JaJa'Z Latest Stories

Sunday, January 16, 2011

Resipi : Daging Goreng Seri Rampai...

Selamat malam semua..
ada yang dah menguap2 nak tido ke?
jaja pun boleh tahan jugak ni..mata pun dah terkedip2 mintak ditutup..
tapi tangan ni tak nak plak berenti dr menaip..jadi, layan kan je la...

Dah agak lama jaja tak masak lunch untuk En Zack..
asyik2 makan lauk dr kedai jek..kesian gak kat dia..hari2 lauk yang sama..
pusing2 ikan keli..esok ikan keli..lusa ikan keli...
hahhaha
so hari ni jaja teringin la nak masak something untuk jamu suami tersayang makan..
tak la special mana pun...boleh la setakat nak sendawa dua tiga kali tu..
heheheh
jom,kita kongsi resipi..senang dan ringkas jek nak buat menu ni...
yang tak selalu ke dapur pun bleh masak dengan cemerlang nya...:p

Daging Goreng Seri Rampai...
Bahan2nya:
1/2 kilo daging ( dihiris nipis )
1 biji bawang besar (dimayam nipis)
1 batang caleri
1/2 biji lada benggala hijau ( dipotong dadu )
1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris nipis)
2 inci hali ( dimayam nipis)
beberapa helai daun bawang
1 bii cili merah
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1 1/2 cawan air
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Gaulkan daging yang telah dihiris nipis bersama garam dan kunyit sehingga rata..
2. Panaskan minyak dan kemudian goreng daging tersebut sehingga bertukar warna...
3. Masukkan air dan biarkan sehingga daging empuk dan air menjadi kering..
4. Sesudah daging empuk, masukkan sos tiram serta kicap pekat dan digaul rata..
5.Akhir sekali masukkan bawang,lada benggala,halia,daun bawang,tomato ,cili merah
serta batang caleri dan kacau seketika.
6.Setelah siap, bolehlah diangkat dan dihidangkan panas2...

Selamat Mencuba!!!

Jaja'Z: Masak menda2 yang sedap adalah nikmat..

0 Beu-T Is Talking:

Related Posts with Thumbnails