JaJa'Z Latest Stories

Monday, April 25, 2011

Resipi : Ketam Berlada Seri Wangi...

Lama rasanya jaja tak update pasal resipi kan..
dah alang2 mencuba resipi baru..nak le jugak jaja tepek kat blog ni..
mana tau, ada dr kalangan pembaca2 blog jaja ni yang nak mencuba..
yang pastinya resipi ni memang sedap dan ringkas nak disediakan..

Ketam Berlada Seri Wangi
Bahan2nya :
2 ekor ketam
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
sedikit belacan
1/2 mangkuk air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam,serbuk perisa dan gula
minyak 
beberapa helai daun limau purut

Cara menyediakan:
1. Goreng ketam yang telah dibasuh dan ditoskan airnya seketika
dengan sedikit minyak..
2. Tumis kan bahan2 yang telah dikisar halus
(cili kering,bawang putih,bawang merah halia dan belacan) 
sehingga naik bau dan pecah minyak..
3. Masukkan air asam jawa ,gula,sos tiram,sos tomato serta sos cili
dan kacau seketika
4. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi, taburkan 
daun limau purut yang telah dihiris nipis serta serai yang telah diketuk..
5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perisa dan kacau rata hidangan 
sebelum diangkat dan dihidangkan..

Selamat Mencuba 
^___~

9 Beu-T Is Talking:

Nur Hawa Mohd Zin said...

menelan..menelan awe ni

Wanzi said...

tertelan air liur bila singgah tengok masak ketam ni....

JaJa'Z said...

hawa: telan apa? air liur ke dik? hehhehhe

JaJa'Z said...

wanzi: takpe2..tertelan air liur tak batal puasa..hehhehe..

dieya said...

tambah order yek.. ketam berlada satu!
teringat chilli crab kat singapore.. walla!

JaJa'Z said...

dieya: bleh2..nak berapa kilo? bleh akak masak..lepas makan mau berpinar2 mata sebab pedas giler2..hehhe

JaJa'Z said...

This comment has been removed by the author.

Mamamya said...

fuhhh...selalu tayang udang..kali ni mak ketam pulak...heheheheh.....sgt menggoda ropamu wahai sang ketam...x blh jadik nak kene pi cari ni....

akak klu masak berlada cenggini suka pecahkan telor....bagi kuahnya pekat2 gitu....mmg menjilat pinggan klu mkan...kikikiki.....:D

JaJa'Z said...

kak lieya: sekali sekala tukar menu..tapi sian..sebab isteri jek bedal dua2 ekor..suaminya bleh cubit2 jek rasa..allergic la katakan..jahat tak? hehhe..

kali ni jaja buat terlebih cili..agak pedas..nak pecah kan telur pun rasa macam tak syok jek..pedas ternganga2...

Related Posts with Thumbnails