JaJa'Z Latest Stories

Thursday, November 4, 2010

TARA ~ Suprise!!!!

Tumpang lalu..tumpang lalu....
wartawan TARA dah datang ni..
hehhehhe

Full of suprises dalam TARA ni...

Episode kali ni para peserta bermula di Coronot Peak iaitu pit stop ke 5 
di New Zealand...
Untuk clue yang pertama para peserta diminta untuk skii ke Kaser Lift ..
mostly peserta memang bermasalah untuk skii memandangkan kebanyakkan dari semua peserta
tak pernah ber 'skii' sebelum ni...
Yang paling horror ialah team dr India Dimple dan Sunaina..
sampai terlanggar2 tiang.. :p

Dari Kaser lift, detour dikeluarkan kepada setiap peserta
pemilihan diantara tugasan kandang atau memenuhkan tong wain..
Tugasan kandang memerlukan setiap team untuk memasukkan biri2 bertanda kedalam 
kwasan kandang yang disediakan..manakala tugasan yang kedua pula
meminta setiap team untuk menggolek tong wain ke tempat mengisi wain dan memenuhkan tong tersebut dengan wain hanya menggunakan baldi..

Setelah tugasan selesai, setiap pasuka diminta menuju ke Pejabat Pos di Arrowtown
untuk pos kan video2 yang telah diaorang rakam sebelumnya kepada ahli keluarga masing2..
Time ni pasukan Philipina Richard & Richard memang pantas jalankan tugas...

Road info seterusnya meminta semua peserta terbang ke Sydney Australia...
uishhhh..Australia tu...jeles jek rasa tengok diaorang ni sambil berlumba..sambil melancong..
bukan senang nak dapat semua tu kan ..:p

Sampai di Sydney,mereka semua diminta menuju ke Circular Quay untuk mencari
seorang lelaki yang memegang payung ditangan kanan untuk mendapatkan clue seterusnya..
nak dijadikan cerita time tu memang cuaca hujan dan sejuk..
makanya ramai la orang laki yang dok pegang payung..
dan para peserta diminta untuk bertanya soalan pada lelaki yang diaorang cari tu..
kalau betul, then dapat la cluenya...

Dari Circular Quay semua peserta menuju ke Hotel Hilton untuk cabaran mengemas katil
mengikut standard Hotel Hilton dalam masa 3 minit..
hehehhe
takde satu team pun yang berjaya.. :p
macam mana la nak kemas katil kurang dr 3 minit..dah la cadarnya berlapis2..
team Malaysia yang dapat buat kurang dr 3 min pun..still tak berjaya
sebab katil tu tak kemas...
jadinya semua peserta dikenakan 10 minit penalti...

Seterusnya roadblock yang meminta mereka menuju ke Circus Art School
yang terletak di Sydney Olympic Park untuk membuat rutin asas trapez..
korang tau tak trapez ni macam mana??
alah..yang macam kat circus tu..kena berayun, silangkan kaki then sambut plak tangan
 orang yang satu lagi tu...
ramai gak team yang terpaksa buat banyak kali...
dan masa ni la salah sorang team Indonesia,Husien kejang kaki plak...
sampai tak bleh nak silangkan kaki..
sampai menangis Natasha sebab kesian kan ayah dia tu...
yelah, bapaknya pun dah tua sket..kena plak berayun2 tu...memang tak lepas la..
dan akhirnya diaorang decide untuk ambil penalti 4 jam..
kesian betul...

Mana2 team yang berjaya, diaorang kena ke pit stop seterusnya iaitu ke Hyde Park Sydney
dan team girl dr Philipina Jess dan Lani berjaya mendahului Richard dan Richard
dan seterusnya menjadi pasukan pertama yang tiba di pit stop.

tapi!!!!

Yang diaorang dapat ialah envelope clue seterusnya!!!

Rupa2nya, blom habis lumba daaaaaa
hehehheheh
Sambungannya, kenalah tengok episode TARA seterusnya next week...!!!

Jaja'Z: Spoil jek...hahaha

3 Beu-T Is Talking:

dieya said...

tonight first time dpt tgk TARA on it's first telecast, bukan yg repeat.. coz class dah abes, tgh study week (walaupun satu benda tak study lagi..)

spoil kan tiba2 to be cont'd pulak!

JaJa'Z said...

aka dah agak dah dieya mesti tgk punya malam ni...hhhee..tapi akak tetap wartawan TARA tak bergaji..hehhehe..tengok sendiri baru la excited kan..tapi memang potong stim betulla..dan2 tu pla la bersambung...

Danial Ikhwan Jaafar said...

perghh..semenjak hidup membujang kembali, takde ASTRO dan AXN dalam hidup ini. yearrghhh hari ni boleh tengok! XD

Related Posts with Thumbnails