JaJa'Z Latest Stories

Friday, June 21, 2013

Kenapa Mood Down Sangat2 Lately...

Pernah tak korang rasa macam malassss sangat nak gi kerja...
malasss sangat nak mengadap anak2 murid...
rasa nak dok kat umah je and wish everyday is a school holiday...

Haishh..tah kenapa dengan jaja ni pun tak tau lah..
maybe penangan hari tu badan tak berapa nak sihat..
mood nak mengajar pun tah ke mana...
dan yang paling teruk sekali, bila jaja rasa malas nak mengajar..
malas nak keja...nak cuti je lama2...

Tapi isnin baru2 ni jaja melangkah la jugak ke sekolah macam biasa..
sebab pk tanggungjawab yang telah diamanahkan..
nak tak nak kena tunaikan kewajipan jugak..
Bila masuk first kelas semalamhari isnin tu...
sebahagian besar pelajar lelaki tak datang..yang ada pun 5 orang je
and pelajar2 perempuan..
yang 5 orang tu pun, hanya 3 orang je yang wujud dalam kelas..
yang lagi dua dah jd halimunan dr pagi tak masuk kelas langsung..
so, bila jaja tau bebudak lelaki 'kutu2' tu tak datang..
semangat jaja nak mengajar tetiba datang...
jaja bleh mengajar dengan lancar, jaja terangkan kat depan semua bagi tumpuan..
jaja bagi handout and semua sekali buat kerja..
jaja rasa happy sangat2....
and then jaja realize kenapa mood jaja nak mengajar jadi down sebelum ni..

Meh jaja nak cerita...

Jaja mengajar 2 kelas tingkatan 5..kelas ketiga dan keempat...
walaupun bukan kategori kelas2 belakang..but kat kelas2 ni lah berkumpulnya
pelajar2 lelaki yang bermasalah dari segi akademik mau pun disiplin..
kelas 5L..ada lebih kurang 17 orang pelajar lelaki dimana dr 17 orang pelajar2 ni..
hanya sorang je yang 'bleh pakai'..
kelas 5P plak..ada 15 orang pelajar lelaki dan yang bleh harap buat keja..
dalam anggaran dua tiga orang jugak...

Apa halangan jaja nak mengajar diaorang2 ni kat dalam kelas?

SATU masalah utama...

Diaorang TAK NAK belajar..

apa maksud jaja dengan diaorang tak nak belajar?

Diaorang masuk kelas lewat 20-30 min ..gi merayau tah ke mana..
buku tak pernah bawak..and if jaja bagi kertas handout..
diaorang sekadar ambil pastu borak or tido...
pen or pensel sebatang pun blom tentu ada..diaorang mengganggu jaja mengajar
dengan berborak sesama diaorang tanpa peduli cikgu ni ada kat depan..
Dah la masuk lewat, lepas tu buat macam jaja ni takde jek..padahal 
kita dok mengajar kat depan...
sometime jaja pandang je perangai bebudak ni..jaja tengokkk je gelagat diaorang..
senang cerita..kesimpulannya memang biadap! tak tau hormat orang tua..
bagi diaorang cikgu ni takde apa pun..bukan sapa2 pada diaorang semua..
rasa nak keluar..diaorang keluar jek...
jaja baru tunduk je kejap buat kerja kat meja depan, angkat2 kepala diaorang dah ilang..
keluar ikut pintu belakang dengan selamber..

Korang bayangkan if 15 orang yang masuk lambat kekelas..
bila masuk..macam mana jaja nak tenangkan diaorang supaya duduk tempat masing2
and buka buku segera...
Ada yang masuk selamaba, tarik kerusi kat kipas belakang and berkumpul..

'lek lu cikgu...panas'

Padahal kita kat depan ni tengah mengajar ni...
jaja tak tau macam mana nak gambar kan perasaan jaja ni...
terasa sangat2 down untuk mendidik anak2 orang yang berperangai macam ni..

Utu kelas 5L...kalau kelas 5P lebih kurang jugak la perangainya..
cuma ada tiga empat orang yang memang jenis tak reti bahasa..
dari jauh diaorang tgk jaja datang..
masing2 buat2 tido..tak pun jaja dah masuk dalam kelas..dah letak buku kat meja..
sorang pun tak bangun2 untuk bagi salam..
sampai lately jaja terpaksa cakap

'memang kena cikgu suruh ke baru nak bangun?'

sampai macam tu sekali..sampai kita yg cikgu ni masuk kena layan diri sendiri..
kalau yang jenis kuat bercakap plak..
selagi jaja tak tegur..dok bercaaaakap la tak sudah2..
padahal kita dah salin dua tiga soalan kat whiteboard kat depan..
tapiii nak jugak cikgu ni tegur...
sila keluarkan buku...pensel or pen awak mana?
bila nak mula salin..bila nak berhenti cakap...bla bla bla...
tu blom mengadap diaorang2 yang tak bawa buku or pen sebatang pun takde...

Bila dah salin lambat..bila kita start nak menerangkan soalan..
diaorang dah start tido..
kejut or panggil nama diaorang berkali2..kejut or marah berkali2..
they dont even care...!

