JaJa'Z Latest Stories

Friday, December 10, 2010

TARA FINAL ~ The Winner Goes Toooooo????

Sesapa yang dapat tengok TARA final dengan jayanya..
for sure dah tau sapa yang menangkan???

Kepada mereka2 yang masih tertanya2 siapa juara TARA musim ke 4 kali ni..
pls jangan croll down ke bawah entry ni dulu ek..
jom ikuti final review dr jaja untuk TARA musim ni..
nak tgk review next season, kena la tunggu tahun2 depan pulak kan....

Untuk final episode kali ni, semua peserta diminta untuk travel ke Singapore dr Pohang,Korea ..
mungkin ni advantage bagi team Singapore sebab final kat negara diaorang sendiri
tapi malangnya permulaan yang agak kecewa bagi Michelle dan Clare
bila diaorang gagal untuk dapatkan flight ke Singapore dan team diaorang lewat
hampir 10 jam berbanding team2 yang lain..

Setibanya di Singapore, mereka dikehendaki mendapatkan clue seterusnya dari
group tarian naga di...
Cavenagh Bridge

dan dari Cavanagh Bridge setiap  team diminta untuk ke
Red House Seafood Restaurant namun malangnya kedua2 team dr Indonesia dan
Philipina terpaksa menunggu sehingga masa operasi bermula iaitu pada jam 10 pagi..

Di Red house Seafood Restaurant, mereka diminta untuk mengeluarkan 1 kg isi ketam 
dengan menggunakan alatan2 yang telah disediakan...

memang kaw diaorang ni tibai ketam tu...nak2 plak team Richard..
sampai hancur la ketam tu diaorang ni kerjakan..mujur la kena kumpul isi ketam kan..
memang menggoda jek tgk ketam2 yang besar2 tu..dah la masak berlada...
kalau tak sebab dalam game, mau jek diaorang ni bantai makan agaknya...

Selepas mendapatkan isi ketam seberat 1 kg, clue seterusnya meminta setiap team untuk pergi 
ke salah sebuah daripada empat ...
Stesen Caltex yang ada
bagi mendapatkan 'kereta yang bertanda'..jika stesen Caltex yang diaorang gi
dah takde kereta bertanda tu..maknanya diaorang kena gi ke stesen Caltex yang seterusnya..
kerana hanya sebuah kereta bertanda sahaja ditempatkan di setiap stesen..

Setelah mendapatkan kereta bertanda, mereka akan dihantar ke task berikutnya.

De tour dikeluarkan untuk kali terakhir season ni..
pilihan diantara :
'Tidak jatuh' atau ' Tambah'

Untuk task 'Tidak Jatuh', team diminta ke Flow Barrel Wavehouse di Pulau Sentosa
dan mereka diminta untuk....
meluncur selama 2 minit..

Manakala untuk task 'Tambah' ,team diminta untuk ...
menaiki G-Max Ultimate Bungy..
semasa permulaan, 3 set nombor akan diberikan dan mereka diminta untuk 
menambah set2 nombor tersebut semasa mereka dilambung ke udara...

Team Indonesia dan Singapore pilih task meluncur dan team Philipina plak
pilih ultimate bungy..

Meluncur tu nampak je senang, tapi ombak tu rupa2nya kuat sampaikan dioarang
siap tercampak la kat dalam air tu...but at last dua2 team dapat meluncur jugak...

Team Richard walaupun ada pengalaman buruk masa terjun bungy kat New Zealand dulu
tetap juga pilih untuk task Ultimate bungy jump jugak..
dah la kena lambung 2 kali sebab lambat sangat mengira..last2 dua2 pening time turun ke bawah..
kalau jaja la, mau terus demam lepas kena lambung macam tu...
tapi advantage nya..diaorang cepat selesaikan task..

Seterusnya team diminta ke ...
St James Power Station ...
untuk menyertai pertunjukkan silap mata...
salah seorang ahli kumpulan akan di ikat tangannya serta dimasukkan ke dalam kotak..
yang sorang lagi ahli kena la buat aksi konon2nya dia la ahli silap mata tu..
siap jek kotak tu dipusing,yang dok dalam kotak tu kena la lepaskan diri...
baru la dapat clue yang seterusnya...
kalau tak dapat lepaskan..kena buat la trick tu sampai sudah...

