JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts
Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday : Buah hati Sayang...



Cute kemain buah hati jaja ni.. :)
En Zack masa 4 tahun


4 tahun, 6 tahun and 35 tahun
kecik2 tembam..dah besar kuruihhhh

Love you :)

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday : Sexy Red






Please Girls....
Say Hi to may new sexy red :)

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday : Premium Beautiful



Call me for info yek...

0199614898 / sariza_bakar_2006@yahoo.com

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday : Barisan Pendidik 2012

Can u spot me??

Wednesday, March 21, 2012

Wednesday, March 14, 2012

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday : Karipap Karipap Cinta..

Takde karipap yang tersedap melain kan....
karipap buatan mama tercinta...

inti kentang dan daging....
bagi makan sepinggan pun rasa tak puas lagi..
sedappppp :p

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday : Rindu...

Rindu kat Tok Janggut....
S.E.K.I.A.N

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday : Cara Terbaru Balut Buah Kat Pokok...



Hahahhaha...

Kelakar betul la jiran jaja ni.. :p


Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday : Kasut Sekolah



Ni je setakat untuk permulaan tahun 2012...
hehehhe

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday : MC Pertama Tahun 2012

Hari ni jaja MC...
dengan jayanya jaja meng MC kan diri sebab demam and tonsil bengkak..
seriusly sakit, sebab nak telan air liur pun perit bukan main :(

Oleh kerana tekak sakit...
untuk breakfast pagi td dengan gigihnya jaja masak bubur daging ni..
untuk alas perut...


Masak pun tak agak2..
sampai seperiuk bagai..hehhehe
dah alang2 tu buat la banyak terus..bleh sampai ke malam...

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday : Oh! Abang Hariz...

Lepas keluar panggung pun dok koyaa lagi..
ekekkeke

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday : Apa Pendapat Korang Semua ?


Tanggungjawab siapa sebenarnya bila dah berlaku kes macam ni...apabila
pelajar datang ke sekolah dengan keadaan sebegini rupa?

Who is the right person should be blame ?

Wednesday, November 9, 2011

Not So Wordless :Kami Juga Manusia Biasa


Selami kehidupan guru sebelum menghukum 




Saudara Pengarang, 

SUDAH kerap kali saya membaca surat di ruangan ini yang memperkecil-kecilkan profesion perguruan. Guru dituduh sebagai kakitangan kerajaan yang mengada-ada dan sering meminta-minta. Memang mudah orang berkata jika dia tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru. Kakitangan kerajaan lain enak nikmat di dalam pejabat yang sejuk, mempunyai ruang kerja luas serta boleh menyiapkan tugasan tanpa gangguan. 



Cubalah selami sehari kerja seorang guru. Masa bekerja bermula seawal pukul 7.15 pagi. Kakitangan kerajaan lain boleh menangguh kerja atau bekerja mengikut masa yang mereka tetapkan sendiri. Guru tidak boleh bertangguh kerja. Bertangguh kerja bermakna mengundang bencana. 




Bertangguh kerja bermakna guru tidak masuk ke kelas. Pelajar yang akan menjadi mangsa. Ada yang mempertikaikan waktu kerja guru yang kononnya hanya dari pukul 7.30 hingga 1.30 tengah hari. Itu bukanlah masa bekerja guru. Itu waktu persekolahan pelajar. 




Cubalah anda buat kajian di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Kebanyakan sekolah berakhir pada pukul 2.30 petang dan kadangkala sehingga 4.00 petang. Itu tidak mengambil kira mesyuarat guru dan pentadbiran yang sering diadakan hingga lewat petang. Bagaimana pula waktu hujung minggu dan cuti persekolahan yang diisi dengan kursus dan kegiatan kokurikulum yang padat. 




Guru perlu mengiring aktiviti perkhemahan pelajar, masuk ke hutan berhari-hari, meninggalkan keluarga. Pengalaman ini bagaimanapun tidak dilalui oleh kebanyakan kakitangan kerajaan yang lain. 

