JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Open House. Show all posts
Showing posts with label Open House. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Sambungan Entry Open House 2011...


Semalam jaja dah tayang gambo2 belakang tabir kat belakang umah...
ni plak suasana kat balh depan umah...

Memandangkan tetamu yang dijemput agak ramai, jadinya kami semua
buat keputusan untuk sewa kanopi...
yelah, senang sket orang nak makan..kalau berhimpit2 makan kat dlm umah
kang tak selesa plak...

Nak sewa kanopi pun tak susah...kat kakak ipar jaja jek..
dia memang buat bisness sewa kanopi...

jadinya bila kanopi dah siap2 pasang...Cik Nazri minta tlg jaja utk handle 
bahagian hadapan umah plak...
kat mana nak letak meja hidangan..nak susun2 kerusi...
supaya tetamu semua selesa bila nak makan nanti...

Bukan setakat kat depan umah jek...
kat kawasan porch kereta jaja pun ada susun gak kerusi2..
asal2nya memang susunan macam tu..tapi lepas2 tu...
ada jiran lain yg berniaga depan umah jaja, bagi pinjam meja2 dia berniaga..
terus umah jaja dah gaya macam kedai kopi...
Untuk meja hidangan plak, jaja boh dua bahagian...
satu hidangan kat bawah kanopi..dan satu lagi kat kawasan porch kereta umah Kak Zah..

Sambil susun2 kerusi meja...sambil2 jugak mengarut2 dengan jiran2 terdekat..

Mama Waqi kemain membuli baby sendiri..
sampai senget benget muka Waqi tu..jahat la mama.....!

Sebelum proceed dengan susun segala hidangan...
kat blah dlm umah plak dok buat final touch untuk hidangan sebelum dibawa keluar

Proses potong2 buah..siapkan acar timun...
masukkan kuih2 raya kat dalam balang....bukan setakat masukkan dalam balang..
masukkan dalam mulut sendiri pun ada juga...
hehehheh

Bila semua dah ready....baru lah diangkat ke depan umah..

Menu utama hari tu...
Nasi arab,daging masak kurma kuzi,ayam goreng berempah dan acar timun...
semua ni adik Kak zah yang masak kan...
memang sangat2 sedap....cukup lengkap segala rasa..

Selain dari nasi arab...

ada juga laksa penang,ketupat palas dan ketupat bungkus,
rendang ayam,buah2an,kek
jelly kelapa dan jelly laici...ehem2..jelly laici tu jaja yang buat..
hik hik hik...

Time ni susunan meja kat umah jaja pun dah bertukar..
siap En Zack dan Cik Zaidi rasmikan makan dah...
lapar sangat la tu..hehhehe
dua hidangan dah siap2 disusun di bawah kanopi dan didalam kawasan umah kak 

Dalam kul 11 lebih dah siap semua kerja...
just nak menunggu tetamu2 jek yang datang...dan kitorang semua pun
get ready la nak pakai baju proper2 sket...
takkan nak sambut tetamu dengan pakai seluar track je kan...

Majlis bermula lepas zuhur..tapi sebelum2 tu pun dah ada yang datang..
maklumla, hari tu memang banyak sangat2 open house dan kenduri kawen..
jadinya semua pakat susun jadual masing2 takut senak perut plak nak sumbat makanan..

Lepas zuhur, tetamu memang ramai yang datang..
tak kira la sama ada kawan sekerja Cik Nazri..kawan2 En Zack..
kawan2 Kak Zah mahu pun kawan2 Jaja...
tak ketinggalan juga keluarga mertua jaja...serta ipar2 duai...

Bukan setakat orang melayu india ngan cina yang datang..
mat salleh pun ada(kawan opis Cik Nazri) termasuk la orang Iraq
(student international UMP) yang dok kat fasa 2 taman jaja ni pun ada datang..
bukan setakat dia datang jek...
orang Iraq tu siap bawa makanan orang2 arab lagi time tu...

Sebelah kanan tu ala2 macam roti pizza dan yang blah kiri tu plak mcm makanan tradisi
dioarang kot..nasi yang disumbat dlm sayur2 dan digulung dalam daun..
jaja rasa roti arab tu jek...
tapi nasi tu sapa2 yang rasa, semuanya cakap agak masam rasanya..
maybe sebab masakkan arab ni diaorang suka letak banyak
tomato atau pun yogurt...
2 hidangan ni pun, sekelip mata jek licin dibedal..hehheheh

Seriusly memang ramai sangat tetamu yang datang...
Air oren dalam tong besar tu sampai berkali2 kena topup...
tu tak kira air sirap tu lagi...tambah lagi dengan berkali2 gi tambah beli
cawan polistrin tu....
walaupun agak penat..tapi first time jaja buat memang rasa sangat2 seronok..

