Ni entry auto publish yek kawan2..sebab time ni jaja bz dok jaga exam SPM..
so, seperti yang dijanjikan..
untuk sesiapa yang berminat dan teringin nak mencuba buat mee rebus ni.
jom kita tgk macam mana nak menyediakan nya ..
Bahan2 :
- 3 bungkus mee kuning
- 1 kg tulang lembu
- 1 peket kecil cili boh
- 7 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- segenggam udang kering
- segenggam ikan bilik
- 1 sudu serbuk kari
- 4 biji ubi keledek oren
- 200 g udang segar
- 3 keping fish cake
- 1 paket fish ball
- 10 biji telur ayam
- 4 biji cili merah
- 3 keping tauhu
- 3 biji ubi kentang
- daun bawang
- bawang goreng
- garam dan serbuk perisa
- minyak
Cara menyediakan :
- Cuci dan bersihkan tulang dan kemudian direbus sehingga empuk
- Rebus ubi keledek bersama air sehingga empuk dan dikisar sehingga halus.
- Kisar cili boh,bawang merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis dan kemudian di tumis dengan minyak sehingga pecah minyak
- Masukkan 1 sudu serbuk kari dan gaul sehingga rempah betul2 masak
- Apabila rempah sudah pecah minyak , masukkan daging serta tulang bersama air rebusan ke dalam periuk dan dibiarkan didih seketika.
- Setelah mendidih, masukkan ubi keledek oren yang telah dikisar
- Seterusnya masukkan udang segar, fish cake dan fish ball dan biar kan sehingga kuah kelihatan pekat
- Perasakan kuah dengan sedikit garam dan serbuk perisa.
- Tidak digalakkan memasukkan gula kerana ubi keledek memang dah manis
Hiasan:
Telur rebus, tauhu goreng,kentang yang direbus,daun bawang,hirisan lada merah
dan bawang goreng..
Selamat Mencuba
Jaja'Z: Sharing is caring
14 Beu-T Is Talking:
ohh dah copyyy
salam jaja, betul ke students kena repeat paper BM?
wahhh.. sedapnya! mi rebus ni yg kuah dia kaler kuning pekat kan?
kat kl susah dapat laa.. selalu nampak mi kari je kat pasar malam.
wah sedapnya jaja...my fav ni..:)
agagaggagaa cedapppp
tq jaja...akak dah copy....buatnya x tau lah bila nih..... :)
Teringat masa mkn mee rebus tulang restoran Kopi Kampung di Alor Star. Sedap... yummy... (^.^)
bee: cepat2 try tau...
K Nor..takde lah kak..jangan dengar khabar2 angin..
dieya: kaler kuah ni macam oren2 sket la sebab letak ubi oren tu..but memang sedap amat2..bukan nak puji akak buat sedap..sebab akak memang suka..
nieza: hehhe..sama la kita..jaja pun sukaaaa
lelord: cepat la try buat kat Qatar nu..makan time sejuk2 memang best..
kak lieya: buat la b4 bersalin..kalau tak, takut terlapuk je la dalam pc tu recipe nya..hehhehe
mawar merah: ni version utara kan...memang sedap kan..hehheh
Post a Comment