JaJa'Z Latest Stories

Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Hari Guru 2013 Best!

Ni lagi satu cerita yang hampir2 nak basi gak...
tapi masih boleh diselamatkan lagi lah...hahahha
meh2..jaja story mory sket..
majlis sambutan hari guru sekolah jaja untuk tahun ni...
bagitau awal2 ni..memang jaja boh banyak gambar..korang bertabah lah yek..
kalau ikut kan memang banyakkkkk gambar2nya..
tapi jaja cut down n pilih mana2 yg penting je lah yer...


Alhamdulillah...
majlis sambutan Hari Guru untuk tahun ni berjalan dengan lancar...
walapupun sebenarnya masing2 tengah sibuk dengan exam midyear..
so, kita break kejap untuk happy2..pastu kita sambung la semula buat kerja yek...

Tahun ni sambutan memang superb..
and yang paling penting sambutan tahun ni memang lain dr kebiasan..
kalau tahun2 sebelum ni mesti ada sukaneka bagai...
tahun ni takde..in a way, takde lah kami cikgu2 ni lencun berpeluh
sebab sibuk bersukaneka sangat mcm sebelum2 ni...
And a big applause untuk member jaja Zurin n Diana
serta bebudak pengawas sekolah, pengawas pss and badan ketua kelas...
sebab boleh in charge majlis yang semeriah ni...
thumbs up!!


Pagi tu selepas acara kawad hormat dr students2 Kadet Polis...
cikgu2 semua diarak masuk dewan...
kami semua cikgu2 ni memang excited sebab kata Zurin...
sambutan kali ni lain n banyak suprise..
sampaikan perjalanan majlis and decoration dalam dewan pun dirahsiakan..
ha! gitew sekali tau....


Wah..ada pintu gerbang gitu..gigih bebudak ni cari kayu and hias


Tabik hormat dr pelajar Kadet polis...

Rupa2nya tahun ni kami semua duduk style dinner..
biasa2nya duduk kat kerusi yang disusun2 jek..
tapi tahun ni siap ada meja lagi...jadinya bleh la cikgu2 ni letak segala barang..
and sesambil layan majlis..diserve plak dengan makanan n minuman..
best!


Pengacara untuk hari tu..
kat belakang tu..hadiah pertukaran hari guru...


Pengetua jaja tengah bagi ucapan dan pembacaan watikah Hari guru..


Simbolik perasmian oleh para pentadbir sekolah..
dan kemudian upacara memotong pulut kuning...


Ni acara wajib kami la..nyanyi lagu keramat 'Kami Guru Malaysia' tu..
tapi sempat lagi jaja n zurin snap2 gambo..

Sebelum acara bermula actually ada tayangan video dr Zurin..mostly paparkan
kenangan sambutan hari guru tahun2 lepas...
muka jaja pun ada jugekkk hew hew hew..
salute la kat zurin..sebab montage dah ala2 montage tv3 dah...
bijak la kau weh sejak dua menjak ni..hahahah

Lepas tayangan video kenangan sambutan tahun lepas..
kami ditayangkan plak dengan video sajak Guru karya Usman Awang
dan diselang selikan dengan muka cikgu2 ni jugak..
seriusly terharu...


Ha..layan lah yer...

Kelainan lain untuk tahun ni jugak..
sama macam tahun2 lepas..ada slot anugerah untuk para guru...
alah macam guru prihatin la, guru penyayang la..guru happy go lucky lah..
tapi yang lain nya...setiap kategori tu ditayangkan montage..
dah ala2 majlis anugerah berita harian lah plak...
and keputusan diumumkan oleh pengawas2 yang bertugas...

Jaja masuk kategori mana??

Kompem2 la jaja ni calon untuk guru happy go lucky..
tapi sayangnya..jaja tewas dengan Zurin..haishhh...
kena raih undi lagi la untuk tahun depan...hahahhaha

And the rest sepanjang majlis diserikan dengan persembahan dr pelajar2..
dan diselang selikan dengan penyampaian pertukaran hadiah hari guru...

So, meh kita tgk persembahan2 yang ada hari tu yer..
jaja ada rakam video..if berkesempatan..jaja akan buatkan satu entry yek...


Tarian kipas lagu Manira..


Sajak Guru...


Ni berduet lagu apa ntah..lupa la plak..hahhaha


ni 'Najwa Latiff' Lepar Hilir...
hahahha
jangan tak tau yer..student jaja ni ada dalam youtube...
korang try search Alif Latiff..kalau tak silap jaja la..
jaja pun baru tau weh...
patut la tiap kali ada majlis..muka dia je yang nak nyanyi...


