Jangan berangan okeyyyy..semuanya nak free, banyak la cantik muka tu kan..
hehhehe
No lah, jaja just dapat 1 session free jek...
Kebetulan salah seorang kakak kat sekolah jaja,dia dapat 2 vaucer free session ni
tu yang di bagi kat jaja satu..
I love u lah kak...
Macam tau2 jek jaja ni mmg dah lama nak merasa menda2 ni..
Mengikut cerita Kak 'TUT"
( Nama terpaksa dirahsiakan)...
memang syok giler la treatment yang London Weight ni bagi..
walaupun pun free session,tapi dekat 3 jam jugak treatment dia buat..
bukan cikai2 punya treatment tau..
kadang2 kalau menda2 free ni, orang buat lebih kurang jek selalunya..
tapi Kak 'TUT' cakap teramattttt la best dan puas hati..
Memula katanya ukuran badan kita akan diambil dan ada sedikit perbincangan la dengan pakar berkaitan dengan
habit makanan kita seharian,aktiviti apa yang kita buat...
Lepas dah bincang segala, baru la kita di bawa untuk 'mandi' wap dalam 30 min dalam bilik sauna..
nak bagi badan berpeluh,badan jd lembut sket sebab lepas mandi wap tu
bermula la proses 'uli menguli' badan dengan ramuan khas untuk memecahkan lemak,membuang
lebihan air serta toksin yang ada dalam badan ni...
lepas dah segala ceruk badan ni kena uli,lepas tu baru la seluruh badan ni
di balut dengan plastik khas dan kita dibiarkan berehat selama lebih kurang 1 jam..
Bak kata Kak 'TUT"...
air dekat suku baldi keluar dr badan lepas buka plastik tu..
Wah!
Banyak tu!!!!
Air banyak keluar dan ukuran badan akan berkurangan sket dr ukuran memula dia amik tu
Kak 'TUT' pun cakap, badan dia jadi lebih ringan,bertenaga dan tak penat..
Tu baru sekali treatment, blom amik package dia betul2 lagi..
agaknya sebab tu la orang bleh kurangkan berat berkilo2 tu kan...
Lepas dari pada tu,pakar tu akan bagi lagi beberapa tip pemakanan dan cara macam mana kita nak kawal
pengambilan kalori dalam pemakanan kita seharian..
Dan jika kita setuju, baru la dia akan terangkan pasal package yang ditawarkan kat situ pulak..
Dengar macam best je kan...?
Jaja pun tanya la brapa harga package tu dekat Kak 'TUT'
Untuk 10 sesi RM3K++ jek
3 ribu???
mak datukkkk...bleh tahan mahalnya..
gitu la gayanya kalau nak kuruskan badan kat tempat2 pakar ni
kalau tak main ribu2 memang tak sah la...
So, jaja pun skang ni tengah berkira2 bila la nak pi dapatkan free session ni
hari sabtu ok jugak kan...ala2 rehatkan badan gitu..
Tapi dari banyak2 cerita Kak 'TUT' semua jaja okay..
tapiiiiii
tang kena tanggalkan semua pakaian and just pakai underware 'kecik giler' jek
tu yang buat jaja tetiba rasa mcm tak bleh nak terima jek...
Tapi Kak 'TUT' selamber jek...
Jaja pun kena selamba jugak lah nampak gayanya...
So, ada kengkawan yang dah berpengalaman? meh kita kongsi cerita okey...
Jaja'Z: Bila la nak slim ni...
9 Beu-T Is Talking:
jaja,
ita penah amek pakej kat LWM ni... time tu lom masuk tv lagik.. baru bukak... betul ape akak "TUT" tu cakap.. semuanya betul... tak dinafikan.. memang best... serius...
tapi satu je nasihat ita...
tak bermakna dapat baucer free tu "free"... kene baca betul²... ada terms & condition nyer...
cam ita penah terkena ngan LWM kat Klang Parade (tapi skang da pindah kat bukit tinggi klang)...
die cakap ita dapat 1sesi free... TAPI!!!!! ita kene beli pakej RM1k something... ehehhhe...
sendrik mau ingat laaaa.....
pernah terkena dgn LWM kat midvalley...nak cube jek yg pakej RM18 tp last2 kena paksa beli treatment die baru boleh buat yg RM18 tu...huh serik..takmo pergi lag kecuali dah betul2 kaya.
ita: sure skang ita dah slim kan..hehhe ..jaja tak sure la yang ni macam mana kan..tapi yang kak TUT tu pergi dan dah buat memang free..memang takde kena bayar apa2 pun..harap2 dapat la jaja merasa treatment tu..kalau tak, gigit jari je la...
anne: ish..risau jugak bila dah sampai 2 orang citer menda yang sama ni..nampak gaya kena check semula la dengan Kak TUT..kang kena bayar2 plak, naya jek..nak joint package tu tak mampu rasanya..bukannya kita ni anak tokey balak pun..hehhehe..nanti jaja tanya semua la ok..
Hahhaha..treatment dia mmg ok..Tapi diet kena katat gak. Salah seorg kwn blogger sue juga pernah guna. Sue sendiri pernah dapat pakej yg RM18 tu..Mak ai..sampai sekarang masih dapat call dpd diorg..bila nak buat treatment. Tapi ada yg cakap..memang kalau dah pg sana..ssh nak lepaskan diri..depa akan usha pujuk kita amik treatment diorg.hehhehehe...tak tau la kan..sue pun mmg mcm jaja gak..sgt teruja nak kesana. Mau kurus juga..ekekekekkee
sue: tu yang jaja takut tu..takut kena bayar apa2 tak pun diaorag dok kejar kita sampai sudah..kalau duit jaja ni berkepuk2 dalam bank..sedap gak nak gi kan...mahal tu....
My fren pun dah pergi utk free treatment LWM tu. Memang betul yang ibh cakap. Diorang kalau bab pujuk-memujuk memang cekap. Bukan setakat pujuk jer tapi lebih kpd mendesak.
Saya plak pernah pergi free treatment kat Mayfair. Tapi tak best macam LWM. Diorang just ambik ukuran badan, pakaikan cream, wrapping & terangkan pakej yg diorang ada. Bab yg terangkan pakej tu yg paling lama. Beria-ia suruh kita ambik. Lepas tu siap follow up by phone lagi, suruh kita ambik pakej yg diaorang offer. Paling murah konon, tapi makan ribu-riban jugak. Last sekali cakap dgn dia, I dah tak tinggal kat KL lagi. I dah balik kg ka Kelantan. Kat tempat I takde Mayfair. Lepas dari tu baru stop call.
syue: scary la jugak bila pk diaorang akan call jek...so far kakak sek jaja yang gi tu takde plak orang2 LWM call dia..kalau jaja gi pun, nak state kan awal2..sayan dtg untuk session yg free jek..bayar2 tak mau..
Jaja awak dah pergi ke buat free treatment tu?
Post a Comment