JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label The Amazing Race Asia. Show all posts
Showing posts with label The Amazing Race Asia. Show all posts

Friday, December 10, 2010

TARA FINAL ~ The Winner Goes Toooooo????

Sesapa yang dapat tengok TARA final dengan jayanya..
for sure dah tau sapa yang menangkan???

Kepada mereka2 yang masih tertanya2 siapa juara TARA musim ke 4 kali ni..
pls jangan croll down ke bawah entry ni dulu ek..
jom ikuti final review dr jaja untuk TARA musim ni..
nak tgk review next season, kena la tunggu tahun2 depan pulak kan....

Untuk final episode kali ni, semua peserta diminta untuk travel ke Singapore dr Pohang,Korea ..
mungkin ni advantage bagi team Singapore sebab final kat negara diaorang sendiri
tapi malangnya permulaan yang agak kecewa bagi Michelle dan Clare
bila diaorang gagal untuk dapatkan flight ke Singapore dan team diaorang lewat
hampir 10 jam berbanding team2 yang lain..

Setibanya di Singapore, mereka dikehendaki mendapatkan clue seterusnya dari
group tarian naga di...
Cavenagh Bridge

dan dari Cavanagh Bridge setiap  team diminta untuk ke
Red House Seafood Restaurant namun malangnya kedua2 team dr Indonesia dan
Philipina terpaksa menunggu sehingga masa operasi bermula iaitu pada jam 10 pagi..

Di Red house Seafood Restaurant, mereka diminta untuk mengeluarkan 1 kg isi ketam 
dengan menggunakan alatan2 yang telah disediakan...

memang kaw diaorang ni tibai ketam tu...nak2 plak team Richard..
sampai hancur la ketam tu diaorang ni kerjakan..mujur la kena kumpul isi ketam kan..
memang menggoda jek tgk ketam2 yang besar2 tu..dah la masak berlada...
kalau tak sebab dalam game, mau jek diaorang ni bantai makan agaknya...

Selepas mendapatkan isi ketam seberat 1 kg, clue seterusnya meminta setiap team untuk pergi 
ke salah sebuah daripada empat ...
Stesen Caltex yang ada
bagi mendapatkan 'kereta yang bertanda'..jika stesen Caltex yang diaorang gi
dah takde kereta bertanda tu..maknanya diaorang kena gi ke stesen Caltex yang seterusnya..
kerana hanya sebuah kereta bertanda sahaja ditempatkan di setiap stesen..

Setelah mendapatkan kereta bertanda, mereka akan dihantar ke task berikutnya.

De tour dikeluarkan untuk kali terakhir season ni..
pilihan diantara :
'Tidak jatuh' atau ' Tambah'

Untuk task 'Tidak Jatuh', team diminta ke Flow Barrel Wavehouse di Pulau Sentosa
dan mereka diminta untuk....
meluncur selama 2 minit..

Manakala untuk task 'Tambah' ,team diminta untuk ...
menaiki G-Max Ultimate Bungy..
semasa permulaan, 3 set nombor akan diberikan dan mereka diminta untuk 
menambah set2 nombor tersebut semasa mereka dilambung ke udara...

Team Indonesia dan Singapore pilih task meluncur dan team Philipina plak
pilih ultimate bungy..

Meluncur tu nampak je senang, tapi ombak tu rupa2nya kuat sampaikan dioarang
siap tercampak la kat dalam air tu...but at last dua2 team dapat meluncur jugak...

Team Richard walaupun ada pengalaman buruk masa terjun bungy kat New Zealand dulu
tetap juga pilih untuk task Ultimate bungy jump jugak..
dah la kena lambung 2 kali sebab lambat sangat mengira..last2 dua2 pening time turun ke bawah..
kalau jaja la, mau terus demam lepas kena lambung macam tu...
tapi advantage nya..diaorang cepat selesaikan task..

Seterusnya team diminta ke ...
St James Power Station ...
untuk menyertai pertunjukkan silap mata...
salah seorang ahli kumpulan akan di ikat tangannya serta dimasukkan ke dalam kotak..
yang sorang lagi ahli kena la buat aksi konon2nya dia la ahli silap mata tu..
siap jek kotak tu dipusing,yang dok dalam kotak tu kena la lepaskan diri...
baru la dapat clue yang seterusnya...
kalau tak dapat lepaskan..kena buat la trick tu sampai sudah...

Destinasi seterusnya ke...
Marina Bay Sands Hotel...
ni la hotel yang menjadi mercu tanda Negara Singapore...
giler punya lawa hotel ni...

Seterusnya road block terakhir dikeluarkan dimana
salah seorang ahli diminta untuk menyeberangi dari satu menara hotel ke menara satu lagi
untuk mendapatkan clue seterusnya...

