Alhamdulillah...
percubaan pertama jaja kali ni menjadi jugak akhirnya...
time sejuk2 ni perut asyik mintak mengunyahhhh jek..sket2 lapar
pastu teringat plak kat murtabak daging,terus terkecur air liur
ni semua gara2 tengok home made murtabak kat blog Kak Zura hari tu..
lepas jaja semak bahan2, rasa2nya mampu kot nak buat
hehhehe
bahan2 semua dah ada, jadinya petang tadi terus zasssss jek masuk dapur..
Resipi yang mudah, ringkas dan sedap!
jom kita semak resipi nya okeh..
Mini Murtabak Daging
Bahan2nya:
1 peket kulit popia saiz besar
1 peket kecil daging cincang RAMLI
1 biji bawang bombay
2 biji kentang saiz sederhana
2 sudu besar serbuk kari daging ADABI
5 biji telur
2 biji cili merah
sedikit daun bawang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan air
garam dan serbuk perisa
minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara menyediakan :
1. Tumis bawang besar yang telah didadu sehingga layu
2.Masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan dan masak sehingga daging empuk
3. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu dan taburkan 2 sudu
serbuk kari daging adabi dan digaul rata.
4. Seterusnya masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sehingga kentang lembut
dan air menjadi kering
5. Sebelum diangkat,taburkan daun bawang serta cili merah
dan kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam,garam dan juga serbuk perasa.
Dalam bekas yang lain
gaulkan inti daging tadi bersama 5 biji telur
dan seterusnya panas kan kuali
goreng inti daging tadi sehingga masak...
kemudian ceraikan kulit popia satu persatu untuk memudahkan proses membalut murtabak
letakkan inti yang telah digoreng tadi ditengah2 kulit popia
dan boleh lah dilipat berbentuk 4 segi...
Kemudian boleh la digoreng murtabak tadi menggunakan sedikit minyak
dengan api sederhana besar
ulang lah langkah2 yang sama sampai la siap semua sekali..
Alhamdulillah...
sepeket daging cincang tu jaja boleh dapat hampir 20 keping murtabak mini ni..
puas sungguh rasanya..!
dapat jaja sedekah ke Kak Zah sepinggan,
Untuk Kak Yah dan Kak Nor,jenjiran jaja tu satu tupperware sorang.
hehehhe
harap2 diaorang suka la kan...
dengan secawan air kopi dan sepiring mutabak daging ni..
jaja pun jamu la suami kesayangan makan..
sedap tak bang ??
SEDAPPPPPPP....... :p
Alhamdulillah, suami suka...jaja lagiiiiiii lah suka kan...
Untuk yang nak mencuba, sila2..jangan malu2 jangan segan2 try okeh..
Jaja'Z: Nak perabis saki baki murtabak lagi

10 Beu-T Is Talking:
wahhhh tq for the resepi...nk kena cari kulit popia ni....nk try... :)
kompem kite try weekend ni..hehe
mamagee: silakan..cuba buat time mr B balik nanti..
farhana: jamu cik abang awak makan..mesti dia suka..
nanti pot luck kt sekolah mesti bawak murtabak kan?hehe
Entri terbaru saya
Jom Cuci Gambar Passport 32 Keping dengan Harga RM7 sahaja
jaja
awat duk jauh2 dari ayu.
kalau tak sure saru piring utk ayu,,wawawawa
lapor...
naman: tak mungkin kot..nak kena bangn awal2 giler kalau nak bawak menda ni ke potluck sek..lagi pun murtabak ni sedap panas2 sebab rangup..kalau sejuk,kulit jd liat sket..
kalau ayu kat sebelah umah..sah2 dah jaja hantar sepiring..
jaja, tengkiu resipi nih tengkiu...nak cobaaa jugak yeahhh!!!
hany: cuba jgn tak cuba..magi MZ makan..
Post a Comment