JaJa'Z Latest Stories

Friday, July 27, 2012

Bikin Pening Kepala Gueeeeee

Semalam sepagi jaja dok merehatkan diri jek..
alhamdulillah, beransur petang..sakit pun dah agak lega...
sampai bleh la jaja mengemas umah and mop lantai kat dapur nun...
kalau tak..lantai dapur dah macam belacan..
kemain berminyak2 nak pijak..hehhehe

Oleh kerana semalam tak berapa nak sihat...
mood nak masak pun macam kurengggg jugak lah...
so, jaja dalam kepala memang set tak nak masak nasi..
bila jaja tanya kat En Zack..dia pun macam setuju jek.
jadinya jaja decide nak buat mee bandung simple je lah..tak kuasa nak buat yg kaw2..

Alih2 dalam kul 4 macam tu..tetiba En Zack cakap...
dia macam teringin plak nak makan kari kambing kat Restoran Taj...
jaja cakap, ok lah kalau gitu..lagi senang keja jaja takyah nak masak2 dah..
lagi bleh rileks2 goyang kaki...

Alih2 dalam kul 5.30 tetiba dia bleh plak cakap malas nak makan kat luar...
pulak dahhhhh...
tadi yer yer sangat kata nak makan kari kambing..
pastu tak nak plak...
bini dia ni td dah excited dah sebab pk takyah nak masak...
baru nak horeyyy horeyyy..last2 masuk dapur la jugak...
macam2 la tok janggut ni kannnnnn....

So, dalam masa tak sampai sejam...
siap la jugak mee bandung jaja..

Jaja buat simple2 jek..
just guna base air rebusan daging..
nak cuba buat..bleh tgk resipinya kat SINI yek...

Hari ni punya nasib tak tau lah lagi..
tapi rasanya memberat ke malas masak je gayanya ni...
bleh la jaja cadangkan kat En Zack gi makan kat Taj je kang...
senang keja jaja..hehehhe

2 Beu-T Is Talking:

Sari Yusa Ibrahim said...

hehe.. baru nak rehat ek..

KakNi (CikNi Ahnie) said...

So Jaja, tertunai lah jugak plan jaja nak masak mee bandung tu kan... hahahah... kalau kakni tu dah angin satu badan sbb tukar2 plan nih..

Related Posts with Thumbnails