JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, August 7, 2012

Resipi : Gulai Tumis Darat Terung dan Ikan Talang Masin

Hah! amik kau..kemain panjang tajuk nama menu...
tu nama panjang nya lah..nak ringkas2..
korang panggil jek gulai ikan masin..tu nama yang tak berapa glamour lah..
hheheh

Jaja pun tak sure bila jaja start minat makan gulai ni...
yang jaja ingat..last year kot..
masa tu jaja balik ke kampung di Perak..
pastu ada jiran mama bagi terung bulat2..banyak plak tu..
pastu jaja tgk mama buat style gulai macam ni..
and mama letak ikan masin sekali..
bila makan jekkk....huishhhh sedap rupanya...
apa lagi..terus la jaja godek2 resipi and tanya mama macam mana nak masak ...

Lepas2 tu apa lagi...
banyak kali jugak jaja try buat menu yang sama lepas dah balik ke Kuantan..
yang suprise sangat2 tu..
En Zack kemain suka dengan menu gulai ikan masin ni...
beria dia makan ikan2 masin kat dalam gulai tu...
tapi ikan masin je lah..terung tu dia tak makan pun...
terung2 tu..jaja yang tolong settlekan..hehehhe

Pada jaja , ikan masin yang paling sesuai ialah tulang ikan talang..
sebabnya ikan talang ni kan keras sket...
if kita guna ikan2 masin jenis lain yang halus and kecik2...
maybe nanti ikan masin kita tu mudah jadi hancur...
kang last2 takde apa yang tinggal...

So, meh kita semak resipi yek...


Gulai Tumis Darat Terung dan Ikan talang Masin

Bahan2:
  • 200g Tulang ikan talang
  • 3 biji terung bulat dibelah 4 setiap sebiji
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah ikan
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh biji sawi
  • minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk perasa dan garam jika perlu
Cara menyediakan:
  • Potong ikan talang masing dalam saiz sederhana dan rendam seketika untuk mengurangkan rasa masin
  • Didalam periuk,masukkan ikan masin tadi berserta dengan air putih lain dan masak bersama serbuk kari sehingga rempah kari masak.
  • Masukkan terung serta santan dan biarkan masak sehingga terung menjadi lembut.
  • Didalam kuali,panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih,daun kari dan biji sawi.Tumis sehingga bawang agak kekuningan.
  • Selepas bawang berubah warna kekuningan,curahkan kesemua bahan2 yang ditumis bersama2 minyak masuk ke dalam periuk berisi gulai kita tadi.Kacau seketika dan bolehlah ditambah serbuk perisa dan garam jika perlu.Dinasihatkan supaya rasa terlebih dahulu sebab ikan masin kita td sudah masin.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan...
Mudah je kan???
if nak pelbagaikan menu ni..boleh gantikan terung kita tu dengan nenas..
pun boleh jugak..sedap pun sedap...

SELAMAT MENCUBA
^___~


2 Beu-T Is Talking:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baguslah bekerjasama menghabiskan lauk tu, sorang tolong makan ikan masinnya, sorang tolong makan terungnya, ekeke...

KakNi said...

oh sedap nyer nom nom nom.... lama dah x masak gulai ikan masin.. nape ek... sebab kalau masak nnt makan byk sgt... ho ho ho...

Related Posts with Thumbnails