JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, July 25, 2012

Dugaan Di Bulan Puasa...

Semalam dugaan melanda...
bila tengah puasa ni, dengan badan letih and tekak dahaga...
pastu bebudak kelas plak buat hal..memang cepat la jaja ni rasa nak naik angin...

Kadang2 menda remeh macam ni yang boleh menggugat kesabaran kita...
hati ni dah cuba bersabar..bertahan dan bertahan..
tapi nampak gayanya kalah juga...
Pastu mula la suara ni nak naik tinggi jek..

Jaja ni sampai penat dah nak tegur..malas nak cakap banyak...
jaja sampai suruh jek bebudak ni keluar dr kelas...
sebab terlalu byk gangguan masa nak mengajar...tention betul rasanya...
kita mengajar dia bercakap..borak tah apa2 pastu gelak giler2 sampai terduduk2 kat lantai..
punya lah masing2 geli hati...
sekali buat kita tegur..tapi bila dah dua tiga kali tegur tapi dok mcm tu jugak..
baik keluar je lah dr kelas...
tapi bila suruh keluar..masing2 buat keras jek kat kerusi sambil sengeh2..
emm...

Ya Allah..kau bagi la kekuatan pada hamba mu yang lemah ni..


Walaupun penat, geram and sakit hati...masak tetap masak jugak...
Untuk iftar semalam jaja masak gulai ikan tenggiri..
masaknya seketul jek..siap belah lagi jadi dua..
tapi itu pun tak habis sampai ke sahur tadi...haishhh..

Untuk En Zack ,jaja masak something pebret dia...

Sambal tumis ikan bilis dan petai...
petai tu jaja beli dua hari lepas lagi dah...kecik2 je tu sebenarnya...
tapi bila pic ni di close up..tu yang nampak mcm besar2..walham..emmm..
hehehhehe

dan style jaja kalau buat sambal tumis ikan bilis petai ni...
jaja suka goreng dulu bilis tu bagi garing2 then baru jaja masukkan dalam sambal tumis..
kalau tak digoreng, rasa macam lembik2 jek bilis tu...
nak makan pun tak berapa nak syok...

dan satu lagi lauk tambahan...

ayam goreng rempah...
tiga ketul ni..tiga2nya untuk jaja..hehehhe
suami ku itu mana makan ayam sangat..dia kalau dah dapat ikan goreng..
ayam2 ni memang dia tak pandang langsung dah...

Untuk ayam berempah ni jaja just perapkan ayam dengan garam dan kunyit,
pastu jaja masukkan sesudu serbuk kari daging,serta bawang merah, 
bawang putih dan cili yang diblend...
perap kejap dalam satu jam..pastu baru digoreng dengan api sederhana...




4 Beu-T Is Talking:

dieya said...

b zack tak makan ayam??? ruginya.

lama tak makan sambal petai. nak cari lah.

JaJa'Z said...

abg zack bukan tak makan langsung dieya..but if ada choice lain, memang dia tak sentuh ayam ni..dia muak..

KakNi (CikNi Ahnie) said...

ayam berempah tu sesuai untuk budak2 kan... mak budak pun okeh!

JaJa'Z said...

Kak Ni..bebudak memang suka sangat la kalau ayam2 ni..laju jek makannya..lagi pun ayam ni tak pedas..

Related Posts with Thumbnails