JaJa'Z Latest Stories

Friday, August 20, 2010

Hanya Kerana Sehelai Daun Pisang...Terpaksa Aku 'Usharr' Mamat Tu...

Rileks rileksss...
entry tajuk memang tak bleh blah sket malam ni
heheheh
NO NO NO
jaja tak mengorat mana2 mamat pun..
jaja still setia dengan En Zack la..

Petang td lepas En Zack balik dr sembahyang jumaat
sesambil baring2 kitorang dok borak2
dan last2 En Zack ajak jaja berbuka kat umah jek hari ni..
jaja no hal, lagi la suka
tapi part yang paling menyampah bila nak kena tentukan
apa la menu nak masak malam ni...
kalau tanya pendapat En Zack nak masak apa alamatnya
macam 'buang karen' jek...
dia dok mengarut lagi ada la..soh beli peha kambing la..soh masak ikan 1 rasa lah
kalau ke En Zack
tanya macam tak tanya jek dan last2 jaja jugak yang kena decide
nak masak apa...

Last2 dah buntu sangat, jaja call mama then tanya apa mama masak malam ni
dan akhirnya terkeluarla idea ayam masak lemak cili api
Set!!!
Ayam masak lemak cili api, lala berlada
dan tetiba jaja terasa nak buat ikan bakar simple2
En Zack pun dah approve
TAPI
kat mana plak jaja nak tibai daun pisang ni???
pikir punya pk...last2,
takpe lah, maybe kat pasar ada!

Jaja pun ke pasar petang td nak beli ayam ngan ikan serta bahan2 memasak yang lain
masuk je gerai kat pasar tu, terus jaja nampak
daun pisang yang dah disusun berkeping2...
seikat daun pisang tu ada lebih kurang 5 keping dengan harga RM1

tapi jaja bukannya nak guna banyak2 pun
nak sehelai jek....
macam mana ni ek..takkan nak beli banyak2 plak..bukannya jaja nak berniaga kuih pun
last2 dengan selamba

Jaja: dik, bleh tak akak nak beli daun pisang ni sekeping jek,bleh ek..?
Penjual: Sekeping je kak? aduh...macam mana ni ek...daun ni jual
seikat terus kak....
Jaja: Ala dik, bleh la...akak nak sekeping jek..soh bayar sekeping
RM 1 pun akak tak kisah...
Penjual: Abg Lan!! Bleh tak akak ni nak sekeping jek?(sambil dia teriak
ke tokey kedai)

time tu tiga empat orang yang ada kat situ dah gelak2 sakan kat jaja(Cisss!)

Jaja: Ala dik..bleh la...sian kat akak, nak masak ikan bakar ni
Penjual: Kenapa akak tak amik semua jek terus daun ni?
Jaja: Akak nak baka2 2 ekor jek dik..bukan nak buat kuih
Bleh la dik ek..sian akak..kat umah akak..
pokok pisang pun takde...(sambil kelip2kan mata)

Last2 sekali, lepas ushar, goda dan pujuk rayu...
Jaja pun dapat daun pisang tu
SECARA PERCUMA!!!!

Hahahahhaha
tak pasal2 jek dapat free kan...
Sekeping pun dah panjang amat dah dapat daun pisangnya...

dan menu berbuka puasa untuk hari ni
Ayam masak lemak cili api
Lala goreng berlada

Dua masakkan ni jaja pass semangkok ke kak Zah
lala ni pun belambak seplastik,dr buang2 baik bagi kat jiran2 terus...

dan menu terakhir, tak lain tak bukan
Ikan cencaru bakar + sambal kicap !!!

Tak sempat jaja nak snap gambo ikan baru2 masak tadi sebabnya dah azan...
actually ni first time jaja buat ikan bakar sendiri
bakar ikan simple2 jek atas kuali
tu yang tak reti nak budget masa berapa lama kena masak
mujur sempat before waktu berbuka tadi..
hehhehehe

Habis dah satu episode untuk hari ni
petang esok pening kepala semula la nampak gayanya
nak pk nak masak apa plak...
adoi laaa....

4 Beu-T Is Talking:

[z@ck] said...

adoiii..sedap sgt aih

eqbalzack said...

adoiya...shedapnyerrr....hehe

JaJa'Z said...

zack:kat sana bulih dak masak lagu ni? hehhehe..ada daun pisang dak??

JaJa'Z said...

abang eq: welcome..hehhehe

Related Posts with Thumbnails