JaJa'Z Latest Stories

Friday, November 19, 2010

TARA~ Team Malaysia OUT!

 
Oh! Tidak!!!!!
Macam tak caya jek entry kali ni kena tepek gambar 2 mamat ni..
why? why?
Ingatkan dapat la tersenarai dalam team top 3 ke final..
rupanya..tinggal kenangan je la...
Jaja terkilan bukan sebab diaorang tak bleh buat task..tapi sebab diaorang buat
beberapa kesilapan...kesilapan yg tak sepatutnya diaorang buat...
kalau tak, memang ada chance lah nak ke final...

Episode kali ni semua team diminta untuk travel dr Sydney Australia ke Bali Indonesia
sebagai team terawal yang sampai di pit stop untuk episode lepas,ihan kepada Jess dan Lani sebab dapat catch up flight pertama ke Bali Indonesia..

Sampai diBali, semua team diminta untuk menaiki boat mengikut turutan nombor
yang diaorang terpaksa rebut...
kat sini berlaku sket konflik antara Enthan dan juga Richard dr team Philipina...
tapi Ethan dengan baik hati nak tukar waktu naik boat dengan Richard
tapi orang tengah bengang kan..mana la nak terima semua tu..

Next day semua team menaiki boat ke pulau Lombok dan didahului dengan team Jess dan Lani
serta Ethan dan Khairi dengan boat pertama...
Sampai di Pulau Lombok diaorang kena cari clue yang diletakkan di dalam perahu ditepi pantai...
tapi si Jess dengan Lani sampai cari kat atas bumbung2 umah orang..
Pencarian clue bagi 2 team terawal yg agak lama,membuatkan team yang selebihnya
sempat catch up sampai tak lama selepas diaorang dapat clue..

Dari Pantai Lombok, team semuanya diminta ke Kuil Meru or something2(lupa) dan dr Kuil tu plak..
diaorang kena ke Kuil Lingsar untuk dapatkan clue seterusnya..

Kesilapan besar team Richard & Richard masa nak ke kuil yang pertama...
diaorang bantai pi naik private car...dah sah2 peraturan Amazing race mmg tak bleh
tumpang or naik kereta persendirian..
so, sebagai denda,diaorang kena patah balik semual ke Pantai Lombok,
sentuh semula bot tadi dan baru la sambung semula tugasan..
dan la kena patah balik,dapat plak teksi yang sesat bawak ntah ke mana2 sampai lepwat
sejam setengah...

Dari Kuil Lingsar de tour telah dikeluarkan dimana pemilihan diantara 2 tugasan..
tugasan ABOVE dimana mereka dikehendaki ke Pasar ???(lupa) dan membawa
bakul berisi sayur diatas kepala dan hantar bakul tersebut
ke gerai bertanda sejauh 50m tanpa memegang bakul tersebut...
dan tugasan yang kedua ialah mencari sebuah kubur di kawasan perkuburan cina
bernama Fam Sam Moy

Masa de tour ni la team Malaysia buat big mistake yang membuatkan team diaorang
ketinggalan....
Ethan dan Khairi pilih task untuk cari kubur cina tu sebab diaorang pk task satu lagi
tak bleh pegang langsung bakul yang dibawa dan mengandaikan tugasan tu susah la..
padahal, tugasan tu tak la sesusah mencari kubur...
diaorang cari punya cari..last2 sampai tak jumpa...dan last2 decise untuk tukar tugasan..
time tukar tugasan ni la..
team Richards tu dapat dahului diaorang...

Dari pasar, team dikehendaki ke pusat menyelam Blue Marlin yang terletak
di Pantai Malimbu..seterusnya dengan panduan scuba diver terlatih,semua team
diminta untuk menyelam ke dasar laut dan mencari sebuah peti bag yang berisi duit.
selepas dapat bag tersebut, bawa bag ke Coral Beach resort
untuk membuat proses pengiraan wang..
team yang dapat memasukkan jumlah yang betul ke dalam komputer akan diberikan 
clue seterusnya...

Tiap2 team agak terkejut jugak la sebab duit dalam tu memang banyak..
main plak dengan matawang Indonesia...agak susah la nak mengira..
main duit juta2...banyak plak tu...
Team yang salah memasukkan jumlah wang, akan dikenakan penalti 10 min...

Team Jess dan Lani sebagai team pertama yang dapat memasukkan jumlah wang 
yang betul dikehendaki ke pit stop seterusnya di Sunset Point Gili Terawangan
team Malaysia memang tak bernasib baik kali ni
sebab penalti 10 min tu yang membuatkan mereka kalah dan tersingkir 
untuk episode kali ni...

Keputusan rasmi episode kali ni :
Team Pertama :Jess dan Lani 
Team Kedua :Natasha And Hussin
Team Ketiga :Michelle and Clare
Team Keempat: The Richards...

Jaja'Z: Punah harapan ku... :(

10 Beu-T Is Talking:

ita citot said...

huuuuuuu sedihnyeeeee..... ;(
frust betol lah. lepas ni taktau dh nak sokong team mane. huhuuu

ita cutevirus said...

jaja,
kebanyakan keputusan utk pilih task dibuat oleh ethan...
khairie ngikut je...

:: Mrs.SyahNia :: said...

pasni kita tengok je mana2 team yg
btul2 bsmangat ;P

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

alaa~ da terkuar ke? huhuhu~

Admin said...

Assalamualaikum...

Pasukan dari Malaysia ada dua kan..? yang bapa dgn anak tu...

JaJa'Z said...

ieta: kita sokong team yang menang je la..kan kan..

JaJa'Z said...

ita cutevirus; a'ah betul....jaja baru perasan kebanyakkan task ethan yg pilihhh

JaJa'Z said...

syahnia: mcm tu la dik..hilang dah semangat Malaysia..

JaJa'Z said...

khuamera: a'ah dik..terkeluar sudaaaaa

JaJa'Z said...

zaki: nope..bapa ngan anak tu team indonesia..team malaysia mmg ada dua..sepasang lagi..team laki bini ivan dengan hilda..dah lama terkeluar...since kat new zealand lagi..

Related Posts with Thumbnails