Korang bayangkan la..menyeberang menara hotel tu dengan menggunakan tali jek...
nunnnnn kat atas puncak...giler punya gayat weh...
Setakat team Richard memang takde masalah..
tapi episod sadis bagi team Indonesia...!
Si ayah bermati2an tak nak buat sebab dok teringat pengalaman jatuh pokok masa
kena nyeberang pokok kelapa kat Sri langka dulu...
time ni kesian sangat la kat si Natasya bila ayah dia dah gave up
sampai sanggup amik penalti 4 jam..amik penalti pun tak guna jugak..
tu kan dah final episod..menangis2 la anak dara dia minta ayah dia
selesaikan jugak task..but si ayah tetap jugak tak nak buat..

Kat task ni la team Singapore yang dah jauh ketinggalan dapat kejar semula..
walaupun diaorang tau chance nak jadi juara tu agak tipis..
tapi diaorang tetap selesaikan tugasan juga...

task terakhir , setiap team di minta untuk ke kawasan ...
Skypark Marina Bay Sands...
untuk task menguji memori diaorang sepanjang TARA season 4 ni..
agak berbeza dengan season2 lepas...kali ni memang nampak sangat2 sapa yang akan jadi juara..
takde rasa bersaing pun walaupun time tu team Singapore cuba menandingi team Philipina..
tadi pun jaja takde la 'terkinja' nak suruh mana2 team cepat kan..
sebab ala2 dah tau sapa yang juara...
hehhehe

Dan seperti yang dijangka...team yang dapat melengkap task memori
dengan pastas adalah...
Team Philipina!!!
seterusnya turut dinobatkan sebagai juara TARA untuk season ke 4 ni..!!!
Tahniah!!!!!
Dapat la korang bawa balik duit USD100,000 tu ek...
team Richard ni bertambah2 RICH la diaorang lepas ni...

Well done!!!
Team Malaysia, cuba lagi next season okeh...!!!

(All Pic by Google)

Jaja'Z: My last review!

Thursday, December 9, 2010

Jangan Lupa Finale TARA TONITE!!!

Yes!!! akhirnya malam ni episod final TARA untuk season ke 4 ni..
kompem dah!!!
memang malam ni..kang jadi kes macam entry minggu lepas...
buat malu den yoooooo...
yer2 ingatkan dah nak final..alih2 just tunjuk recap jek.. cait!

So, kengkawan semua..sapa yang nak makan pi makan dulu..
sapa tak sembahyang pi sembahyang dulu,sapa yang nak membuang pi membuang dulu
set kan jam...lebih kurang sejam dari sekarang
kita pakat ramai2 tengok episod akhir TARA ni..


Korang rasa2 la..sapa jadi juara malam ni???

Adakah...
Pasangan anak ngan bapak dr Indonesia,
Natasya dan Hussin?

Atau adakah, 
team kegemaran ramai dr Philipina ni..
the Richards...

Atau pun... 
Team wanita dr Singapore ni..
Michelle dan Clare....

Siapa yang jadi juara TARA untuk kali ni..??
Sama2 kita nanti kan okeh...dan review TARA terakhir dr jaja selepas itu tau!

Jaja'Z: Tak sabar2 dah ni....

Thursday, December 2, 2010

TARA Tonite : FINALE!!!(UPDATED!)

Yer2 je kan ingat malam ni final episode TARA..
dengan semangat dah nak tengok tadi..rupa2nya recap episode yang lepas da....
hehhehe
So, wait till next week okeh...


 Tak sangka !
akhirnya TARA musim ke empat hampir sampai ke penghujung nya...
so, peminat2 TARA semua jangan lupa malam ni..kita sama2 tgk sapa yang jadi juara

Dalam 3 team yang dapat ke finale, yang mana jadi pilihan korang ??

ADAKAH...
 Team dr Singapore
Michelle dan Clare?

ATAU
 TEam anak dan bapak dari Indonesia
Natasya and Hussin

ATAU
pasangan kesukaan ramai
Jejaka2 macho ni dr Philipina
Richard dan Richard

So, mana satu pilihan korang?

Kalau tanya jaja, jaja harap sangat team Indonesia menang
ye lah, couple malay yang still ada sampai ke akhirnya kan..walaupun dr Indonesia..
tapi kalau tgk dr performance so far, rasanya macam
team dr Philipina yang akan mendahului..
tapi jangan pandang rendah dengan team Singapore..
walaupun dua2 pompuan, tapi masing2 ada kelebihan masing2..

Jadi sama2 kita nanti kan episode kemuncak finale TARA season 4
malam ni kul 9 malam di AXN okeh...
Then jaja akan buat review terakhir untuk episode TARA akhir musim ini..

Korang sokong team mana???

Jaja'Z: Wang 100,000 USD !!!!

Friday, November 26, 2010

TARA ~ Adios Girls Like Party...


Tak sangka! 
next week dah final episod untuk TARA musim ke 4 ni...
rasa macam baru je lagi diaorang mula2 race dulu..
tau2 dah nak habis kan..?

Meh kita review sama2 TARA hari ni...