Terus terang jaja cakap...jaja sangat2 dah lama tak bagi kerja rumah kat diaorang ni...
bukan jaja ni tak nak bagi tapi tak nak sakitkan hati sendiri...
sebabnya diaorang takkan buat kerja umah..
baik lelaki atau pun perempuan..tapi yang perempuan tu ada lah beberapa orang
yang agak menyenangkan hati jugak...
tapi selalunya memang memanjang la kerja tak siap...
kalau bagi kertas bawa balik..jangan harap la kertas tu ada lagi..
hilang ke mana pun tak tau lah..
so, solutionnya..jaja bagi latihan dalam kelas..and terus bincang soalan2 tu 
bersama2 dengan pelajar..tu je yg mampu jaja buat...
tapi yang tido tu..bincang ke apa ke..memang tak tau apa dah...

Tu blom cerita pasal kehadiran kelas tambahan...
ada sekali tu kelas tambahan yang datangnya sorang jek...bleh bayang tak?
sorang je yang datang???
sedih hati jaja ni tengok budak2 ni...
Ya Allah..kuatkan la semangat jaja ni....

Bila belajar pun lebih kurang...time exam pun jawab lebih kurang..
and ada juga pelajar2 ni dapat soalan..belek pun tak..terus tido...
umpama macam sengaja jek...
bila disuruh jawab...diaorang bagi alasan..

'tak tau nak jawab'

kita dulu2..even tak tau pun..cuba jugak jawab..
mana lah tau kot2 mengena...
tapi diaorang tak..langsung takde usaha... :(
sampaikan jaja ni marking kertas exam diaorang pun senang sangat2..kejap je dah siap..
sebabnya jawapan takde...
and tak heran mana dah if ada jek yang dapat 0%
diaorang lagi suka..bangga..dengan keputusan macam tu...
bagilah motivasi macam mana pun...kalau diri sendiri tak nak berubah...
memang macam tu lah perangai sampai sudah...

So, jaja rasa..ni lah menda yang buat jaja rasa down sangat2 nak kerja...
bukan sebab kita tak suka mengajar..bukan sebab guru tak best..
tapi sebab sikap pelajar2 sekarang yang terlalu susah untuk dimanusia kan..
sebab tu lah jaja geram sangat2 pada sapa2 yang selalu kata kerja cikgu ni mudah..
cikgu ni kerja separuh hari..cuti sekolah banyak..
hakikatnya...kami lah sebenarnya yang paling banyak kena buat kerja..
tak berada ditempat kami..anda tak rasa akan cabaran2nya..

Masalah stress pasal student2 ni mostly bukannya jaja sorang je yang rasa..
kebanyakkannya guru2 yang mengajar kelas2 ni pun rasa menda yang sama..
semua stress...

Cuma skang ni...jaja dah tukar strategi...
jaja nak mengajar oada mereka2 yang nak belajar...
kalau rasa nak belajar..buat cara macam nak belajar...if rasa datang sek nak tido..
nak memonteng..nak biadab dengan cikgu2...terpulang lah pada diri masing2..
jaja dah tak kuasa nak layan perangai2 diaorang ni..
awal2 tahun dulu jaja terlalu 'cara' dengan perangai budak2 ni..
akibatnya?
jaja jadi stress..perasaan yang sangat2 tertekan bila nak kerja..
jaja jd sampai tak boleh nak tgk muka budak2 ni...perasaan geram, sakit hati semua ada..
so, pendekatan jaja skang ni...
ko nak tido ke..ko tak nak buat kerja ke...ko punya pasal...
as long as ko tak kacau cikgu nak mengajar orang2 yang nak belajar...
that's it!
jaja dah tak bleh nak tolerate dengan manusia2 yg susah untuk dimanusia kan..

Bila dah habis sekolah nanti..korang rasakan la akibat dr tak nak belajar sungguh2..
what comes around goes around...
:|

So, tak nak stress2...meh kita buat xtvt yang bleh ilangkan stress!

moh menguli karipap..

|

Karipap daging versi mama..
sedap and mabelessss





2 Beu-T Is Talking:

LindaF said...

Kita dulu kak kelas 1st. Arabic Class. Tp kita n d geng yg mmg kaki ngulor. . Mmg ade perangai camtu kak. sbbnya kita tak suka cikgu yg jenis mengajar hnya tumpukan pd 1-2 pelajar yg pandai. hehe. So sbb cikgu pon pilih bulu, kami ni pon pilih bulu.. Tapi.. kami ckup suka tumpukan perhatian dgn cikgu yg mengajar mcm berkawan. garang bertempat la gituuu.. eh motip cite bab kita? haha. Tak kita cb relate kan dgn keadaan budak kelas akak dgn perangai kami2 ni dulu.. Akak garang sangat kot? hhehehe

JaJa'Z said...

Linda..akak dr mula mengajar mmg jenis yg happy go lucky..anak2 murid bleh gang dgn akak..tp dlm kelas ko murid aku cikgu..dr 2002 akak mengajar until now nampak perubahan pelajar thn demi thn..and akak bukan jenis cikgu yg pilih bulu..just layan murid2 yg akak suka je,nope..

tapi group bebudak ni yg mmg tak nak belajar..bukan pada akak je but bleh katakan pada semua subject..takde satu cikgu pun yg diaorang tunjuk minat n sungguh2 buat kerja..nada..

mcm akak ckp..mula2 mmg akak terlalu amik berat sampai pensel takde pun nak kena akak yg amik tau..buku tak bawa pun akak amik tau..tp bila tiap2 hari face menda yg sama..akak stress..

mcm kelas 5L tu cikgu math diaorang last year request tak nak carry kelas tu naik form 5..sbb tak thn sangat..tu cikgu laki tu..bayangtkan akak ni yg pompuan...

Related Posts with Thumbnails