JaJa'Z Latest Stories

Sunday, June 12, 2011

Resipi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal...My Mom Stail


Selamat tengah hari semua!!!
dah siap lunch lom? jaja dah siap masak..tapi lom makan lagi...
hilang penat  memasak didapur kang, jaja makan la..
ni pun sesambil menunggu En Zack siap solat zuhur..jadinya..
jaja layan la blog ni kejap...

Jaja dah selamat clearkan stok2 yang ada kat dalam peti ais nun...
tapi idok la sampai bleh buat kenduri...
just nak habiskan 'harta' yang seciput2 jek kat dalam tu...
jadinya menu untuk hari ni jaja just masak sambal tumis udang, 
ikan cencaru sumbat sambal, daging goreng kicap dan ulam timun...sayur2 tarak!

Memandangkan jaja terlebih rajin sket hari ni..
jaja nak berkongsi satu lagi resipi yang telah diturunkan..ecehhh :p
diturunkan la pulekkkk...
yang telah diajar  ke jaja ni oleh mama jaja sendiri..
Resipi ikan cencaru sumbat ni sebenarnya macam2 stail ada...
ada yang suka letak inti cili yang ditumbuk bersama bawang,ada yang suka
letak inti lada dan kelapa...dan ada jugak yang letak hirisan daun kunyit bersama lada..
terpulang kepada kesukaan masing2
kalau tanya jaja, yang ada inti2 kelapa tu memang jaja kureng la sket..
mau jaja kuis segala kelapa tu keluar...heheh

Jom! kita semak resipi

Ikan Cencaru Sumbat Sambal,My Mom Stail....
Bahan2:
2 ekor ikan cencaru,disiang dan dibelah dibahagian belakangnya..
15 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 sudu air pati asam jawa
sedikit gula dan garam
kunyit serbuk
Sedikit air
serbuk perisa
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Gaulkan ikan yang telah disiang dan dibelah belakang dengan
sedikit garam dan serbuk kunyit
2. Kisar halus cili kering,bawang merah, bawang putih,belacan
dan sedikit air ..
3. Tumis tanpa minyak semua bahan2 yang telah dikisar tadi dan
tambahkan pati air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa.
4. Biarkan bahan2 kisar tadi tu masak sehingga betul2 kering
dengan menggunakan api yang kecil.
5. Bila sudah kering, sejukkan seketika sebelum disumbatkan 
ke belakang ikan cencaru kita tadi..
6. Akhir sekali goreng ikan sehingga betul2 garing

* Elakkan menggoreng dengan minyak yang terlalu banyak sehingga
meneggelamkan bahagian belahan ikan, kerana minyak yg banyak tu
boleh menghangitkan sambal kita dibahagian dalam..

Selamat mencuba!!!

13 Beu-T Is Talking:

Unknown said...

baru plan nak buat esok....digandingkan dgn sayur lemak labu+kacang pjg+ikan pekasam...(heheee..nak sambut en,suami balik la katakan....) klu jaja nak tau inilah masakan pertama yg akak masak stlh b'gelar isteri 9 tahun yg lalu....^____^

cara akak n jaja masak ikan ni sama je cuma bezanya rempah tu akak tambah halia n serai...;)

JaJa'Z said...

kak lieya: wah! ni kira nak mengungkap kenangan lama lah ni..sah2 mr komando berselera makan ...menambah2 la esok...

jaja tak pernah boh halia ngan serai..sebab jaja agak kureng sebab serai tu dia mcm berserat sket kan..tapi rasanya masak stail mcm mana pun memang sedap kan..

Nur Hawa Mohd Zin said...

mmg suka ikan cencaru sumbat atau bakar atau panggang :)

~izan~ said...

aduh..ni ondeway dah ni nk g mintak,ada lg tak kekeke..

jaja,nanti 25hb dtg rumah tau.nnt izan sms hehe..takpun g jemput kt rumah hehe

JaJa'Z said...

hawa: masak mcm mana pun memang sedapkan awe....

JaJa'Z said...

izan: berehhhhhh...insyallah jaja akan dtg tapi remind lagi nanti yek..takut lupa...

Kalamhati said...

sedapnyeee..
kdg2 mak kak wan dia tukar air asam jawa tu dgn perahan limau nipis..pun sedap..=)

Unknown said...

selalunya orang bubuh kelapa parut..kan??
ni tak de...
boleh cuba ni..:)

JaJa'Z said...

kak wan..boleh la jugak kot..cuma kalau boh limau..takut jd masam sangat jek...

JaJa'Z said...

diana: like i said ...jaja tak suka yg ada inti kelapa...hehhe..plain sambal jek..

geewa said...

salam..kak, sy amik resipi2 akak..boleh? halal kan ye..trima ksh..:)

Pn. Ila said...

salam..saya dah try resepi ni dan ada saya letak di blog saya..terima kasih ye..saya dah link resepi yg saya cuba ni ke blog awak.tq!

Azie said...

My feveret

Related Posts with Thumbnails