JaJa'Z Latest Stories

Thursday, October 21, 2010

Good Bye Indian Team ...


Akhirnya..terkeluar jugak team dr India ni...pasangan sepupu Sahil dan Manas
kalau tanya jaja, kadang2 meluat gak tengok team dr India ni
sebab nampak macam terlalu 'manja' ala2 budak bandar gitu...
kena task yang mencabar sket, mula la gabra nak buat..

TARA minggu ni,semua peserta mengembara pulak ke Philipina dan
memandangkan ada 2 team dr Philipina sendiri,so diaorang budget bleh kalahkan
dan mendahului team2 lain la kot...

Sampai di Manila, semua team dikehendaki ke ..(alah,lupa la plak)
yang ada gunung berapi Mayon yang masih aktif tu...
first task diaorang kena pukul pasu tanah liat yang tergantung dengan keadaan mata tertutup..
kemudian road block  memilih sama ada tarian tradisional atau menangkap babi..
of course la ramai yang pilih menari..dari susah2 nak kotorkan diri tangkap babi tu kan..
nak2 plak pasangan beragaman islam,for sure tak pilih task tu..
nak tak nak kena menari jugak la..
cuma pasukan Philipina,Richard dan Richard satu2 nya pasukan yang memilih task menangkap babi...
maybe sebab memang dah kompom diaorang tak reti menari kan..
Time ni pasukan yang leading adalah Ethan dan Khairi dari Malaysia..
tu yang jaja jadi semangat sket tu.
.hehehhe

Selepas pilihan task road block selesai,
fisrt time 'Intersection' dikeluarkan untuk TARA season ni..
thankd God group Malaysia tak perlu tunggu lama untuk dapat kan group untuk joint sekali
dan task seterusnya ialah membersihkan kawasan pantai..
dan akhir sekali de tour ,dimana salah seorang peserta diminta untuk berkayak dan
mencari klu yang diikat pada cancang2 kayu ditengah laut..

Setelah semua selesai,peserta diminta menaiki Jetski dan kemudiannya menaiki jipney
ke pit stop seterusnya...

Alhamdulillah, group Malaysia  Ethan dan Khairi mendahului peserta2 lain
mengalahkan peserta2 dr Philipina sendiri ..

Syabas!!! Syabas!!!

Team Malaysia satu lagi ,Ivan dan Hilda yang tak bleh blah sekali tang part menari tu..
konon si Hilda tu kan penari..last2 dekat sejam dok menari kat situ tak lepas2, sampaikan 
team girls dr Philipina terpaksa tunggu lama kat tempat Intersection..
Laki dia si Ivan tu toksah cakap la kan..menari semacam dah..sampai agaknya judge pun
penat dah dok geleng kepala jek...sebab tarian still tak betul...
hehhehehe

So, nanti kan TARA next week..
nampak gaya macam team TARA ke New Zealand..sebab nampak macam ada terjun bunjee
so, stay tune!!!!

Jaja'Z: Tak mampu lari laju2..

10 Beu-T Is Talking:

Danial Ikhwan Jaafar said...

excited gila! saya sokong ethan-khairie dengan richard-richard tu. hahaha
tapi memang mantap aa natasha n hussein menari. cepat je pick up.team india tu pada saya memang patut keluar.. =__=

JaJa'Z said...

Dan: so far ethan ngan khairi tu maintain jek diaorang punya performance..gaduh2 pun takde..syok sket..pasukan india tu memang patut terkeluar pun..Natasya tu memang dancer..sebab tu dia cepat pickup...

dieya said...

owh k jaja tersayang, thank u so much fir the update! sudahlah bz bermakan.. eh.. bermeeting.. kena pegi kelas lagi.. mmg tak dpt tgk TARA minggu ni. kena tunggu repeat laa jwbnya.

i also very the menyampah tengok diorang! terkeluar dah rupanya!

azlin hayati said...

ja, 1st task diorg kena naik ATV tu la... kt situ la ethan & khairi dpt kejar team richard2 tu. :)

JaJa'Z said...

dieya: i know..u always waiting for my review...akak tau dieya bz kan..so, tiap2 malam hari khamis..jenguk2 la blog akak ni as usual okeh...

JaJa'Z said...

lin: aiyak...a'ah kan..lupa la plak..nanti aku update semula entry ni okeh...hehhehe

Mamamya said...

ala....i no komen la ehehehe.... akak x penah m'ikuti rancangan ni la jaja...maklum ajer lah selalu b'rebut2 dgn anak2 klu tgk tv...dia org tu asyik nak tgk barney jer....t'paksalah mama dia m'alah kan.....

JaJa'Z said...

kak lieya: jaja memang mengikuti TARA ni kak..even Amazing Race america pun jaja ikuti..syok kak...

aZaMieTa said...

eksaited giler tgk team malaysia leading kan minggu ni. tp mcm tak patot la yg babi tu... sensitip la cket kan. asia.... ade org islam sume.. agak2 la nak buat task pon.. tp tgk hilda joget mmg lawak. mcm comei jek.. hahahaa ;p
ethan & khairi tu mmg super cooooollll (^_^)

JaJa'Z said...

ieta; kita tak bleh nak kata gak pasal task babi2 tu..memang sepatutnya diaorang alert kan..tapi tu lah..mujur la ada task satu lagi yang nak tak nak kena jugak yang muslim buat...

Related Posts with Thumbnails