JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Ini Kah Yang Dikatakan Menutup Aurat ??

Gambar ni jaja dapat di Fb

Look at her....

What should we say ????
Adakah ini yang dikatakan memahami istilah 'Menutup Aurat'?

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat



Jaja'Z: Ya Allah, pelihara lah akhlak ku

Wednesday, October 13, 2010

Bila Sekali Dia Komen...

En Zack memang jaranggggggggg sekali nak drop a comment kat status2 jaja di FB
kalau dia baca pun, dia biar jek macam tu..
takde dah nak komen2 pun...

Alkisahnya hari tu jaja kuarkan status 'bengang' jaja kat Fb pasal student:

Seorang student form 5 yang berapa hari jek lagi nak amik SPM bertanya didalam kelas tadi "Cikgu, macam mana nak kira -24 bahagi 1.5 ni,tak reti la "

Cikgunya rasa nak pengsan kejap dalam 23 saat!
dah tingkatan 5,nak bahagi bentuk lazim pun tak tau2 lagi... !

Dalam banyak2 respond komen2 dari member2...alih2 terselit
komen dari En Zack
yang membuatkan jaja jadi tersengeh2 pagi2 buta kat sekolah...
^____~

That's him
Tak daya layan mamat ni tau...!

Jaja'Z: Sengeh lagi...

Monday, September 27, 2010

Nickname Kat FB Yang Tak Bleh Blah!!!

Jaja rasa memang wajar sangat la jaja buka acct FB yang lain
khas untuk student2 ngan x-student2 jaja
kalau la bercampur aduk dengan yang private
jaja rasa mau serabut dengan status ntah2 apa2 bebudak ni letak..
dengan ayat tunggang langgang,dengan tulisan bercampur aduk,
dengan bahasa sesingkat2 bahasa yang diaorang guna
dan yang tak bleh tahan sangat...
nickname diaorang tu...

Kekadang tgk rasa nak tergelak je...
Ni antara beberapa orang yang jaja sempat snap

Giler poyo!











Ada tu guna nick Jalak Lentengla,pengasah pensel la,vespa buruk la
macam2 lagi la..
Jaja ni anak murid dah beribu,puas nak tanya sapa..
tapi kalau malas sangat..jaja accept je segala request bebudak ni...
dah la guna gambo profile mengarut2..
kan senang guna nama sendiri,gambo muka sendiri..
takde la cikgu korang ni tertanya2 sapa..

tapi mujur gak takde anak murid yang tau pasal blog ni...
LEGA!!!

Jaja'Z: Nama sendiri jugak best!

Thursday, August 26, 2010

Ini Kah Ciri2 Wanita Diakhir Zaman??


Jaja ada dapat email dari sorang member hari tu..
dia ada attach kan satu Fb sorang awek ni..

Korang baca dan nilai lah sendiri...
Mana letak nya nilai keIslaman dalam diri seseorang....

Jaja'Z: Ya Allah,Kau peliharalah diri ku ini...

Monday, April 5, 2010

Kenapa Mesti Ada Dua Acct Facebook ?

Assalamualaikum
Sekarang ni kalau citer je pasal FB
sapa je yang takde FB?
Mak ngan ayah zaman skang ni pun dah pandai berFB
tujuan nya senang nak keep in touch dengan anak2
sama la jugak dengan jaja
dulu tak tau apa kebenda la FB ni..
tapi bila dah joint,jumpa plak kawan2 lama
mula la ketagih
YA..jaja memang penagih FB masa awal2 dulu
asal online je mengadap FB terus
Baca status kawan2,tengok gambar2 diaorang
Jaja bleh mengadap FB ber jam2
tapi skang ni dah biasa2 je la...lebih syok layan blog..huhuuuuuu
Bila zaman dah semakin maju dan semua orang dah ada akaun FB
termasuk la anak2 murid jaja
memula geng2 FB jaja selain member2 sekolah dan member2 kat U dulu
termasuk juga la dengan cikgu2 yang mengajar satu sekolah dengan jaja
bila dah ramai cikgu2 yang ada FB so, lagi cepat la berita tersebar luas
macam mana tak tersebar luas...ada menda sket,terus crita kat status
makanya,semua orang pun tahu...
.
.
.
.
Tak lama lepas tu...mula la nampak kelibat anak2 murid cuba nak add jaja kat FB
kalau setakat x-student yang dah habis sekolah tu..
jaja bleh consider lagi
tapi bila anak murid yang dok belajar lagi pun berebut2 nak add jaja
tak bleh jadi ni..!!!
hilang privacy jaja bila bebudak kelas pun tahu semua crita
.
.
.
Jadinya, untuk selesaikan masalah ni
maka jaja pun wujudkan satu lagi akaun FB yang baru
Nama pun guna nama 'Cikgu Jaja'
sapa yang add kat situ memang jaja accept je..
tak cakap banyak dah.
Tapi akaun FB ni jaja tak la seaktif akaun yang personal tu
lagi pun jaja agak 'kureng' sket nak baca2 status anak murid jaja
yang jaja rasa kan ' tak brapa nak dewasa'
Satu lagi jaja meluatttttt sangat baca ayat2 budak skang ni
yang terlalu suka meringkas kan perkataan2 sampai susah nak paham
.
.
.
Contohnya:
aq = aku
cyunk = sayang
chat =sihat
6t = nanti
kner = kat mana
.
.
.
banyak lagi la...puas nak kena baca betul2 baru paham
nak senang, iqnore je la...
.
.
.
so korang macam mana?
Ada FB lebih dr satu jugak ke????

Related Posts with Thumbnails