JaJa'Z Latest Stories

Tuesday, July 3, 2012

Resipi : Daging Bakar Black Pepper

Kita skip kejap citer pasal Karnival Kokuria tu dulu yek...
meh jaja nak tayang satu lagi resipi yang jaja nak kongsikan dengan pembaca2 semua...
echeeewahhh..dah macam bunyi penulis buku resipi plak..
hew hew hew....:p

Resipi yang sangat2 la ringkas nak buat..and rasanya pun sedap...


Daging Bakar Black Pepper...

Bahan2:
  • 1/2 kg daging lembu ( ambil bahagian isi tak berlemak)
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam LIFE
  • 2 sudu minyak masak
Bahan2 sos
  • Lebihan bahan2 perapan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar sos lada hitam LIFE
  • sedikit air

Cara menyediakan:
  • Potong daging dalam anggaran 2 inci tebal, bersih dan tos kan air
  • Gaulkan daging td bersama semua bahan2 perapan dan simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam
  • Panaskan kuali non stick, dengan api perlahan bakar daging tadi sehingga daging sempuk dan masak
  • Dalam kuali lain, masukkan lebihan bahan2 perap tadi bersama butter,sos lada hitam dan sedikit air.
  • Kacau sos sehingga sos kelihantan berkilat dan pekat
  • Daging yang telah 'direhatkan' tadi bolehla dipotong nipis..dan sedia untuk dihidangkan...



En Zack memang suka sangat makan daging style jaja masak mcm ni...
nak2 lagi kalau time panas2..
cumanya beberapa tip untuk masak daging ni...
pastikan api memang sederhana ...
Baru la daging kita daging tak hangit dibahagian luar and mentah diblah dalamnya plak..
kang tak sedap la plak kan...

Selamat mencuba semua....
^____~


10 Beu-T Is Talking:

Cik Suheela said...

sedapnyeee daging tu.....

H A N said...

Assalamualaikum...

Apa2 dengan Black Pepper, semua saya suka...

dieya said...

fuiyooo.. cun laa gambo makanan kali ni.. amik tutorial dari cikgu kat spain tu ke?

ker.. pinjam gambo encik google???

JaJa'Z said...

dieya..tak mampu lagi akak nak ikut tutorial cikgu spain tu..sebab camera cikai jek..tak kuasa nak berprop2 bagai..hehehhe.tapi mana tau one day kan..hehehh

Gadis Kampung said...

sedapnyer tengok daging nie...gambar pun cantik sgt menyebabkan GK terliur...

cikgu_aare said...

adeii kak jaja!terliur dah ni..
hari jumaat nak pergi pasarla..nak beli daging fresh.kompem hubby suka.dia memang hantu daging..

fisha_leo89 said...

salam , kalau nak sedap perap brape jam yew?

JaJa'Z said...

@fisha_leo89kalau nak sedap..u bleh peap semalaman..if esok tu nak makan..perap dr malam tu lagi..and simpan dlm freezer..esok juast bakar jek..

Unknown said...

tgh hari td sy try resepi ni... tp sy tak jumpa rempah paprika jd sy gantikan dgn serbuk kari daging plus serbuk lada. yg lain semua ikut resepi... sehingggakan suami sy kata "marvellous"... mmg sedap.....

norsadira said...

Nak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri

Related Posts with Thumbnails