Dari Lombok Indonesia, semua team diminta ke Pahang Pohang, Korea Selatan..
dan dapatkan clue seterusnya hanya dengan menggunakan 'tangan'
Pada peringkat permulaan kesemua team agak sukar mendapatkan maksud tersirat..
rupa2nya clue tu terletak kat Hands Of Harmony di Homigot
(Pic from Google)

Dari Homigot, semua team diminta untuk ke Kuil Girimsa...
dan di Kuil tersebut diaorang kena bunyikan loceng gergasi sebanyak 3 kali  untuk dapatkan
clue yang seterusnya...

Dari Kuil Girimsa,tiap2 team diminta untuk memandu sendiri ke task seterusnya
dengan membawa kenderaan yang bertanda...
sket punya lawa kereta diaorang..

Time kat Korea ni, mostly team lain takde masalah nak gi mana2..kecuali 
team Jess dan Lani sebab terlalu 'berkira' untuk sewa teksi dan tunjuk arah..
membuatkan diaorang ni banyak kali tersesat..
dah la Korea memang terkenal dengan papan tanda or peta yang penuh dengan
bahasa Korea jek..tambah lagi dengan ramai orang2 Korea yang tak reti nak
bercakap dalam bahasa inggeris...
memang haru la...

De tour seterusnya dikeluarkan dan dipanggil Perfect Match yang menguji tahap kepekaan
antara team mate meraka sendiri..
dimana setiap ahli kumpulan secara berseorangan diminta untuk meletakkan gambar pasukan 
yang mereka rasakan berkaitan berdasarkan beberapa soalan..
seterusnya ahli kumpulan yang sorang lagi akan teka kumpulan yg sama,
 juga berdasarkan soalan yang sama..

Antara soalan2 yang jaja ingat...antaranya , team mana yang paling tidak disukai,
team mana yang tidak layak ke final, team mana yang dicemburui oleh team lain..
lebih kurang gitu la soalan2nya...

Selepas selesai task, team diminta ke Seokguram Grotto yang terletak di Gyongju
time ni lah team Jess dan Lani ketinggalan sebab tersesat entah ke mana..

Seterusnya detour yang kedua iaitu pilihan diantara dua tugasan
sama ada memanah atau menyusun batu...
untuk acara memanah, setiap team diminta untuk memilih gambar team mana untuk diaorang panah,
dan 3 kali panahan yang mengena tepat, clue seterusnya akan diberikan..
Manakala untuk tugasan menguyun batu, peserta diminta untuk menyusun batu2
setinggi pras pinggang manusia dewasa..dengar macam mudah, susun batu jek..tapi..
susah jugak wehhhh..

Time ni team dr Singapore, Michelle dan Clare mendahului..
memula sakan dua orang ni memanah..sampai last2 tukar tugasan ke acara menyusun batu..
sebab memanah giler2 tapi tak kena jek manjang...
mujur juga la diaorang tukar,terus dapat selesaikan tugasan susun batu tu dengan cepat walaupun
batu2 yg diaorang susun dok runtuh jek...

Seterusnya team diminta ke Kompleks Makam Purba
untuk tugasan memecahkan kod pahlawan..
untuk task ni..salah seorang peserta diminta untuk melalui 3 halangan pintu..
kalau peserta masuk ikut pintu yang betul, tak la kena attack dengan pahlawan2 tu..
kalau salah, ulang la balik semula sampai la ke tiga2 halangan pintu tu betul laluannya...

Dan akhir sekali pit stop seterusnya di Kolam Anapji...
team yang leading time ke pit stop adalah team Richards dan Machelle dan Clare
tapi alih2..team Hussin dan Natasha yang dapat tempat pertama..
pengajaran kat situ...sewa la teksi kalau dah tak reti jalan..
hhehehhe

Dan 3 team yang layak ke final adalah:

1.Natasha dan Hussin
2. Richard dan Richard
3. Machelle dan Clare

Tak sabar rasanya nak tgk final episod TARA next week...
korang rasa lah..sapa yang bakal juara TARA kali ni ek..????

Jaja'Z: Sedih team Malaysia dah takde...

Friday, November 19, 2010

TARA~ Team Malaysia OUT!

 
Oh! Tidak!!!!!
Macam tak caya jek entry kali ni kena tepek gambar 2 mamat ni..
why? why?
Ingatkan dapat la tersenarai dalam team top 3 ke final..
rupanya..tinggal kenangan je la...
Jaja terkilan bukan sebab diaorang tak bleh buat task..tapi sebab diaorang buat
beberapa kesilapan...kesilapan yg tak sepatutnya diaorang buat...
kalau tak, memang ada chance lah nak ke final...

Episode kali ni semua team diminta untuk travel dr Sydney Australia ke Bali Indonesia
sebagai team terawal yang sampai di pit stop untuk episode lepas,ihan kepada Jess dan Lani sebab dapat catch up flight pertama ke Bali Indonesia..