Ni je satu2nya gambar tetamu datang yang sempat jaja snap2...
baju kurung jaja takde poket..leceh nak angkut kamera ke sana sini...
dengan jaja sibuk tambah2 lauk lagi...
last2 memang tak terkejar dah...
gambar member2, family mertua yang datang pun jaja tak sempat nak amik gak...

Cuaca hari tu pun cerah..cuma gerimis sket2 jek kat sebelah petang...
tetamu pun datang sampai ke malam....
dan kitorang semua termasuk jiran2 terdekat siap bleh makan sekali lagi malam tu
kat umah Kak Zah...

Happy teramat2 happy...
seronok dapat menjamu tetamu2 yang datang...
insyallah, ada rezeki lebih..tahun depan bleh buat lagi...
Kak Zah,Cik Nazri ngan En Zack pun berpuas hati sangat2...
makanan semua nya cukup utk para tetamu..
takde pun yang balik dengan perut yang masih lapar..
nasi arab ngan laksa tu..sampai ke hari ahad dok ada lagi tak berhabis...
siap bleh buat makanan tengah hari hari ahad esoknya..
dan laksa plak, sampai ke malam hari ahad tu kitorang dok celur lagi laksa yg baru
sebab kuah laksa pun banyak lagi...

Untuk rakan2 yang datang..terima kasih banyak2...
dari kami kedua2 buah keluarga...
minta maaf banyak2 kalau ada kekurangan sepanjang majlis tu yek...

Tuesday, September 20, 2011

Belakang Tabir Open House 2011...


Penat sungguh rasanya kalau buat open house ni yek..
selama2 ni dok buat mini open house jek..
tak pun just masak sket2 panggil jiran2 terdekat...
atau pun kawan2 cakap nak datang umah, baru jaja masak something..

Tapi alhamdulillah, rezeki lebih sket tahun ni...
jadinya bleh la berkongsi sket dengan saudara dan rakan2 yang lain...

Sebenarnya open house ni open house bergabung...
apa yang bergabung?
bergabung tuan rumah la...

Jaja ngan En Zack dan Cik Nazri dan Kak Zah..
sebab tu bleh buat besar sket kali ni...
bergabung dua tuan rumah sekali gus...kalau harap jaja nak buat sorang2
memang TAK la....
tak cukup tenaga and kakitangan nak handle segala menda..
jarang2 juga sebenarnya jaja jumpa open house bergabung ni...
korang ada buat open house bergabung dengan jiran sebelah umah korang tak?
takde kannnnn?
hehehhehe

Alhamdulillah, kami berdua dikurniakan dengan jiran yang teramat2 baik,
pemurah,senang dibawa berbincang, tak berkira dr segala macam hal..
jadinya ,segala perancangan berjalan dengan lancar...

Open house kitorang berlangsung hari sabtu minggu lepas..
makanya, sempena cuti Hari Malaysia jumaat tu...
kitorang pagi2 buta dah berketung ketang kat belakang umah...
kanvas pun siap pasang kat belakang umah, senang sket nak buat segal macam kerja..

Pagi2 tu Cik Nazri dan Kak Zah dah ke pasar untuk beli segala bahan2 mentah
mana yang bleh disiapkan awal...elok2 la disegerakan dulu..
pagi jumaat tu dah mula proses balut ketupat palas,rebus ikan utk buat kuah laksa..
kupas segala bawang2, halia, cili kering dan bahan2 lain utk menu nasi arab...
tapi bukan kami berempat je ada..jiran2 belakang umah dan
jiran2 setaman yg dok lorong2 belakang pun ada dtg tolong2 merewang..
sebenarnya memang syok buat kerja merewang ni...
riuh je rasa....dok gelak2 sambil2 buat kerja...

Blah tengah hari plak, Family Kak Marina sponser sup tulang,air asam,sup sayur
dan ikan masin untuk santapan makan tengah hari kami beramai2..
jaja plak, gorengkan ikan jek...

Dan sampai ke petangnya,kuah laksa pun siap..ketupat palas pun siap..
tapi tak cukup daun palas la pulak...
tapi mujur la kreatif kepala masing2..kita tukar dr ketupat palas, terus jadi ketupat gulung..
ketupat gulung ni sekali tgk mcm lemang jugak la..
cumanya tak la hangit dibakar api..sebab pulut ni dikukus plak lepas tu..

balut lawa2 dalam daun pisang, pastu dikukus semula..
dan ini lah rupanya selepas siap di ikat...

cute kan...?
dan macam gula2 pun ada jugak ni...tapi dlm saiz besor..