Destinasi seterusnya ke...
Marina Bay Sands Hotel...
ni la hotel yang menjadi mercu tanda Negara Singapore...
giler punya lawa hotel ni...

Seterusnya road block terakhir dikeluarkan dimana
salah seorang ahli diminta untuk menyeberangi dari satu menara hotel ke menara satu lagi
untuk mendapatkan clue seterusnya...

Korang bayangkan la..menyeberang menara hotel tu dengan menggunakan tali jek...
nunnnnn kat atas puncak...giler punya gayat weh...
Setakat team Richard memang takde masalah..
tapi episod sadis bagi team Indonesia...!
Si ayah bermati2an tak nak buat sebab dok teringat pengalaman jatuh pokok masa
kena nyeberang pokok kelapa kat Sri langka dulu...
time ni kesian sangat la kat si Natasya bila ayah dia dah gave up
sampai sanggup amik penalti 4 jam..amik penalti pun tak guna jugak..
tu kan dah final episod..menangis2 la anak dara dia minta ayah dia
selesaikan jugak task..but si ayah tetap jugak tak nak buat..

Kat task ni la team Singapore yang dah jauh ketinggalan dapat kejar semula..
walaupun diaorang tau chance nak jadi juara tu agak tipis..
tapi diaorang tetap selesaikan tugasan juga...

task terakhir , setiap team di minta untuk ke kawasan ...
Skypark Marina Bay Sands...
untuk task menguji memori diaorang sepanjang TARA season 4 ni..
agak berbeza dengan season2 lepas...kali ni memang nampak sangat2 sapa yang akan jadi juara..
takde rasa bersaing pun walaupun time tu team Singapore cuba menandingi team Philipina..
tadi pun jaja takde la 'terkinja' nak suruh mana2 team cepat kan..
sebab ala2 dah tau sapa yang juara...
hehhehe

Dan seperti yang dijangka...team yang dapat melengkap task memori
dengan pastas adalah...
Team Philipina!!!
seterusnya turut dinobatkan sebagai juara TARA untuk season ke 4 ni..!!!
Tahniah!!!!!
Dapat la korang bawa balik duit USD100,000 tu ek...
team Richard ni bertambah2 RICH la diaorang lepas ni...

Well done!!!
Team Malaysia, cuba lagi next season okeh...!!!

(All Pic by Google)

Jaja'Z: My last review!

6 Beu-T Is Talking:

Asmara said...

hehe.. tq jaja. dpt tengok lagi best. tadi pun dah kuar kat news team richard tu menang. ingt indon leh la mng ke kan. hehe.. anyway tq. :)
salam kenal ye.

JaJa'Z said...

asmara: no hal...kerja kecik je tu..hehhehe..selamat2 ek dok kat jepun tu..hehheh

dieya said...

owh reporter TARA.. thank you!!!
tak tengok malam td coz keluar dinner with my aunt's family. ingat nak tengok repeat midnite tu, last2 tido depan tv. baca review ni baru tau sapa menang.
sedey natasha n hussein tak menang. tapi rich2 mmg patut menang pun coz mmg terer kan.

ita citot said...

heheheeee... setel tugasan akak sebagai 'tukang repot TARA' ;)
betul la kan kak. takde rasa mcm nak jerit "cepat2!" kannnn.... mmg dh ble agak sape yg akan 1st lompat atas kapet dpn alan kat last pit stop tu. tp dh habes debaran utk musim ni. kena tunggu musim baru plak nnti =)

Syue Mustafa said...

Seperti yang dijangka..........

Rohani Hashim said...

hany kan terlepas yg siaran kul9 kan, sanggup tunggu kul12 nye ulangan walaupon dah ngntok yg amat. then ngn MZ hany pun terjebak, dia xlayan TARA nih, tp finale nih dia pon follow smpai habis sbb dia "terpikat" ngan team natasha+hussien...huhu

Related Posts with Thumbnails