Jangan berangan okeyyyy..semuanya nak free, banyak la cantik muka tu kan..
hehhehe
No lah, jaja just dapat 1 session free jek...
Kebetulan salah seorang kakak kat sekolah jaja,dia dapat 2 vaucer free session ni
tu yang di bagi kat jaja satu..
I love u lah kak...
Macam tau2 jek jaja ni mmg dah lama nak merasa menda2 ni..
Mengikut cerita Kak 'TUT"
( Nama terpaksa dirahsiakan)...
memang syok giler la treatment yang London Weight ni bagi..
walaupun pun free session,tapi dekat 3 jam jugak treatment dia buat..
bukan cikai2 punya treatment tau..
kadang2 kalau menda2 free ni, orang buat lebih kurang jek selalunya..
tapi Kak 'TUT' cakap teramattttt la best dan puas hati..
Memula katanya ukuran badan kita akan diambil dan ada sedikit perbincangan la dengan pakar berkaitan dengan
habit makanan kita seharian,aktiviti apa yang kita buat...
Lepas dah bincang segala, baru la kita di bawa untuk 'mandi' wap dalam 30 min dalam bilik sauna..
nak bagi badan berpeluh,badan jd lembut sket sebab lepas mandi wap tu
bermula la proses 'uli menguli' badan dengan ramuan khas untuk memecahkan lemak,membuang
lebihan air serta toksin yang ada dalam badan ni...
lepas dah segala ceruk badan ni kena uli,lepas tu baru la seluruh badan ni
di balut dengan plastik khas dan kita dibiarkan berehat selama lebih kurang 1 jam..
Bak kata Kak 'TUT"...
air dekat suku baldi keluar dr badan lepas buka plastik tu..
Wah!
Banyak tu!!!!
Air banyak keluar dan ukuran badan akan berkurangan sket dr ukuran memula dia amik tu
Kak 'TUT' pun cakap, badan dia jadi lebih ringan,bertenaga dan tak penat..
Tu baru sekali treatment, blom amik package dia betul2 lagi..
agaknya sebab tu la orang bleh kurangkan berat berkilo2 tu kan...
Lepas dari pada tu,pakar tu akan bagi lagi beberapa tip pemakanan dan cara macam mana kita nak kawal
pengambilan kalori dalam pemakanan kita seharian..
Dan jika kita setuju, baru la dia akan terangkan pasal package yang ditawarkan kat situ pulak..
Dengar macam best je kan...?
Jaja pun tanya la brapa harga package tu dekat Kak 'TUT'
Untuk 10 sesi RM3K++ jek
3 ribu???
mak datukkkk...bleh tahan mahalnya..
gitu la gayanya kalau nak kuruskan badan kat tempat2 pakar ni
kalau tak main ribu2 memang tak sah la...
So, jaja pun skang ni tengah berkira2 bila la nak pi dapatkan free session ni
hari sabtu ok jugak kan...ala2 rehatkan badan gitu..
Tapi dari banyak2 cerita Kak 'TUT' semua jaja okay..
tapiiiiii
tang kena tanggalkan semua pakaian and just pakai underware 'kecik giler' jek
tu yang buat jaja tetiba rasa mcm tak bleh nak terima jek...
Tapi Kak 'TUT' selamber jek...
Jaja pun kena selamba jugak lah nampak gayanya...
So, ada kengkawan yang dah berpengalaman? meh kita kongsi cerita okey...
Jaja'Z: Bila la nak slim ni...


