buat, tapi just tolong2 mama jek..
tapi kali ni dr mula sampai akhir, i do it by myself...
dan alhamdulillah...rasanya tak mengecewakan jaja..
dan yang penting..'rasa rendang mama' memang ada dalam rendang sulong jaja ni...

Memandangkan percubaan pertama jaja ni berjaya..rasa2nya nak la jaja berkongsi sket
resipi nak membuat rendang sulong ni...mana tau kot2 ada yang nak mencuba
plak lepas2 ni...

Bahan2 nya :
  • 2 kilo daging lembu
  • 20 biji cili kering*
  • 7 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci Lengkuas*
  • 2 biji kunyit hidup*
  • 10 biji cili api*
  • 2 batang serai*
  • 1 paket kecil serbuk kari ADABI 
  • 4 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan(1 biji kelapa)
  • 2 batang serai diketuk
  • 4 helai daun kunyit dihiris nipis
  • Air
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Cara menyediakan :
  • Hiris daging mengikut ketebalan yang dikehendaki dan basuh daging bersama tepung dan cuka untuk menghilangkan bau hanyir daging.
  • Kisar semua bahan yang bertana (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis segala bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan tambahkan sekali satu paket kecil serbuk kari ADABI.
  • Setelah rempah masak dan pecah minyak,masukkan daging dan digaul rata bersama rempah2
  • Biarkan daging empuk sehingga air daging agak kering dan masukkan kerisik kemudian digaul rata.
  • Setelah daging empuk,masukkan santan dan bolehlah ditambah air jika santan terlalu pekat
  • Masukkan garam dan gula secukupnya dan 2 batang serai yang telah diketuk.
  • Biarkan sehingga rendang agak kering dan akhir sekali bolehla ditabur dengan hirisan daun kunyit untuk menambahkan wangi rendang .


Senang kan???
jadi, sesapa yang dapat daging korban tu dan ada yang berlebih2
boleh la cuba untuk buat rendang daging sulong ala jaja..hehehe
jaja ni rendang sulong...kalau u all dah biasa buat, kena la tukar jadi rendang angah ke,
alang ke, achik ke...hehheheh

SELAMAT MENCUBA...

Jaja'Z: Dah terror dah buat rendang...

4 Beu-T Is Talking:

azila said...

nantikan kemunculan rendang sulong azila..hehhe

JaJa'Z said...

zila..uishhh sila kan...aik? zila pun tak pernah ber rendang jugak ke??? ehhehe

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

perghhh...memang sodap nampak! en.zack pon siap tolong lagi. tolong ambik gambar haha XD

JaJa'Z said...

Dan. tu la pasal..orang dok bz masak..dia sibuk amik gambo..

Related Posts with Thumbnails