JaJa'Z Latest Stories

Monday, October 1, 2012

Abang Ipar Kembali Ke Rahmatullah...


Agak lama jaja menyepikan diri..
seriusly skang ni nak update blog memang sangat2 bercinta..
takde idea nak mengarang..takde mood nak tepek2 gambar..takde mood nak masak2..

Tapi kali ni..kena gagahkan jugak diri ni untuk coretkan sket apa yang berlaku 
sepanjang minggu lepas...

Sepatutnya cerita ni jaja keluarkan dr lepas hari raya hari tu lagi..
tapi dok tangguh2..sampai lah orangnya sudah kembali menemui Penciptanya...

Ni lah dugaan yang berlaku masa petang1 Syawal yang lalu..
abang ipar jaja (suami kakak) tiba2 collaps masa kami tgh syok2 borak petang raya tu..
jaja baru je sampai lebih kurang 1 jam dari Kuantan...
tengah sakan berborak tu..tiba2 abang ipar balik, dia kebetulan kena kerja
masa hari raya pertama tu...
Masa tgk dia petang tu..dah nampak sangat macam orang tak berapa nak sihat dah...
memula dia duduk..muka dah berkerut2...pastu masa dia bangun nak ke bilik..
dan time tu lah dia nak rebah...mujur En Zack perasan...
abg ipar time tu dah tak boleh nak berjalan dah..dia kata rasa sakit sangat2 kat kepala..
lepas tu terus kitaorang bawa ke pusat kesihatan Bera..
mujur la time tu MA memang ada..takde la kitaorang kena tunggu lama2 kat situ..

Time tu abang ipar jaja macam dah kena serangan stroke..mengerang sakan dah dia..
kakak jaja cuba tenang kan dia...
tekanan darah dah naik sampai 220/190 masa tu..sangat2 tinggi..
nak tak nak kena juga bawa ke Hospital Temerloh...
sebab takut keadaan abang ipar semakin kritikal..

Malam tu jaja dan adik beradik semuanya bermalam kat dlm keta kat area hospital..
abang ipar jaja kritikal dah...
pembuluh darah dah pecah sebab tekanan darah terlalu tinggi..
kencing manis pun naik..jantung lemah....
sedih sangat2 tgk keadaan abang ipar jaja time tu...
kesian kat kakak dan anak2 dia pun ye jugak..kakak jaja tak henti2 menangis...
memang tak sangka2 sangat..sebab time tu tengah seronok2...

dipendekkan cerita..abang ipar jaja 4 hari di Hospital Temerloh
dan lepas tu terus dibawa ke HKL disebabkan Hospital Temerloh yang kekurangan tenaga pakar..
kat HKL...kakak kata kadang2 abang ipar ok...
walaupun abang ipar sedar tapi keadaan dia lemah..
bernafas pun still gunakan bantuan oksigen...darah beku kat kepala still tak bleh nak buang
sebabnya tekanan darah tinggi, so operation tak dapat dijalankan...

Selepas hampir sebulan kat HKL, kakak kata dalam kepala abang ipar ada byk air
dia kena tebuk kat kepala utk keluarkan lebihan air tu...
sadis jaja dengar...badan yang kurus tu makin kurus kata kakak sebab tak makan..

Dan malam hari rabu yang lepas..kakak jaja call...
katanya abang ipar jaja semakin kritikal..jantung dah lemah and just guna
mesin bantuan hayat jek..
Akhirnya..pagi khamis dalam kul 9.20 pagi ..abang ipar jaja telah kembali ke Rahmatullah..
walaupun agak terkejut dengan pemergian abang ipar..tapi dlm hati tetap redha..
jika itu adalah kesudahan yang terbaik..

Tengah hari tu jaja dan En Zack pun bergegas terus ke Temerloh..
dan alhamdulillah jaja sampai sejurus selepas jenazah sampai dirumah mak..
jaja sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir...
dan itulah kali pertama jaja melihat mayat dikalangan ahli keluarga sendiri..
jenazah memang dah siap2 dimandi dan dikapankan dr HKL lagi..
mudah sebenarnya macam tu..sbb perjalanan balik jauh..
bila sampai tu just tinggal untuk disembahyang kan..dan terus dikebumikan je..

Lepas solat asar, jenazah dikebumikan..
jaja pun kali pertama jugak menghadiri majlis pengkebumian..
jaja tgk dr mula mayat dibawa masuk ke liang lahat sampai lah selesai
bacaan talkin....
tangan jaja ni tak henti2 dr memegang tangan kakak jaja...
sedih sangat2 tgk keadaan kakak masa tu...
dia hilang tempat bergantung...hilang tempat mengadu..hilang tempat bermanja..
namun kakak jaja kena kuat demi anak2 dia...
cuma yang merisaukan dia....dia risau sbb dia tak bekerja..hanya bergantung pada
duit upah mengasuh je...
tapi jaja tak lah risau sangat sebab umah kakak berdekatan dengan umah keluarga..
dan bapak jaja pun memang hari2 ke rumah kakak...
sekurang2nya tak la dia kesunyian sangat...apa2 yang boleh jaja bantu..
insyallah jaja akan bantu dia seberapa yang boleh...

Dari Allah kita datang..kepada Allah jua kita kembali..

Al-Fatihah
Ismail b Haron
8 Nov 1974 - 27 Sept 2012

Semoga roh mu dicucuri rahmatNya...

6 Beu-T Is Talking:

Cik Puan Izan❤ said...

sedihnya baca cerita ni...sakitnya seakan sama dengan arwah mak mertua adik ipar... arwah meninggal masa bulan puasa hari tu... semoga arwah abg ipar jaja tenang di sana... Amin

Kasih Suci said...

Salam takziah buat akak sekeluarga

KakNi (CikNi Ahni) said...

alamak malu nyer saya sebab orang dok cerita sedih kematian orang, saya pulak dok sedih2 sebab kematian kucing... walau apapun, al fatehah untuk arwah yang telah pergi, semoga arwah diampunkan dosa nya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan ahli syurga.

JaSSNaNi said...

sedihnya... allah lebih menyayanginya... redha dan sentiasa berdoa semoga arwah di tempatkan bersama golongan yg beriman.. al-fatihah..

Kniedaz said...

Takziah buat mereka..semoga yang tinggal tabah mengharungi masa depan

Messy Mummy said...

takziah buat kakJaja sekeluarga. Semoga kakak k.jaja tabah menerima ujian-Nya.

sayu hati baca. kebetulan kawan MM&MOk baru 3 days ago kena mild stroke...

al-fatihah buat arwah...

Related Posts with Thumbnails