Sampai diBali, semua team diminta untuk menaiki boat mengikut turutan nombor
yang diaorang terpaksa rebut...
kat sini berlaku sket konflik antara Enthan dan juga Richard dr team Philipina...
tapi Ethan dengan baik hati nak tukar waktu naik boat dengan Richard
tapi orang tengah bengang kan..mana la nak terima semua tu..

Next day semua team menaiki boat ke pulau Lombok dan didahului dengan team Jess dan Lani
serta Ethan dan Khairi dengan boat pertama...
Sampai di Pulau Lombok diaorang kena cari clue yang diletakkan di dalam perahu ditepi pantai...
tapi si Jess dengan Lani sampai cari kat atas bumbung2 umah orang..
Pencarian clue bagi 2 team terawal yg agak lama,membuatkan team yang selebihnya
sempat catch up sampai tak lama selepas diaorang dapat clue..

Dari Pantai Lombok, team semuanya diminta ke Kuil Meru or something2(lupa) dan dr Kuil tu plak..
diaorang kena ke Kuil Lingsar untuk dapatkan clue seterusnya..

Kesilapan besar team Richard & Richard masa nak ke kuil yang pertama...
diaorang bantai pi naik private car...dah sah2 peraturan Amazing race mmg tak bleh
tumpang or naik kereta persendirian..
so, sebagai denda,diaorang kena patah balik semual ke Pantai Lombok,
sentuh semula bot tadi dan baru la sambung semula tugasan..
dan la kena patah balik,dapat plak teksi yang sesat bawak ntah ke mana2 sampai lepwat
sejam setengah...

Dari Kuil Lingsar de tour telah dikeluarkan dimana pemilihan diantara 2 tugasan..
tugasan ABOVE dimana mereka dikehendaki ke Pasar ???(lupa) dan membawa
bakul berisi sayur diatas kepala dan hantar bakul tersebut
ke gerai bertanda sejauh 50m tanpa memegang bakul tersebut...
dan tugasan yang kedua ialah mencari sebuah kubur di kawasan perkuburan cina
bernama Fam Sam Moy

Masa de tour ni la team Malaysia buat big mistake yang membuatkan team diaorang
ketinggalan....
Ethan dan Khairi pilih task untuk cari kubur cina tu sebab diaorang pk task satu lagi
tak bleh pegang langsung bakul yang dibawa dan mengandaikan tugasan tu susah la..
padahal, tugasan tu tak la sesusah mencari kubur...
diaorang cari punya cari..last2 sampai tak jumpa...dan last2 decise untuk tukar tugasan..
time tukar tugasan ni la..
team Richards tu dapat dahului diaorang...

Dari pasar, team dikehendaki ke pusat menyelam Blue Marlin yang terletak
di Pantai Malimbu..seterusnya dengan panduan scuba diver terlatih,semua team
diminta untuk menyelam ke dasar laut dan mencari sebuah peti bag yang berisi duit.
selepas dapat bag tersebut, bawa bag ke Coral Beach resort
untuk membuat proses pengiraan wang..
team yang dapat memasukkan jumlah yang betul ke dalam komputer akan diberikan 
clue seterusnya...

Tiap2 team agak terkejut jugak la sebab duit dalam tu memang banyak..
main plak dengan matawang Indonesia...agak susah la nak mengira..
main duit juta2...banyak plak tu...
Team yang salah memasukkan jumlah wang, akan dikenakan penalti 10 min...

Team Jess dan Lani sebagai team pertama yang dapat memasukkan jumlah wang 
yang betul dikehendaki ke pit stop seterusnya di Sunset Point Gili Terawangan
team Malaysia memang tak bernasib baik kali ni
sebab penalti 10 min tu yang membuatkan mereka kalah dan tersingkir 
untuk episode kali ni...

Keputusan rasmi episode kali ni :
Team Pertama :Jess dan Lani 
Team Kedua :Natasha And Hussin
Team Ketiga :Michelle and Clare
Team Keempat: The Richards...

Jaja'Z: Punah harapan ku... :(

Thursday, November 11, 2010

Kal Ho Na Ho Indian Team...


Tumpang lalu..tumpang lalu...
bagi laluan sket kat wartawan tak rasmi TARA kali ni..
hehhehhe
Macam biasa lah kan..jaja kena buat review TARA ni cepat2..sebab ada sorang 
cik adik manis yang dok ada kelas malam je tu nak baca balik malam kang..hehheh

Okeh2..kita start now...

Memandangkan last episod TARA last week bukan stop di Pit Stop..
makanya kesemua team kena la sambung semula race..
mana2 team yang dah penat amat tu..nak tak nak kena la sambung jurney jugak..

Kali ini kesemua team diminta terbang ke Brisbane ,Australia..
dan memandangkan flight yang available hanya pada jam 6 pagi..maknanya kesemua
team sempat naik flight yang sama , termasukla team Natasya dan Hussin yang ambil
4 jam penalti...