Sebenarnya kami semua agak beruntung, sebab adik lelaki Kak Zah
yang memang tukang masak...sudi dtg ke Kuantan untuk tolong2
kitorang semua sediakan menu...
dah ada tokey restoran yang datang...lega la sket rasa...
nak2 plak orang dah biasa masak utk banyak2...
memang tak kekok la setakat nak masak nasi arab 20kg...

Pagi hari sabtu, seawal 6.15 pagi En Zack dan Cik Nazri 
dah ke pasar utk amik daging, ayam dan santan yang dah ditempah awal2..
siap2 sarapan..kami semua pun mulakan la tugas masing2...

ada yang tengah siapkan bahan2 untuk acar timun...ada yang mengacau daging kuzi
kaum2 bapak plak dok kerjakan ayam untuk ayam goreng berempah...

Ni plak dok siapkan bahan2 untuk laksa penang...

2 besen besar ayam yang dah diperap dengan bahan2...
sedia untuk digoreng...

Semua orang sibuk buat kerja...
mamat kecik ni plak sibuk dengan hal dia....

Waqi ni mentang2 dah 'dapat kaki'..kemain lagi ke sana sini...
hehhehe

Ni baru cerita dibelakang tabir...
untuk cerita didepan tabir...tunggu next entry la yek...
hehehhe

Monday, September 19, 2011

Mood Kelaut...Pra Open House


assalamualaikum semua.....
Erkkhhh...4 hari blog ni tak berupdate...
bukannya jaja ke mana2 pun..
ada jek kat umah ni sepanjang cuti Hari Malaysia tu..
tapi nya jaja betul2 bizi dengan open house...
punya lah sibuk dengan segala macam kerja..so, bila dah penat...
mood nak berblog tu pun ntah ke mana la perginya...

Apa2 hal pun jaja akan update korang semua dengan cerita open house jaja..
dlm entry ni, korang tatap la dulu main menu open house kat umah jaja
baru2 ni yek...

Nasi arab,daging kurma kuzi, ayam berempah and acar mentah..
banyak lagi menu2 lain..
tapi kena lah tunggu yek....

Monday, October 4, 2010

Open House Taman Tunas Mahkota

Start kul 8 malam ramai dah yang datang memenuhi khemah2
semuanya lawo2 belaka pakai baju raya memasing
yang lagi best tu sebab siap ada tempah DJ, pasang plak lagu2 raya kan..
tu yang jadi makin terasa meriahnya
Lepas tetamu VIP (ADUN LEPAR) sampai, majlis dimulakan dengan
bacaan doa dr Ustaz Awang dan seterusnya ucapan alu2an
dari Pengerusi KRT Tmn Tunas Mahkota,En Dzulkefli

Lepas ucapan apa lagi...
Makan time!!!!
Siap ada percikkan bunga api lagi, mujur polis tak mai :p
dan semua tetamu pun pakat2 la serbu amik makanan
Antara tetamu2 yang hadir memeriahkan majlis..ramai kan??
nampak lelaki yang pakai baju kotak2 oren tu..tu ayah jaja!!
kebetulan dia datang , dah rezeki kan..makan je lah...
Bukan setakat kaum2 melayu jek yang ada,kaum2 cina dan india pun
dijemput sama memeriahkan majlis
yang penting semua penduduk Tmn Tunas Mahkota ..


Aiskrim Pakcik Desa paling laku sekali..ditempah khas dr taman perumahan sebelah
tapi sedih, sebab aiskrim tu untuk bebudak jek.. :(
tapi jaja pun dapat gak merasa..kenapa ek?
hehheheheh
En Zack malam tu jadi orang dapur jek, dia incharge part tambah2 lauk ni
sian laki ku itewwww
time ni semua dah kekenyangan,lepak2 kat tepi umah ngan Kak Zah
dan anak2 dia si Mieza ngan ThumbeNina..
Kitorang lepak2 sambil menahan telinga dengar diaorang men'sumbang'kan lagu2 raya
pedih jek telinga ni dengar

Last but not least
gambar we all harus la ada kan.. :p
korang perasan tak ,sebenornya bibir atas jaja bengkak malam tu..
tak tau la kenapa,hari tu gi sekolah bengkak blah kiri jek
pastu blah kanan jek..dan malam tu tengah2 plak yg bengkak
tak tau la kenapa..selama ni takde plak allergic dengan apa2 rasanya
takkan kena gigit semut kot..
harap2 lepas ni takde la bengkak2 dah...
buat spoil jek....

