JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Catat BMI Pelajar : Cikgu2 Ni Dah Takde Kerja Sangat Ke???

(Gambo terpaksa di sensored..seksi amat)

Fuh!..ni sebenarnya nak buat entry emo sket...
nak2 plak
bila melibatkan kitorang yang bergelar guru2 ni, memang cepat jek jaja 
nak bagi komen...

Sesapa yang baca paper or tgk berita sure korang semua tau pasal
guru2 diminta untuk mencatat BMI para pelajar
ke dalam buku rekod mereka selain daripada memantau 
pemakanan para pelajar ketika berada disekolah ekoran daripada
masalah obesiti yang semakin meningkat dikalangan para pelajar...

YA ALLAH!!!!
Cikgu2 skang ni dah takde kerja sangat ke sampai terpaksa amik tau
 menda2 macam ni...
tak berkesudahan lagi tugasan2 yang sememangnya tergalas kat bahu ni
skang ni nak tambah plak dengan tugasan remeh temeh ni...

Tercatat di akhbar, katanya nasi lemak salah satu punca obesiti para pelajar,
air berkarbonat dilarang jual disekolah
sampaikan penjaja2 yang berniaga di luar kawasan sekolah pun terbabit
sama tak boleh menjual2 menda2 ni kat para pelajar...
Untuk makluman!
jaja rasa takde pun sekolah yang ada kat malaysia ni
menjual air gas disekolah!
Lain kali tolong la buat research tu lengkap2 sket...
kami pun tau air gas tu tak bagus untuk diminum...ini kan plak nak jual
kat para pelajar...

Yang menjadi persoalan nya skang ni...
kenapa mesti kepada GURU untuk diserahkan tugasan memantau tu..
pelajar rehat disekolah sekitar 20-30 minit sahaja disekolah..
dengan hanya memakan makan2an yang biasa dijual di kantin
seperti nasi lemak, mee goreng,keropok,nugget,air....dll

Tak sedar ke skang ni fast food berlambak2 dijual kat luar nun
yang sentiasa menjadi santapan diaorang2 ni diluar waktu sekolah..
dan mungkin ada jugak yg before gi sekolah, siap singgah dulu kat bahagian
pandu lalu tu..
pastu balik sekolah pun sama jugak...kang outing ngan kawan2
pun sama jugak..tetap tuju makan fast food ...

Penjaja diluar kawasan luar sekolah pun tak pasal2 terbabit sama..
ada ke hak kita nak larang diaorang semua dr berniaga..
semua tu luar dr bidang kuasa kita...
asalkan diaorang tak menjual menda2 terlarang itu pun dah cukup baik dah...

Menda2 semua ni diluar kawalan GURU...
jalan la galas kan semua beban ni dibahu GURU2 jek..
seharusnya IBU BAPA pun memainkan peranan besar dalam 
membentuk pelajar2 kita skang ni...
segalanya bermula dirumah..dan sebaik2 'guru' adalah ibu bapa mereka sendiri
IBU BAPA sepatutnya memainkan peranan utama dalam membentuk
'siapa' diri pelajar2 tersebut...

Jangan la ada yang berkecil hati dengan apa yang jaja katakan ni..
bukan nak salahkan IBU BAPA,tidak sama sekali
jaja just berkata2 melalui hati seorang GURU..
jangan la tambah lagi bebanan yang telah sedia ada dengan 
bebanan yang baru pulak..
sebenarnya semua orang kena main peranan...
yer jaja tau, jaja blom menjadi seorang ibu...
tapi kalau jaja ada anak sekali pun..for sure as a parent
kita nak yang terbaik untuk anak2 kita..

Friday, October 15, 2010

Pembentangan Budget 2011

Adakah agenda ini yang korang semua nantikan petang ni ?
jangan lupa nanti kan sama2 petang ni di TV3 start dari kul 3 petang

Agak2ya lah..ada ke tak bonus tahun ni?

hehhehehhe

Jaja'Z: Rezeki yang dapat,jgn lupa ucap Alhamdulillah

Tuesday, June 1, 2010

Pembantu Rumah Meludah Dalam Masakkan Tuan Rumah ? YuCCcKkkk

Assalamualaikum
selamat pagi semua
kepada yang tengah makan tu
jaja nasihatkan takyah la baca entri jaja ni
sebarang peritiwa 'terkembang tekak' amat dikesali ok
.
.
Ada antara korang tengok Buletin Utama tak malam tadi ?
bleh plak jaja tertengok time2 berita cenggitu
ishhhh
menyesal je rasa
berita tu memaparkan
aksi pembantu rumah philipina meludah dalam periuk masakkan
yang tengah dimasak
bukan sekali okey..
ada dalam 2 kali dia ludah!!
Tuan rumah tu syak something sebab anak dan isteri dia
jadi tak brapa2 sihat sejak kebelakangan ni
dok demam and muntah
dengan kebijaksanaan tuan rumah, dia bantai pi pasang
set CCTV kat blah dapur
apa lagi, terbongkar la rahsia si pembantu umah tu
korang tau apa tujuan dia ludah dalam masakkan tu???
bukan sebab sakit hati
or
bengang ngan tuan rumah
tapi
untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka semua
oh!!!! tidakkkkkkk
takde ke cara lain ko nak merapatkan hubungan
perkerja ngan majikan
ko sendiri
layan je la elok2
cakap or borak elok2
apa yg tuan umah soh buat, ko buat la
apa tuan umah tak suka ko buat, ko jgn la buat
apa kejadah la pi ludah plak dalam periuk tu
.
.
Jadi kepada blogger2 yang ada pembantu tu
hati2 lah
cuba2 la pasang CCTV kat dapur
mana tau kot2 ada rahsia yg bakal terbongkar ke
tu baru meludah
kot2 korang punya pembantu ada yang lagi dasyat ke
ekekekeke
.
.
.
Moral of the day
Hati2 la dengan pembantu rumah anda
^___~

Wednesday, May 19, 2010

Gula Oh!!! Gula.....

Baru jaja terasa nak buat entri pasal gula kejap tadi
terus keluar kat Buletin Utama
pasal kegawatan bekalan gula
kat Kuantan
Memang susah hati gak ni
sebab bekalan gula kat umah jaja ni pun ada tinggal
separuh tupperware je lagi
kalau bulan2 lepas
memang banyak bekalan gula kitorang
kekadang nak masuk bulan baru pun, gula bulan lepas
banyak lagi tinggal dalam stok
Tadi ke Tunas Mart pun gula takde gak
Adoiii laaaa
dah la En zack memang kaki minum air je
risau ni !!
Ada sesapa nak derma gula kat jaja?

Related Posts with Thumbnails