Sampai di Brisbane.semua team diminta untuk  memandu caravan yang bertanda 'wicked'
dan menuju ke destinasi pertama iaitu SouthPort Pistol Club..
Memandangkan team Jess dan Lani berasal dr Australia,memang laju la minah duaorang ni tinggalkan 
team2 yang lain...maklumla, segala ceruk jalan diaorang tau...
tu la kelebihan berlumba kat tempat sendiri...

Di Southport Pistol Club ,team diminta untuk menembak sasaran dengan tepat..
setakat ni, semua team tak ada masalah...cepat jek diaorang lepas 
terutamanya si Jess yang berjaya tembak tepat pada percubaan yang pertama.. :p

Dari Southport Pistol Club,diaorang kena ke Dreamworl Funpark..
dan setiap team diminta untuk naik The Giant Drop..
dengan menggunakan Sony Cybershoot Camera,diaorang kena spot
bendera Amazing Race yang di kibarkan di kawasan Funpark oleh seekor maskot tikus..

Kalau percubaan pertama tak berjaya,terpaksa lah diaorang naik menda alah tu berkali2..
dah la tinggi The Giant Drop tu..tambah dengan gayat..
tengok pun jaja dah rasa seram..hehehhe
team Indian Girl ngan Singaporean girl terpaksa ulang dua tiga kali jugak naik menda alah tu..
sampai menggigil2 sebab takut..hehehh

Team yang leading masa ni ada lah group Jess dan Lani, dan group last adalah Indonesian team,
Natasya dan Hussin...kesian plak tgk team anak beranak ni..
but ayah dia memang strong sangat2..mujur la takde sakit apa2..hehehhe

Dari Dreamworld Funpark, roadblock dikeluarkan dimana hanya seorang peserta sahaja
yang dibenarkan untuk membuat tugasan..
tugasan seterusnya ialah dimana para peserta diminta memandu kereta secara rally
dalam masa kurang dari 1 min 42 saat...
tengok maam senang jek..tapi kalau terlebih sesaat pun, kena lah ulang task balik semula...

Peserta yang berjaya melengkapkan tugasan memandu rally, seterusnya diminta ke Kurawwa beach untuk mendapatkan clue seterusnya yang ditanam di dalam pasir..
time ni la team Indian girl dah mula sesat sejauh 90km...
tak pasal2 kena berpatah balik...
Rasanya cari clue dalam pasir kali ni tak sesusah TARA season 1 dulu
yang memakan masa ber jam2...
kali ni senang jek tiap2 team dapatkan clue..

Seterusnya detour iaitu pilihan diantara 2 tugasan..
sama ada pilihan Bush Chucker iaitu cabaran membaling boomerang atau Bush Hunter
iaitu cabaran melempar lembing..
tapi sebelum memulakan tugasan seterusnya, semua team diminta menconteng
muka masing2 mengikut corak muka kaum pribumi di Australia..
tapi bab yang tak tahan dan geli sangat2...ialah bila tugasan selesai,
salah seorang dr ahli kumpulan kena memakan seekor ulat...
mujur la takde yang bermati2matian tak nak makan..
paling syok bila tengok Hussin makan ulat tu..enjoy jek dia kunyah..siap mintak sekor lagi ulat
hehheheh

Dan last sekali adalah pit stop di Kanggaroo park..
pemenang kali ini seperti dijangka adalah team Philipina, Jess dan Lani...
dapat hadih percutian kat Jepun lagi sambil2 dapat main skii...hehehh
Tempat kedua team Richars dari Philipina,Ketiga team Malaysia Khairi dan Ethan,
Tempat ke empat team Singaporean girl,tempat ke lima dan yang paling tak disangka2
ialah team Indonesia..Si Natasya punya la terkejut sebab ingatkan
diaorang la tempat terakhir...mujur la dapat jugak..sebab team India tu tersesat barat ke lain...
So team yang tersingkir adalah team India, Dimple dan Sunaina...

Satu suprise untuk team Malysia yang berjaya melengkapkan cabaran
mengemas katil Hotel Hilton last week,diaorang pun dapat vaucer penginapan
kalau tak silap jaja...juga tajaan dr Hotel Hilton..
syok tu..tak pasal2 jek dapat hadiah.. :p

Jaja'Z: team Malaysia Still ok...Go! Go Go!

Thursday, November 4, 2010

TARA ~ Suprise!!!!

Tumpang lalu..tumpang lalu....
wartawan TARA dah datang ni..
hehhehhe

Full of suprises dalam TARA ni...

Episode kali ni para peserta bermula di Coronot Peak iaitu pit stop ke 5 
di New Zealand...
Untuk clue yang pertama para peserta diminta untuk skii ke Kaser Lift ..
mostly peserta memang bermasalah untuk skii memandangkan kebanyakkan dari semua peserta
tak pernah ber 'skii' sebelum ni...
Yang paling horror ialah team dr India Dimple dan Sunaina..
sampai terlanggar2 tiang.. :p

Dari Kaser lift, detour dikeluarkan kepada setiap peserta
pemilihan diantara tugasan kandang atau memenuhkan tong wain..
Tugasan kandang memerlukan setiap team untuk memasukkan biri2 bertanda kedalam 
kwasan kandang yang disediakan..manakala tugasan yang kedua pula
meminta setiap team untuk menggolek tong wain ke tempat mengisi wain dan memenuhkan tong tersebut dengan wain hanya menggunakan baldi..