Mereka selesa menginap di bilik hotel berhawa dingin, sedangkan guru kadangkala terpaksa tidur di dalam bilik asrama atau khemah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. 




Masyarakat sering mempertikaikan tempoh cuti sekolah yang panjang dan kerap yang kononnya turut dinikmati oleh golongan pengajar. Sedarkah anda, pada cuti pertengahan semester pertama, guru-guru bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan pelajar di rumah. Tugas memeriksa mesti disiapkan dalam tempoh seminggu cuti persekolahan tersebut. Cuti pertengahan tahun pada bulan Mei selama dua minggu, guru sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun, juga di rumah. Cuti pertengahan semester kedua, guru sibuk menanda kertas peperiksaan percubaan pelajar di rumah. 




Sekiranya anda prihatin, anda akan dapati guru kerap melakukan kerja di rumah, masyarakat tidak nampak hal ini kerana anak-anak mereka tidak ke sekolah. Pernahkah mereka terfikir mengapa anak-anak mereka sering memperoleh markah peperiksaan selepas cuti sekolah? Beralih kepada isu yang lebih sensasi, cuti akhir tahun. Sedarkah mereka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijalankan pada masa cuti akhir tahun? Sedarkah mereka, skrip-skrip jawapan itu juga perlu ditanda semasa waktu cuti akhir tahun? Menurut pekeliling Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh dipanggil balik bekerja untuk 2/3 tempoh cuti sekolah akhir tahun. Bayangkanlah berapa baki cuti yang tinggal untuk menanda kertas peperiksaan dan juga untuk menyediakan bahan-bahan untuk semester persekolahan yang baru. 




Kakitangan kerajaan yang lain diperuntukkan cuti tahunan selama 30 hari yang boleh diambil bila-bila masa sepanjang tahun. Guru pula diperuntukkan cuti rehat selama tujuh hari setahun. Cuti ini pula tidak boleh diambil sesuka hati. Masyarakat sedia maklum masalah kekurangan guru yang dihadapi di sesetengah negeri. Apabila seorang guru mengambil cuti pada hari persekolahan, ia akan memberi kesan yang serius kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bebanan guru lain akan bertambah, oleh itu agak sukar juga bagi guru untuk menggunakan hari cuti yang diperuntukkan. 




Guru juga bekerja dalam suasana yang kurang selesa berbanding kakitangan awam yang lain, bilik pejabat sejuk sehingga perlu memakai jaket di pejabat. Guru pergi ke kelas pada waktu tengah hari dan mengajar di dalam kelas yang hanya mempunyai kipas sahaja dan perlu berdiri sepanjang masa. Guru tidak mempertikaikan itu semua. Memang suasana kerja kami begini dan kami memang sentiasa ikhlas dan memberikan tumpuan sepenuh masa untuk mendidik dan mengajar anak bangsa kami untuk menjadi insan yang berguna. 


Apa yang kami inginkan hanya waktu cuti yang sebenar untuk bersama keluarga. - GURU KECEWA, Kuala Lumpur. 




Diambil dari Utusan Online


Teringat kata2 dr seorang sahabat jaja
Tugas yang paling berat ialah apabila kita nak memanusiakan manusia 

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : Kreatif Tak Bertempat...


Hangin jek Zurin bila semak kertas jawapan BI bebudak kelas dia..

Jawab BI tak sehebat mana
dok mengarut lukis menda alah ni jek kerjanya.....

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday : Meh Uji Ilusi Mata Korang...


Tadi buka blog Cik Epal,terjumpa jugak pic lebih kurang macam ni...
Cuba korang tengok betul2...

Menda alah ni bergerak ke tak sebenarnya...
ke mata korang yang juling..?
hehehhehe

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday : Cute Tak Saya ?



Bunga2 lagi kat kaki youuuuuu...
Awwwww..Gedikxxx :-)

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednessday : Segelintir Ibu Bapa Kini....








Akhbar Berita Harian
Khamis, 4 Ogos 2011, m/s: 31


Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday...


Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday...

Related Posts with Thumbnails