Jaja kini masih di Penang...
Insyallah, kami suami isteri akan bertolak pulang ke Kuantan pagi esok(sabtu)...
jika tiada sebarang perubahan ...
Saudara2 jaja pun semakin beransur pulang ke destinasi masing2...
dan majlis tahlil untuk arwah ayah selepas solat jumaat td pun..
telah berjalan dengan lancar...
Sebelah pagi sebelum majlis tahlil bermula...
jaja duduk didalam bilik mama..berborak2 dengan mama..
dan topik perbualan kami semestinya berkisar tetang ayah...
mama menceritakan detik2 terakhir sebelum ayah disahkan meninggal...
dan jaja bersyukur...mama disisi ayah semasa ayah 'pergi' mengadap Ilahi...
semasa berborak..kami belek2 sijil kematian ayah..
kami belek2 wallet ayah yang ayah tinggalkan..ada kad2 bank..
ada lesen memandu....
and tatkala memandang wajah ayah..hati jaja mula menahan sebak...
hakikatnya..ayah sudah pergi meninggalkan kami selama2nya...
dan air mata ni mengalir dengan lajunya...
Sepanjang ayah terlantar koma dihospital sampailah skang ni ayah sudah meninggal...
tak pernah sekali pun jaja tengok mama menangis....
berbeza dengan jaja yang akan menangis setiap kali berbicara tentang ayah...
"Mama tak menangis ke...? mama tak sedih ke ayah dah meninggal?"
itu soalan yang jaja ajukan pada mama....
Jawab mama....blom masanya untuk dia menangis....
sehinggakan dulu sewaktu arwah opah dan tok ayah jaja meninggal pun mama tidak
mengalirkan air mata langsung....
wajah mama sentiasa tenang..ceria...dan tabah menghadapi ujian dr Allah kali ini...
jaja berdoa supaya jaja juga dapat menjadi setabah mama...
walaupun sewaktu menaip entry ni, air mata jaja juga laju mengalir...
Ya Allah...kau panjangkan lah usia mama ku..kerana sesungguhnya perasaan yang aku rasakan sekarang ini...terlalu amat2 menyiksakan...
5 Beu-T Is Talking:
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah k jaja. kuat betul semangat your mama. maybe dia takmo anak2 dia tengok dia sedih. semoga k jaja sekeluarga tabah menghadapi hari2 mendatang.
jaja...mak akak pun camtu gak, ms doktor panggil btau dia dh cuba sedaya upaya tp x berjaya kami adik beradik dh meleleh airmata. mak tak menangis pun yang keluar dr mulut hanyalah..Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. akak tau mak sedih tp tak terkeluar air mata pun
dieya..mama akak mmg jenis mcm tu..dia jarang sedih..akak rasa last sekali dengar dia menangis masa akak darjah 5 dulu..lama kan? i know she's the strongers women ever...
kak lela...mama jaja masa kat penang..bleh buat2 lawak la jugak dengan adik beradik ayah..dia memasak..berbual..berborak dengan jaja pasal ayah pun dia steady jek..kita ni dah berjurai2 air mata..mama jaja mmg kuat kak..
Innalillah...al fatihah untuk arwah ayah sis...semoga sis tabah ye :)
Post a Comment