Setelah tugasan selesai, setiap pasuka diminta menuju ke Pejabat Pos di Arrowtown
untuk pos kan video2 yang telah diaorang rakam sebelumnya kepada ahli keluarga masing2..
Time ni pasukan Philipina Richard & Richard memang pantas jalankan tugas...

Road info seterusnya meminta semua peserta terbang ke Sydney Australia...
uishhhh..Australia tu...jeles jek rasa tengok diaorang ni sambil berlumba..sambil melancong..
bukan senang nak dapat semua tu kan ..:p

Sampai di Sydney,mereka semua diminta menuju ke Circular Quay untuk mencari
seorang lelaki yang memegang payung ditangan kanan untuk mendapatkan clue seterusnya..
nak dijadikan cerita time tu memang cuaca hujan dan sejuk..
makanya ramai la orang laki yang dok pegang payung..
dan para peserta diminta untuk bertanya soalan pada lelaki yang diaorang cari tu..
kalau betul, then dapat la cluenya...

Dari Circular Quay semua peserta menuju ke Hotel Hilton untuk cabaran mengemas katil
mengikut standard Hotel Hilton dalam masa 3 minit..
hehehhe
takde satu team pun yang berjaya.. :p
macam mana la nak kemas katil kurang dr 3 minit..dah la cadarnya berlapis2..
team Malaysia yang dapat buat kurang dr 3 min pun..still tak berjaya
sebab katil tu tak kemas...
jadinya semua peserta dikenakan 10 minit penalti...

Seterusnya roadblock yang meminta mereka menuju ke Circus Art School
yang terletak di Sydney Olympic Park untuk membuat rutin asas trapez..
korang tau tak trapez ni macam mana??
alah..yang macam kat circus tu..kena berayun, silangkan kaki then sambut plak tangan
 orang yang satu lagi tu...
ramai gak team yang terpaksa buat banyak kali...
dan masa ni la salah sorang team Indonesia,Husien kejang kaki plak...
sampai tak bleh nak silangkan kaki..
sampai menangis Natasha sebab kesian kan ayah dia tu...
yelah, bapaknya pun dah tua sket..kena plak berayun2 tu...memang tak lepas la..
dan akhirnya diaorang decide untuk ambil penalti 4 jam..
kesian betul...

Mana2 team yang berjaya, diaorang kena ke pit stop seterusnya iaitu ke Hyde Park Sydney
dan team girl dr Philipina Jess dan Lani berjaya mendahului Richard dan Richard
dan seterusnya menjadi pasukan pertama yang tiba di pit stop.

tapi!!!!

Yang diaorang dapat ialah envelope clue seterusnya!!!

Rupa2nya, blom habis lumba daaaaaa
hehehheheh
Sambungannya, kenalah tengok episode TARA seterusnya next week...!!!

Jaja'Z: Spoil jek...hahaha

Thursday, October 28, 2010

Bye Bye Ivan And Hilda..


Babe,i cant do it!
I love u babe
Babe,i cant run..my leg hurt..
Babe,please wait for me...

Huh! at last ..terkeluar jugak team ni...bukannya jaja tak minat ngan team Malaysia ni
tapi si hilda tu kadang2 buat jaja lemas jek nak tgk TARA ..
mujur la laki dia si Ivan ni mmg cool giler2..kalau tak, mau kena jerkah jek Hilda tu..

Wah! Panjang plak bebel kali ni
hehhehe
ada sesapa yang menunggu review TARA dari jaja kali ni..
alah, buat2 tak nak mengaku plak dah...
i know at least ada one person yang memang akan baca review TARA dr jaja..
ehem2..u know who u are. :p

TARA kali ni dimulakan dengan semua team dikehendaki travel ke New Zealand..
Team Malaysia ,Ethan dan Khairi dapat suprise selaku pemenang last week episode..
dalam semua team gi Legazpi airport naik taxi, tapi diaorang dibawa special menaiki helikopter!

Semua peserta dikehendaki ke Irvancargill, New Zealand dan sampai di airport semua peserta diminta untuk memandu mark caravan ke Te Anau untuk mendapat kan clue dr local fisherman...
semua peserta pun gether2 la bawak caravan tu sebab takut tersalah jalan kan..
yang tak tahan tu, team Ethan ngan Khairi siap kena tahan ngan polis
sebab memandu terlalu perlahan!
hehhehekelakar la plak kan...selalunya kena tahan polis sebab bawak laju sangat..

