JaJa'Z Latest Stories

Thursday, July 26, 2012

Resipi : Ikan Goreng Masak Berlado

Pagi ni jaja bersiaran dr umah...
jaja dah selamat mencutikan diri disebabkan sakit senggugut yang melampau2..
sejak dr pagi semalam lagi...
Ingatkan pagi td bangun time sahur dah ok..rupa2nya dok sakit lagi
sampaikan nak tido pun susah...

Disebabkan takut makin sakit bila kat sekolah nanti, so jaja decide untuk amik cuti jek..
even skang ni tengah menaip entry ni pun masih terasa lagi sakitnya..
nak rehatkan badan kat atas katil..mata plak tak nak lelap..
sudahnya...jaja online je lah...
harap2 nak ke petang nanti makin kurang la sakitnya..
but dah cakap awal2 dengan En Zack...
hari ni jaja just nak masak mee jer...penat dah masak lauk and makan nasi..
sekali sekala kena tukar selera jugak...

ok lah..hari ni jaja nak kongsi satu resipi ringkas dan mudah untuk disediakan..
Actually bleh guna apa2 jenis ikan pun..
yang selalu jaja tgk kat kedai, diaorang suka masak guna ikan keli..
but memandangkan takde ikan keli..so, jaja guna jek ikan kembung selar...

jom kita semak resipi yek..
mana tau ada yang nak amik and buat as juadah berbuka hari ni ke kan..

Ikan Goreng Masak Berlado

Bahan2:
  • 2 ekor ikan kembung selar
  • 4 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang bombay
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit gula, garam dan serbukperasa
Cara menyediakan:
  • Ikan digaul bersama garam dan kunyit dan digoreng dahulu sehingga garing dan toskan minyak
  • Panaskan minyak dan tumiskan cili merah serta bawang merah yang telah dikisar halus
  • Masukkan air asam jawa, bawang besar , gula,garam dan serbuk perisa dan masak sehingga lada masak dan pecah minyak.
  • Masukkan sos tomato serta ikan dah digaul rata.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Senang je kan...?
kurang dr 15 minit dah siap...
if ada yang suka lagi pedas, bleh masukkan cili api sekali dan blend bersama2
lada dan bawang merah tu yek...

SELAMAT MENCUBA
^____~


4 Beu-T Is Talking:

AiNuN FaUzI said...

Yummylicioussss!!!!!

KakNi (CikNi Ahnie) said...

selalu dengan org sebut berlado nih tp x prnh try lg... thanks for the recipe

Sari Yusa Ibrahim said...

akak memang suka masak2 macam ni.. errr.. suka makan sebenarnya.. hehe

dieya said...

get well soon k jaja.. jgn smpi tumbuh sesungut.. hehehe

mentang2 bulan pose, hari2 gambo makanan yek

Related Posts with Thumbnails