JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, January 19, 2011

Resipi : Sup Ikan Merah

Alhamdulillah, demam jaja dah beransur ok..
cuma batuk ngan selsema jek dok tengah bermaharajalela lagi..
tak suka betul bila selsema sekali dengan batuk ni..dengan terkokok2 batok..
dengan idung tersumbat lagi..amat2 la tak selesa..
Tapi walau pun tak selesa, selera tetap mengada2 okeh..
nak merengek2 kat suami suruh masak kan, memang tak la...tah apa la yang dia masakkan nanti
ntah2 dia rendam jek ikan dalam air panas pastu boh garam..
oh! tidak....
Jadinya, nak tak nak kena la jugak masak..
dan mujur jugak segala bahan memang dah ada...

Sup Ikan Merah
Bahan:
2 ketul ikan merah
1/2 biji bawang besar
2 biji cili api
2 cawan air
1 ketul pati ikan bilis
100g cendawan shitaki
1 batang saleri
1/2 biji tomato
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam dan serbuk perisa

Cara menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak dan kemudian tumis bawang besar bersama hirisan 
cili api sehingga naik bau..
2. Setelah bawang besar agak layu,masukkan cendawan shitaki dan masak sehingg 
cendawan agak lembut.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih...
4. Masukkan ikan ,batang saleri serta tomato dan masak menggunakan api sederhana
besar untuk elakkan dr ikan menjadi hancur..
5. perisa kan dengan serbuk lada hitam, garam dan serbuk perisa..
6. Setelah siap, bleh la dihidangkan panas2...

yang ni pesen jaja kalau makan menda2 bersup...
lambak kan nasi dalam mangkok then curah sup kedalam..
makan panas2, memang la syok..
tapi kalau ada suh'un lagi syok jaja rasa...baru la ber'tali'2 sket time nak makan tu..

Selamat Mencuba

Jaja'Z: Boleh gantikan dengan ikan2 lain yg sesuai yek..

8 Beu-T Is Talking:

mzhany said...

tgh demam pekena sup ni mmg sedap kan jaja ;) huhu tgh kelaparana gak ni ;)

JaJa'Z said...

memang hany..tengah2 demam memang la nak sup..bagi lega..

sarah-najwan said...

jaja..nape jika akak buat ngan ikan tu..baunyer tetap hanyir yer?

apa petua xnak kasi hanyir..ehhe

ardinihumaira said...

dni memang penggemar sup sejati.. nasik air sangat sedap :D

dieya said...

dah dua kali tengok gambar sup ni.. terus rasa nak cari sup ikan for lunch.

saya cuti hari ini.. wheeee!!!

JaJa'Z said...

@sarah-najwanjaja pun tak la pandai sgt kak..make sure akak beli ikan yg fresh..takpun kalau ada bau hanyir..cuba basuh dengan air asam jawa dulu ke...

JaJa'Z said...

dini: jaja pun suka nasi air..tapi lagi suka moi utara sebab letak santan sket...

JaJa'Z said...

dieya: bagus tu...pi cari sup lunch ni..tak pun dieya masak je la..okeh? cuti ek? jeles tau!!!

Related Posts with Thumbnails