Seterusnya roadblock dimana setiap team diminta untuk
menggergaji kayu balak secara berpasukan dan kemudiannya secara perseorangan..
macam biasa lah..tang Hilda gergaji yang tak bleh blah..siap tolak gergaji
ngan perut dia jek, sebab tak larat dah...

Seterusnya pemilihan detour antara terjunan bunji atau buaian..
bukan buaian kecik2 tu ek...
tuhaaaaaa....main buaian 120 kaki tinggi...
sebenarnya kalau tiap2 team pilih buaian tu lebih untung dan jimat masa sebab sekali
hayun, dua2 peserta sekali terlibat..
lain la terjun bunji yang hanya libatkan sorang peserta je dalam satu masa...
Team Ethan ngan Khairi masa ni agak kebelakang sebab terpaksa patah balik untuk isi minyak..

Selesai detour,peserta dikehendaki ke Queenstown Event Center
dan U-turn kedua dikeluarkan..
bermula acara membalas dendam...dan kali ni team Singapore yg dikenakan dulu
kenakan team Indian girl tu balik..
nak tak nak terpaksa la diaorang buat dua2 task sekali..

Kat Queenstown Event Center,semua peserta dikehendaki melepasi halangan
pemain2 ragbi dan seterusnya menendang bola..
mostly part menendang ni semua peserta tak lepas..kecuali Ivan..sekali tendang jek terus lepas..

Dan task terakhir adalah roadblock dimana salah seorang peserta
dikehendaki mencari objek tersembunyi didalam salji..

Tempat pertama dapat dikuasai semula oleh geng Philipina,Richard dan Richard..
dan mujurlah jugak team Malaysia kat tempat kelima..
harap2 diaorang still bleh catch up lagi next week...

Go Malaysia team GO!!!!

Jaja'Z: Best tgk diaorang main salji..

Thursday, October 21, 2010

Good Bye Indian Team ...


Akhirnya..terkeluar jugak team dr India ni...pasangan sepupu Sahil dan Manas
kalau tanya jaja, kadang2 meluat gak tengok team dr India ni
sebab nampak macam terlalu 'manja' ala2 budak bandar gitu...
kena task yang mencabar sket, mula la gabra nak buat..

TARA minggu ni,semua peserta mengembara pulak ke Philipina dan
memandangkan ada 2 team dr Philipina sendiri,so diaorang budget bleh kalahkan
dan mendahului team2 lain la kot...

Sampai di Manila, semua team dikehendaki ke ..(alah,lupa la plak)
yang ada gunung berapi Mayon yang masih aktif tu...
first task diaorang kena pukul pasu tanah liat yang tergantung dengan keadaan mata tertutup..
kemudian road block  memilih sama ada tarian tradisional atau menangkap babi..
of course la ramai yang pilih menari..dari susah2 nak kotorkan diri tangkap babi tu kan..
nak2 plak pasangan beragaman islam,for sure tak pilih task tu..
nak tak nak kena menari jugak la..
cuma pasukan Philipina,Richard dan Richard satu2 nya pasukan yang memilih task menangkap babi...
maybe sebab memang dah kompom diaorang tak reti menari kan..
Time ni pasukan yang leading adalah Ethan dan Khairi dari Malaysia..
tu yang jaja jadi semangat sket tu.
.hehehhe

Selepas pilihan task road block selesai,
fisrt time 'Intersection' dikeluarkan untuk TARA season ni..
thankd God group Malaysia tak perlu tunggu lama untuk dapat kan group untuk joint sekali
dan task seterusnya ialah membersihkan kawasan pantai..
dan akhir sekali de tour ,dimana salah seorang peserta diminta untuk berkayak dan
mencari klu yang diikat pada cancang2 kayu ditengah laut..

Setelah semua selesai,peserta diminta menaiki Jetski dan kemudiannya menaiki jipney
ke pit stop seterusnya...

Alhamdulillah, group Malaysia  Ethan dan Khairi mendahului peserta2 lain
mengalahkan peserta2 dr Philipina sendiri ..

Syabas!!! Syabas!!!

Team Malaysia satu lagi ,Ivan dan Hilda yang tak bleh blah sekali tang part menari tu..
konon si Hilda tu kan penari..last2 dekat sejam dok menari kat situ tak lepas2, sampaikan 
team girls dr Philipina terpaksa tunggu lama kat tempat Intersection..
Laki dia si Ivan tu toksah cakap la kan..menari semacam dah..sampai agaknya judge pun
penat dah dok geleng kepala jek...sebab tarian still tak betul...
hehhehehe

So, nanti kan TARA next week..
nampak gaya macam team TARA ke New Zealand..sebab nampak macam ada terjun bunjee
so, stay tune!!!!

Jaja'Z: Tak mampu lari laju2..

