JaJa'Z Latest Stories

Wednesday, August 28, 2013

Resipi : Nasi Daging Dan Rakan2nya..

Salam ketemu kawan2...
fuh fuhhhhh (buang2 habuk sket)

Jaja tengah ada masa lapang sket ni...mai jaja nak update sket 
satu resipi kegemaran jaja dan keluarga..
resipi ni memang selalu jugak la jaja dan mama masak time hari raya...
selain dr nasi impit dan gulai daging...
pagi2 raya tu kita masak nasi ni terus..senang keja...
sampai ke malam kita bleh makan ..takyah nak check in dapur dua tiga kali kan..
tapi raya kali ni jaja berkesempatan masak nasi daging ni 
masa hari raya ke 5 selepas balik dr Penang..
nak masak masa first day raya tu rasa macam tak puas plak nak makan..
memandang kan tengah hari tu jaja n En Zack balik ke Penang...
so, jaja set hari dengan mama, jaja akan masak lepas balik ke Perak semula...

Tanpa membuang masa..meh kita check bahan2 dan cara nak buat nasi daging ni yer..

NASI DAGING


Bahan2 :
  • 1kg daging lembu 
  • 4 cawan beras *jaja guna beras biasa*
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • satu peket bahan tumis *kayu manis,bunga cengkih n bunga lawang*
  • 3 suduh besar tomato puree
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 cawan susu cair
  • 4 cawan air rebusan daging *utk masak nasi*
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • sedikit bawang goreng,kismis dan kacang peas untuk hiasan
Cara menyediakan :
  • Daging dipotong dadu bersaiz besar dan direbus sehingga empuk bersama hirisan halia dan sedikit garam
  • Selepas daging siap direbus, dalam periuk nasi panaskan minyak masak 
  • Tumiskan bawang merah,bawang putih dan bahan2 tumis sehingga naik bau.
  • Setelah itu masukkan pes serbuk kurma (serbuk kurma yg dicampurkan dgn sedikit air) dan kacau seketika sehingga rempah masak
  • Kemudian masukkan 4 cawan air rebusan daging dan satu cawan susu cair, tomato puree serta daging yang telah direbus tadi dan biarkan sehingga sedikit mendidih.
  • Tambahkan sedikit garam dan akhir sekali masukkan beras yang telah dicuci bersih, kacau sebentar dan biarkan sehingga nasi masak dan mengering.
  • Sebelum dihidangkan bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng, kacang peas dan kismis

Dah siap!!!
Senang je kan....sap sap soi je dah siap...
dan yang ni plak rakan2 sepermainan untuk nasi daging ni...
pilihan jaja sudah semestinya...


Ayam masak merah.. :)
takyah la jaja bagi resipi ayam merah ni yek...
kompem2 korang semua dah ada Phd dan untuk masak ayam merah ni..
kan kan kan...


Air asam untuk cicah dengan daging
Untuk dapatkan air asam yang perrgghhh menyengat lidah dan lubang idung...
korang blend cili api dan cili merah serta air asam dan belacan sekali gus..
boh garam sket...
pastu baru masukkan hirisan bawang merah n tomato..
baru lah piawwww...
air asam tu biar pekat2 sket...and belacan tu kalau dibakar dulu..
lagi naik aroma....
(huh! terus terliur sendiri ekekke)

dan yang ni plak...


acar timun dan nenas...
just potong timun, nenas, carrot , bawang merah dan cili merah..
gaul dengan garam, gula dan sedikit cuka makan..
dah siap...!

Ada jugak yang suka makan nasi daging dengan dalca sayuran..
tapi disebabkan nak makan cepat n malas nak bersayur2 bagai..
so, tak kuasa dah jaja nak membuatnya..hehehhe

Actually jaja ni memang teringin nak masak nasi daging ni dr dulu lagi..
maksud jaja tu , jaja masak sendiri la kat umah ni..
tapi selalu jadi tak berani sebab takut nasi nya tak menjadi...
tu lah kelemahan jaja...
jaja tak berani nak masak nasi lemak, nasi ayam,nasi tomato, nasi beriani...
sebab takut nasinya tak jadi...
dulu nak masak nasi lemak je pun..tapi sebab jaja ni benak sangat pasal ratio beras dan air,
terus jahanam 5 pot beras jaja...
sampai kena panggil Kak Zah datang umah tunjukkan ratio yang betul..
time tu siap jaja suruh kak zah tunggu sampai nasi tu masak...
punya lah takut tak menjadi..hehhehe
sabar je lah...

Sama lah dengan nasi2 yang lain jaja cakap tadi tu...
part lauk2nya jja takde hal..tang nasi je lah takde keberanian...
tapi masa buat nasi daging ni..walaupun jaja sendiri yg masak..but mama ada
untuk bagitau jaja pasal ratio beras, air dan susu tu..
now insyaAllah dah yakin bleh buat sendiri kot... :)

So kengkawan...selamat mencuba yer
^___~



1 Beu-T Is Talking:

Don't Afraid to Try said...

hi zaza,

tadi cari info pasal maldives, appear nama blog zaza...rupe2nye link ke blog ronaldieya..

btw, sy pn peminat nasi daging...nnt boleh try resepi zaza ni...siyes mengancam nampak...

jemput singgah to my blog ya...

Related Posts with Thumbnails