Tarian 'Gadis dan Bunga'


K-pop dance...
ni antara persembahan yang menarik perhatian jaja...
tak sangka gak bebudak ni bleh buat persembahan macam ni..
kemain bersungguh2 korang menari yek... :)


Lepas menari 'Gadis dan Bunga' terus insaf..nyanyi nasyid terus..
hahhaha


Tarian arab daaaa...ya Habibi Ya Maulanaaaaaaa
bebudak ni bab menari excellent..

dan last sekali tarian yang paling kami semua tunggu2..


Tarian Bollywood 'Mahivee'..
aduhai..kemain suka jaja tgk..superb...kaki pun tergerak2 nak menari sama..
hahaha..okeh..over la tu kan..
actually bebudak ni students2 form 2..diaorang pernah buat persembahan ni
masa diaorang sekolah rendah lagi...tu yang best semacam...
step pun dah teratur..tp ada lah yg kurang sket2..biasa lah tu...

Ada lagi beberapa persembahan oleh student2 yg jaja tak snap pic...
termasuk la jugak cikgu2 yang menyumbangkan suara untuk hari tu...
jaja takyah la korang tanya nyanyi ke tak yerrr
memang TAK la...hahahha..kang sumbang mambang lagu jaja kejakan...


Jaja n my bestie..Zurin...
ada yang tergoda dengan bunga jaja dua kuntum tu? hehehhehe
ramai yang berkenan oiiiii


Jaja n member2 ...


Ciluk pic ni dr FB Kak Na...


Tiap2 tahun pasti ada...
kek sumbangan dr Ahli Parlimen Paya Besar..Dato' Manan..
tq Dato'...
Besaq kemain kek nya...


Pulut kuning and rendang yang sedap!!

Dan yang ni plak...antara banner2 yang dibuat oleh student2 mengikut kelas..
jaja tak la snap semuanya yer...
kang penuh berjela plak entry ni...




Alhamdulillah...
majlis berjalan dengan lancar..semua orang puas hati...
terima kasih banyak2 untuk yang mengendalikan majlis...
InsyaAllah panjang umur tahun depan kita celebrate lagi..
dan untuk semua yang bergelar GURU...

Selamat Hari Guru!!

Friday, May 17, 2013

Teaser.. Hari Guru 2013



Alhamdulillah..Majlis hari guru semalam berjalan dengan lancar.. Jaja cuba utk upload gambar2 masuk blog dulu.. Nanti free time jaja story mori yer...


Muka cikgu yang happy go lucky semalam... ;)


Friday, May 18, 2012

Hadiah Hari Guru Yang Paling Bermakna

Dalam banyak2 hadiah yang jaja dapat sempena dengan
sambutan Hari Guru dua hari lepas...
jaja rasa..hadiah yang ni lah paling bermakna pada jaja..

Alhamdulillah..setelah 10 tahun perkhidmatan dalam bidang pendidikan..
akhirnya jaja majukan diri setapak lagi kehadapan...


11 orang cikgu2 sekolah jaja yang terlibat dengan kenaikkan pangkat ni..
and semunya alhamdulillah berjaya...

Insyallah lepas2 ni jaja kena tingkatkan lagi motivasi diri 
untuk terus menjadi seorang pendidik yang dapat menghasilkan anak2 bangsa yang
lebih berkualiti...

Terima Kasih Allah..

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day...

Alhamdulillah....
16 Mei datang lagi...dan hari ni merupakan hari yang memang dinanti2kan 
oleh semua guru2...

Untuk semua2 yang bergelar SEORANG PENDIDIK....
Selamat hari guru jaja ucapkan...
semoga kita semua dapat teruskan perjuangan dalam mendidik
anak2 bangsa agar mereka dapat menjadi seorang insan yang berguna
untuk agama,bangsa dan negara...

Bekerjalah kita semua dengan penuh keikhlasan
agar rezeki yang kita dapat akan dipenuhi dengan keberkatan dr Allah S.A.W

SELAMAT HARI GURU

Wednesday, July 20, 2011

Dinner Hari Guru Daerah Kuantan...

Hari Isnin last week, jaja,zurin dan amy diarahkan oleh Pengetua
untuk attend Majlis Makan Malam Sambutan Hari Guru
bagi Daerah Kuantan ni...