Corat Coret Semasa Majlis Berlangsung
  • Takde AJK pun yang sukarela nak tlg jadi tukang 'cedok' makanan,akibatnya makanan tak cukup terutamanya ayam masak merah
  • Ada antara orang2 dapur yang tak dapat makan sebab hidangan utama nasi minyak dan ayam merah sold-out termasuklah En Zack..sian laki ku itewww
  • Tetamu VIP sampai tanpa ada AJK yang menyambut dan meja makan VIP tak penuh..last2 geng2 HEBAT yang tumpang makan kat situ

Corat Coret Selepas Majlis Berlangsung
  • Orang yang masak dan orang2 tu jugak la yang mengemas dan membasuh segala peralatan yang digunakan malam tu
  • Sebesen besar nasi impit yang dipotong tak berusik,kuah kacang setengah periuk lagi berbaki,lemang berbatang2 lebih didapur
  • Orang2 HEBAT tanpa segan silu membedal lemang2 didapur untuk ditapaw bawak balik ke rumah
  • Memasing gigih mencari peralatan dapur sendiri yang telah digunakan termasuk la jaja..sudu dan garfu umah jaja licin!,segala besen2 dr kecil sampai ke besar semua kena bedal..mujur la tak hilang...

Meriah memang meriah,seronok memang seronok
tapi dalam kemeriahan dan keseronokkan nak buat majlis ni
macam2 dugaan yang datang..
takpelah, semua tu pengalaman..tapi ada jenjiran yang cakap tahun depan punya majlis
masing2 nak 'letak jawatan' tak pun 'pencen' dr kena masak2 ni
kita bagi la kat orang lain plak pikul jawatan tu...biar sama2 merasa..
ye dok ???

Sehari dua lagi insyallah ada meeting post mortem untuk majlis ni..
adakah meeting kali ni se'pedas' meeting post mortem majlis tahun lepas???
sama2 la kita nantikan cerita nya..
jaja tak campur..takutttttt!
^___~


Jaja'Z: Jadi pembantu2 jiran2 jek...

Sunday, October 3, 2010

Pra Open House Taman Tunas Mahkota

Open house nya hari sabtu kul 8.30 malam
tapi segala kerja dah start buat kul 3 petang hari jumaatnya lagi..
segala persiapan makanan, dan peralatan semuanya kat umah jaja
petang jumaat tu kitorang dah start goreng kacang,rebus ketupat,potong daging
kupas segala bawang2, prepare segala bahan2 untuk rendang

Sebelah malam hari jumaat plak,geng2 lelaki dah start pasang khemah kat tepi umah jaja
kitorang kat dapur plak bz dok asingkan kulit kacang tanah
untuk dibuat kuah kacang...
hitam2 la jugak tangan masing2 malam tu..walaupun penat but it was fun
Pagi sabtu jaja kena ke sekolah untuk majlis aqiqah(pic will upload later ok)
so, pagi tu jiran2 semua siapkan rendang dan kuah kacang dan
geng2 memasak lelaki plak prepare bahan2 untuk buat nasi minyak, ayam merah ngan dalca..
Geng2 kena buat lemang pun dah ready membakar lemang2 berbatang2

Lebih kurang tengah hari jaja balik dr sekolah,rendang dah siap dan kuah kacang still
dalam proses memekatkan kuah...
geng2 lelaki plak lepas zuhur dah start memasak...
sebelah petang, kitorang semua mula potong lemang, nasi impit dan buah2..
alhamdulillah, ramai jiran2 yang datang menolong..
Petang tu jugak geng2 lelaki yang bertugas bahagian persiapan tempat dah
siap sedia siapkan tempat makan dan tempat2 duduk untuk semua tetamu
termasuk setting meja makan untuk tetamu VIP..

Yang bertugas dibahagian air pun dah ready
dan menjelang maghrib,makanan pun dah siap disusun dikhemah2 tetamu..

