JaJa'Z Latest Stories

Friday, November 26, 2010

TARA ~ Adios Girls Like Party...


Tak sangka! 
next week dah final episod untuk TARA musim ke 4 ni...
rasa macam baru je lagi diaorang mula2 race dulu..
tau2 dah nak habis kan..?

Meh kita review sama2 TARA hari ni...

Dari Lombok Indonesia, semua team diminta ke Pahang Pohang, Korea Selatan..
dan dapatkan clue seterusnya hanya dengan menggunakan 'tangan'
Pada peringkat permulaan kesemua team agak sukar mendapatkan maksud tersirat..
rupa2nya clue tu terletak kat Hands Of Harmony di Homigot
(Pic from Google)

Dari Homigot, semua team diminta untuk ke Kuil Girimsa...
dan di Kuil tersebut diaorang kena bunyikan loceng gergasi sebanyak 3 kali  untuk dapatkan
clue yang seterusnya...

Dari Kuil Girimsa,tiap2 team diminta untuk memandu sendiri ke task seterusnya
dengan membawa kenderaan yang bertanda...
sket punya lawa kereta diaorang..

Time kat Korea ni, mostly team lain takde masalah nak gi mana2..kecuali 
team Jess dan Lani sebab terlalu 'berkira' untuk sewa teksi dan tunjuk arah..
membuatkan diaorang ni banyak kali tersesat..
dah la Korea memang terkenal dengan papan tanda or peta yang penuh dengan
bahasa Korea jek..tambah lagi dengan ramai orang2 Korea yang tak reti nak
bercakap dalam bahasa inggeris...
memang haru la...

De tour seterusnya dikeluarkan dan dipanggil Perfect Match yang menguji tahap kepekaan
antara team mate meraka sendiri..
dimana setiap ahli kumpulan secara berseorangan diminta untuk meletakkan gambar pasukan 
yang mereka rasakan berkaitan berdasarkan beberapa soalan..
seterusnya ahli kumpulan yang sorang lagi akan teka kumpulan yg sama,
 juga berdasarkan soalan yang sama..

Antara soalan2 yang jaja ingat...antaranya , team mana yang paling tidak disukai,
team mana yang tidak layak ke final, team mana yang dicemburui oleh team lain..
lebih kurang gitu la soalan2nya...

Selepas selesai task, team diminta ke Seokguram Grotto yang terletak di Gyongju
time ni lah team Jess dan Lani ketinggalan sebab tersesat entah ke mana..

Seterusnya detour yang kedua iaitu pilihan diantara dua tugasan
sama ada memanah atau menyusun batu...
untuk acara memanah, setiap team diminta untuk memilih gambar team mana untuk diaorang panah,
dan 3 kali panahan yang mengena tepat, clue seterusnya akan diberikan..
Manakala untuk tugasan menguyun batu, peserta diminta untuk menyusun batu2
setinggi pras pinggang manusia dewasa..dengar macam mudah, susun batu jek..tapi..
susah jugak wehhhh..

Time ni team dr Singapore, Michelle dan Clare mendahului..
memula sakan dua orang ni memanah..sampai last2 tukar tugasan ke acara menyusun batu..
sebab memanah giler2 tapi tak kena jek manjang...
mujur juga la diaorang tukar,terus dapat selesaikan tugasan susun batu tu dengan cepat walaupun
batu2 yg diaorang susun dok runtuh jek...

Seterusnya team diminta ke Kompleks Makam Purba
untuk tugasan memecahkan kod pahlawan..
untuk task ni..salah seorang peserta diminta untuk melalui 3 halangan pintu..
kalau peserta masuk ikut pintu yang betul, tak la kena attack dengan pahlawan2 tu..
kalau salah, ulang la balik semula sampai la ke tiga2 halangan pintu tu betul laluannya...

Dan akhir sekali pit stop seterusnya di Kolam Anapji...
team yang leading time ke pit stop adalah team Richards dan Machelle dan Clare
tapi alih2..team Hussin dan Natasha yang dapat tempat pertama..
pengajaran kat situ...sewa la teksi kalau dah tak reti jalan..
hhehehhe

Dan 3 team yang layak ke final adalah:

1.Natasha dan Hussin
2. Richard dan Richard
3. Machelle dan Clare

Tak sabar rasanya nak tgk final episod TARA next week...
korang rasa lah..sapa yang bakal juara TARA kali ni ek..????

Jaja'Z: Sedih team Malaysia dah takde...

11 Beu-T Is Talking:

dieya said...

suka coz natasha & hussin dpt mausk final. hopefully doprg menang coz tak pernah father-daughter team menang.

k jaja, your blog got chosen as blog pilihan laa! baru nampak pagi tadi kat sini:
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/11/senarai-undian-peringkat-pertama.html

tatau nak vote camne. kalu dah boleh mengundi lemme know lah, saya akan berkejar ke sana menunaikan kewajipan pada negara ;-D

JaJa'Z said...

akak rasa dieya kena tgk masa mengundi tyu..ada tulis kat situ...nanti akak check kan ok..hehhe..tq dearrr

akak pun suka hussin ngan natasha tu..harap2 diaorang menang la kan...but team singapore akak suka jugak..entah la..kali ni tak berapa nak bersungguh dengan team richards tu..hehehhe

Syue Mustafa said...

Walaupun tak suka tapi berdasarkan prestasi, team Richard & Richard tu berpotensi besar utk menang....

ita citot said...

bagus lah si suka parti tu tak masuk. guna cara kotor jek. ceit!

RaMa-RaMa Fareeza said...

harap2 team indonesia yg menang...huhuhu takpun singapore.....

RaMa-RaMa Fareeza said...

harap2 team indonesia yg menang...huhuhu takpun singapore.....

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

wah, semua team favourite gue di final. haha. haranya natasha n hussin yang menang. =D

JaJa'Z said...

sue: nampak gaya pun mcm tu jugak sue..but who know...ntah2 team yg tak dijangka yg menang..kan kan..

JaJa'Z said...

ieta: tu la pasal..rasakan...hehhe

JaJa'Z said...

rama2: jaja pun suka kalau team indonesia yg menang...

JaJa'Z said...

Dan: nanti tak dapat tgk final la ek..? takpe2..baca review dr blog akak ok..hehhehe

Related Posts with Thumbnails