JaJa'Z Latest Stories

Saturday, June 19, 2010

Tinggal Sehari Je nak Masak Untuk Cuti Kali ni :p

Assalamualaikum...
Akhirnya esok hari last bercuti untuk kali ni
tup tap tup tap..dah masuk hari ahad
dan jaja memang tak sabor dah nak gi kerja semula
penat amat rasa dok umah dengan tak gi kemana2 ni..
Penat dok umah sepasal
penat nak pk nak masak apa tengah hari pun sepasal jugak
Ni baru jadi suri rumah sepenuh masa 2 minggu je
kalau la sepenuh masa, emmm
tak terbayang dah rasanya...
Mau blank kepala ni sokmo2...

...............................................................................................................................
Hari ni jaja malas nak masak menda2 bersantan
menda2 yang berlada2
muak dah rasa nya makan santan2 ni
just nak yang simple dan sedap


Sup Ikan ber'suun'
Benornya lagi sedap kalau buat sup ni guna ikan merah
tapi ni je yang ada dalam peti
tak kuasa nak gi ke pasar cari ikan merah plak
ikan kembong pun ikan kembong lah :p
Dan seperti kebiasaan, sup jaja akan penuh dengan sayuran
tak best plak rasa sup kosong semata2...
jaja just masukkan bunga kobis,lobak merah dan kentang
dan mama jaja punya stail
sup ikan selalu letak 'suun'
tu yang buat sedap kot
^__~

.................................................................................................
Dan...cara terbaik menikmati sup ikan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makan secara banjir sambil online !!!
lambak kan terus sup dengan nasi dalam mangkok
ni lah stail jaja kalau makan nasi dengan sup atau tomyam
tak puas rasanya 'cedok' kuah sket2 masuk pinggan ni
tak menikmati langsung
Untuk anak2 dara..jangan tiru aksi ini ek..
Hhehehe


SELAMAT MENJAMU MATA

10 Beu-T Is Talking:

ibh said...

Heheh..betul tu..kalau cuti lama2..sampai kering idea nak piki masak apa..Kang tu yg balik2 pusing menu yg sama ja...
Nasib tenet ada..bleh gak carik2 resepi skit...

::Azura Rahman:: said...

ni masa tgh chat dgn akak ke? x senonoh bini zack ni makan sambil online.. ekekeke...

beLalanG said...

teringin nk merasa masakan kak jaja... hihi mesti sdp!!! :)

JaJa'Z said...

ibh: betul tu..balik2 pusing kat situ gak la..suami plak bukan pemakan sangat..balik2 bini dia ni je la yang perabis..

JaJa'Z said...

kak zura: ishh..macam tau2 jerk..hehhehehhe..biasak la kak..

JaJa'Z said...

belalang: ish..akak masak idok la sesedap mana belalang...biasa2 jerk...heheh

Lelord said...

huhuhu mcm2 menu dh cuba la ek sepanjang coti2 ni

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sabor jer lah si jaja nie

terlebih rajin...sampai ayu tak sempat nak beri komen...
semua makanan...

buat lapor pula.....

PS ..sah kalau duk berjiran sure ayu tak masak...dok hulur mangkuk kosang..kikikiki

JaJa'Z said...

lelord: muntah dah tengok dapur ngan periuk..ahad malam nak gantung segala mak nenek kuali belanga..pencen kejap masak..

JaJa'Z said...

lelord: muntah dah tengok dapur ngan periuk..ahad malam nak gantung segala mak nenek kuali belanga..pencen kejap masak..

Related Posts with Thumbnails