Corat Coret Pra Open House

Biasa lah kan, sebelum majlis bermula lagi segala macam masalah dtg
terlalu banyak rasanya ketidak puasan hati timbul
terutamanya terhadap orang2 yg sepatutnya bertanggungjawab menjayakan majlis ni
  • Asalnya hanya nasi minyak,ayam merah,dalca ngan acar jek yang dimasak kat area blakang umah jaja, tapi bila sampai masanya...SEMUA makanan masak kat sini.
  • Dapur dan tong gas tak mencukupi gara2 semua makanan disediakan pada satu tempat jek,sampaikan Kak Zah pun terpaksa 'derma' dapur dia sendiri.
  • Individu yang sepatutnya termasuk AJK2 tertinggi Jiranita tak 'tunjuk muka' langsung dlm bergotong royong menyiapkan bahan2 masakkan mahupun memasak.
  • Orang yang beria 'offer' diri dalam meeting nak sediakan kuah kacang hilang tak tunjuk muka langsung tapi datang time makan2 tanpa rasa serba salah sebelah malamnya.
  • Hampir 98% orang yang menolong didapur adalah dr penduduk lorong 7 iaitu lorong jaja sendiri..yang lain plak bersenang lenang diumah.
  • Dek kerana bengang,ada jiran jaja yang mencadangkan untuk menukar header banner dr 'Jamuan Hari Raya Tmn Tunas Mahkota' kepada 'jamuan Raya Lorong 7,Tmn Tunas Mahkota.
  • Orang yang janji nak setting meja VIP pun tak nampak muka sebelah petangnya sampai 'bidan terjun' terpaksa mencari set2 pinggan mahal2 untuk digunakan kat meja VIP.
  • Dah masuk waktu maghrib,Jaja dan beberapa orang jiran terpaksa berjalan kaki mencari sendiri bekas buffet tambahan sebab alatan disewa tak mencukupi.
Aduihhhh..banyak betul dugaan
tu baru dugaan sebelum majlis....belom lagi dengar semasa majlis plak...
Tungguuuuuuuu!!!!!

Jaja'Z: Tahun depan pencen!!!

Lokasi Masak Memasak...

Hehhehe...
ni la dia lokasi masak memasak untuk open house taman jaja semalam..
kat mana lagi kalau bukan kat belakang umah jaja
sekali tengok dah macam kitorang buat kenduri kawen jek..
bak kata jiran2 kat situ

Jaja ngan Zack buat kenduri sambut menantu

Ni baru handle open house taman, kalau kenduri sendiri
tak tau la nak kata apa...
mujur la jiran2 semua bagus2, rajin belaka2 datang menolong..
tapi benornya bila buat majlis2 besar ni, memang banyak menda yg tak puas hati..
kalau la semua tau tanggungjawab masing2 dan tak biarkan orang lain buat
tugas kita, sure majlis berjalan dengan lebih lancar..


Jaja'Z: Jadi tuan rumah jek...

Yesterday The Hectic Day!!!

Actually jaja nak upload gambo ni malam jumaat hari tu lagi
tapi tak daya sangat dah nak online malam tu..

Start dari kul 3 petang sampai la ke 11 mlm jaja ngan jenjiran lain dah start bz
perpare bahan2 untuk memasak makanan utk open house taman jaja
Seriussssss memang penat, dah rasa macam buat kenduri kawen jek..

Pic kat atas tu khemah2 tempat makan untuk open house
betul2 kat tepi kawasan umah jaja...

Gambo2 sebelum dan semasa majlis open house tu, jaja upload nanti2 la ek..
badan still tak larat dan barang2 pun banyak tak berkemas lagi
kat blakang umah jaja tu..


Jaja'Z: Ketar2 lagi lutut ni kepenatan..

Friday, October 1, 2010

Open House VS Open Taman

No No No..
bukan jaja buat open house ek...
rasanya blom rezeki lagi kot jaja nak buat open2 house ni..tak mampu nak handle lagi
actually
esok memang banyak sangat program makan2 ni, dar pagi sampai lah ke malam

Pagi esok kat sekolah jaja buat majlis akikah anak2 cikgu sekolah ni
insyallah, sekor lembu tumbang, kiranya dah ala2 buat kenduri terus la..

blah petang plak
jaja ada 2 jemputan open house cikgu2 sekolah jaja yang jaja rasa
memang tak dapat nak gi..
bukan sebab tak nak, tapi start dr balik dr sekolah esok
jaja dan jiran2 satu taman akan bz prepare untuk
jamuan raya satu taman kitorang blah malam nya plak..

insyallah, jamuan raya ni akan lebih meriah rasanya sebab buat kat area tepi umah jaja
kat blah blakang umah jaja pun dah siap dipasang kanvas
untuk jenjiran masak2...
menu untuk jamuan raya esok

nasi minyak
ayam masak merah
dalca daging
acar timun
lemang
nasi impit
kuah kacang
rendang

nampak gayanya dapat la jaja membedal lemang puas2 malam esok..
maklumla raya baru2 ni tak dapat nak merasa lemang pun
Korang semua plak ada dapat invitation open house tak??


Jaja'Z: Siap sedia untuk bertugas esok..

Related Posts with Thumbnails