Friday, October 15, 2010

At Last! Really Good Bye To Hong Kong Team

Setelah diberi kesempatan bertahan lagi seminggu
akhirnya team dr Hong Kong tersingkir jugak semalam dalam
The Amazing Race Season 2 episod 4

Agak terkejut jugak diaorang akhirnya bleh tersingkir
sebab diawal TARA pasangan pelakon Alan Luk dan Wendy Lee
memang mendahului pasangan2 lain
tetapi untuk satu task dimana peserta2 terpaksa menaiki bas..
daripada pasukan pertama menjadi pasangan terakhir yang sampai ke point seterusnya
disebabkan oleh kelewatan bas tu..
Diaorang siap terkejut lagi bila sampai kat tempat task, tengok2
semua team dah selesaikan tugasan masing2...
memang bukan luck diaorang la semalam...

Episode kali ni para peserta diminta untuk travel menaiki keretapi
dari Colombo ke Galle..
Antara task yang terpaksa dilalui oleh setiap team antaranya
membuka peti berkunci dengan memasukkan kod tertentu, mencari topeng patung
yang betul dari berpuluh2 street performer, Mencari clue dari
berpuluh2 handphone yang tengah berbunyi,menyeberangi pokok kelapa yang amat la tinggi
dan meneka nama pelbagai barang dalam bahasa Sri Langka...

Fast Forward juga pertama kalinya dikeluarkan dalam season kali ni..
dan task nya memang giler la...Kena BOTAK kan kepala
mujur jugak yang grab Fast Forward ni team guys dr Philipina
so, tak la ralat sangat kalau kena botakkan kepala..
buatnya team2 ladies yang lain amik, mau kena patah balik tak pasal2 kan :p

So far team Malaysia, Ethan dan Khairi di tempat ketiga...
dan pasangan Ivan dan Hilda ditempat ke 7 kalau tak silap jaja...
yang mendahului setakat ini adalah team ladies dr India,Dimple dan Sunaina


Jaja'Z: Macam pengulas Tv plak..hehhe

Thursday, October 7, 2010

Good Bye But No Good Bye....

Memang rezeki korang lagi la sebab minggu ni bukan minggu penyingkiran..
kalau tak, bye bye la Hong Kong team...

Kali ni next country ke Sri langka Colombo
Kalau sebut je pasal negara Sri langka, dalam Amazing Race America
tak pun dalam TARA, memang la selalu bermasalah dengan pemandu teksi..
mostly diaorang ni mcm desprate sangat nak peserta2 ni naik teksi
then tekan harga kaw2...
pastu dapat plak ngan driver yang tak brapa nak paham bahasa...
memang tention je lah...

Antara task episod kali ni, kena jual kacang kat orang ramai,
kena jahit baju,kena kira ikan kat pasar dan angkut blok2 ais...
memang mencabar minda, fizikal dan mental betullah..
main ngan kena kira2 ni..kalau salah, dah kena kira semula..
tu yang jadi nak bertekak jek...

Dalam banyak2 pasangan TARA kali ni,team laki bini dr Malaysia tu kadang2
macam meluat jek tgk, nak2 kat bini dia tu...
macam semua benda laki dia buat,yang dia plak..sket2

my leg hurt,honey..i can't run honey..it's ok baby

Ek elehhhh..kalau jaja jadi partner dia,mau jaja jerkah jek...
nak masuk sangat, tapi segala kerja bagi kat laki dia...
even task menjahit pun bagi kat laki dia gak...
mujur laki dia pandai gak la bab jahit menjahit ni...

Malaysian team,Ethan ngan Khairi so far so good...
tengok diaorang still ok lagi..gaduh2 pun tak..
hopefully sukses la sampai ke akhirnya...


Jaja'Z: Go Malaysia Go!

Thursday, September 30, 2010

Bye Bye Indonesian Team...

Tetiba je kan jaja jadi reporter AXN :p
maklumla baru lepas dating ngan Allan Wu si pengacara TARA la katakan...

Episod ke2 TARA
Pasangan Yani and Nadine dr Indonesia terkeluar

Task kali ni mencabar gak la..
ada kena sentuh2 ular,selesaikan tugasan didalam air, buat water rafting,
kena makan chicken ball lebih dari 200 biji...

Tang bab makan tu jaja rasa bleh la kot gagahkan diri..
tapi kalau bab pegang kepala ular ngan tugasan dalam air tu..tak tau la bleh buat ke tak
sebab dua2 tu memang kelemahan jaja
jaja memang geli giler kat ular, dan jaja memang fobia sangat tenggelam dalam air
mandi lama2 bawah shower pun rasa nak lemas, ni plak kalau kena
selesaikan tugasan dalam air..mau jaja terkial2 kat dalam tu
tak pun awal2 lagi dah menjerit2 sesak nafas..

Untuk challege under water tu, ramai yang tak dapat selesaikan
dan tiap2 team yg gagal kena 4 jam penalti..

Alhamdulillah,team Malaysia still on track!
dapat tempat pertama ngan ke 5..not bad la kan...

Can't wait untuk episod seterusnya next week...

Jaja'Z: Berani main kat gigi2 air jek..

Related Posts with Thumbnails