Macam orang penting2 je kan...
kena attend majlis ni bagi wakil sekolah sendiri..
selalu2nya yang kena gi para2 GPK...
tapi dah atas arahan...'kami yang menurut perintah ' je lah...
ikhlas kan hati..lagi pun suruh pi makan je kan..
hehehhe

Dinner ni berlangsung di Dewan Jubli Perak SAS..
yang terletak di Jalan Teluk Sisek menghala ke Teluk Cempedak..
majlis bermula dlm kul 8...tapi kitorang dekat 8.30 baru sampai
sebab target sampai2 jek nak makan terus!
keji tak? hehhehe

Dalam dewan tu memang dah ramai yang datang...
so, kitorang penuhkan je lah mana2 meja yang masing kosong....
dan kali ni kitorang semja dengan cikgu2 dari SMK Sg Isap..
ada jugak la kalangan diaorang tu yang kitorang kenal..
dah nama pun cikgu kan, pusing2 kot situ jugak..


Dalam kul 8.30 terus acara baca doa makan...
me LIKE!

memandangkan masing2 datang dengan perut yang menahan kelaparan
so, tak heran la kalau tgk pinggan jaja tu licin kemain
hehhehe...
tapi seriusly menu makan malam tu memang simple jek..tapi sedap!
tu yang paling penting...

Menu:
Nasi putih
ayam percik
Udang harimau masak berlada
kari ikan, sayur campur
ulam2an,sambal belacan
buah anggur
puding buah2an koktel
kacang goreng
air kopi...

Semua menu2 ni memang perfect la setiap rasanya...
dengan kuah kari yang pekat,udang pun besar2,buah anggur hitam yang besar2 gedabak tu..
tak la boring kan..asyik2 mengadap tembikai jek..hehheheh

Selera minah ni makan...

muka puas dapat makan sedap..
hehehhe

kali ni muka tuan tanah takde yek....

sambil cikgu2 menjamu selera,diselang selikan juga dengan nyanyian
dari para guru sendiri...

ada yang berduet...
dan yang paling tak tahan...siap ada persembahan 'wonder girl' dari guru2 sendiri..

i want nobody2 but you....
^___~
adoi la....tak tahan jek rasa tengok...
ish..jahat aku ni..hehhehe

Selesai majlis makan2, sesambil kitorang dijamu kopi panas...
seterusnya ucapan dr Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan

Ucapan dr Tuan Haji Karim bin Man..

dan ucapan kedua dari YAB Menteri Besar Pahang
Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Yaakob..

Maybe ada dikalangan korang2 semua yang tak tau..
sebenarnya 'Tok Nan' kita ni pun bekas guru juga...
jadinya dia sendiri tau macam mana sebenarnya cabaran menjadi seorang guru ni..

Selesai ucapan..upacara memukul gong sebanyak 7 kali ....
dan diikuti dengan upacara menaikkan bendera Hari Guru
oleh guru2 SMK Gudang Rasau...


Dan acara kemuncak...
majlis bacaan ikrar oleh semua guru...




Dan kemudian diikuti dengan majlis penyampaian bagi tokoh guru 2011


dan seterusnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kekal menjadi sejarah untuk malam tu..
sebab
kitorang balik awal!

Hehehheheh
jam pun dah pukul 10.30,zurin plak ada kerja yang nak kena disiapkan
bagi meeting kat sekolah kitorang esoknya...
so, takde lah kitorang bertiga nak tunggu sampai majlis tu betul2 selesai...

Saturday, May 21, 2011

Kad Hari Guru Dari CITARASA RINDUAN...

Dah berapa hari jaja dok lupa jek nak boh entry ni...
copy kad ni dah berhari2 lamanya..
hehehhehe
Sorry yek Ayu...Apa2 hal pun terima kasih banyak2 dari Jaja'Z

Thanks so much atas ingatan ni yek Ayu....

Wednesday, May 18, 2011

Hadiah Pertukaran Hari Guru...


Kat blog cikgu-cikgi ramai dah yang dah upload cerita
tentang sambutan Hari Guru kelmarin kan...
Tapi jaja still tak mai lagi mood nak edit2 gambo Hari Guru yang belambak2 tu..
takpe2..nanti2 jaja citer yek..no worry...

So, salah satu acara masa sambutan Hari Guru baru2 ni ialah
acara tukar2 hadiah diantara guru2...

So, apa yang jaja dapat?
ni dia hadiahnya...
my lucky number ten!
kalau korang nak tau...sebelum acara ni mula lagi memang jaja dah aim
nak hadiah ni..
alhamdulillah, dapat plak tu... hehehhehe
memang rezeki betul lah...

Apa ada kat dalam tu??
Ada sejadah and tudung Pearl Haya....
sesuai sangat kan...
sejadah tu untuk En Zack..tudung plak untuk jaja...
i likeeeeee :-)

Thanks banyak2 Cikgu Azman & Kak Pah...

sebelum jaja keluarkan entry gambo2 Hari Guru...
meh jaja bagi 'bunga2' nya dulu yek...
hehehhehehe
:-)

Related Posts with Thumbnails